Erdoğan : Ledakan besar dari Turki
Doa sang pejuang
Masjid adalah berek pejuang kami
Kubahnya adalah perisai kami
Menaranya adalah bayonet kami
Bala tentera suci yang melindung agamaOh yang Mahakuasa,
Perjalanan kami adalah takdir kami,
Penamatnya adalah syahid.
🙂 suka hati aku je terjemahkan puisi Bahasa Turki ni. Tapi maksudnya lebih kurang itulah , aku agak la.
Sebenarnya, inilah puisi versi Recep Tayyip Erdoğan yang membuatkan dia dihukum penjara atas alasan menghasut kebencian agama. Memang kelakar undang-undang sekular Ataturk. Sebab puisi ini juga terus Erdoğan jadi hero aku.
Aku baca dalam surat khabar tahun 1998 dulu. Kuat juga ingatan aku, sebab masa dia naik menjadi Perdana Menteri Turki, terus aku teringat pasal dia dan puisi dia tu.
Dah lama baca pasal undang-undang berat sebelah di Turki, Erdoğanlah yang pertama berani bersuara kepada sistem undang-undang tentang larangan memakai hijab di universiti di negara Turki.
Pelik, bukankah pakaian itu hak individu? Nasib baik tak kasi pakai Hijab je, kalau larangan memakai pakaian ke universiti, mesti kat sana terpaksa telanjang untuk menuntut ilmu.
Baru-baru ni dia bakar meriam lagi dalam satu Forum Ekonomi Dunia, dia menembak secara verbal tepat ke muka presiden Israel, Shimon Peres.
” Encik Peres, kamu lebih tua daripada saya, suara kamu juga lebih lantang. Suara kamu yang lantang itu adalah kerana suara hati yang berdosa. Suara saya, walau bagaimana pun , tak akan kedengaran seperti itu”
“Bila menceritakan tentang pembunuhan, kamu (Peres) memang pakar tentang cara untuk membunuh. Saya tahu benar bagaimana kamu membelasah dan membunuh anak-anak kecil di persisiran pantai”
Kemudian dia terus dengan hujah menghentam dan paling kool berbunyi :
“Saya berasa sangat sedih kerana hadirin bertepuk tangan selepas tuan (Peres) berucap kerana ramai penduduk (Palestin) telah terbunuh,”
Apabila dia tak diberi masa untuk terus memberi hujah. Dia hentam pengerusi majlis tu sebab cuma bagi dia berucap selama 12 minit sedangkan Presiden Israel berucap 25 minit.
+ ++ +
Memang kool !
Aku tak pernah ingat nama-nama perdana menteri Turki yang lain. Tapi aku tak akan lupa dengan seorang pemimpin berani seperti Erdoğan.
Versi asal, puisi terkenal yang diubah oleh Erdoğan itu bertajuk Asker Duasi (doa askar) tulisan Ziya Gokalp. Dan bahagian yang diubah itu adalah rangkap awal. Versi bahasa Inggerisnya berbunyi seperti ini ➡
A Prayer of a Soldier
“Holding my rifle in my hand,
keeping my faith in my heart,
I wish two things: The faith and the homeland.
My home is the army,
my sovereign is the Sultan:
Strengthen my Sultan,
Almighty Give him long life,
Almighty our journey is our victory,
the end is martyrdom.
Yang di bawah ini , dua lagi puisi tulisan Ziya Gokalp.
A Soldier’s duty
Standing at the gates of mighty Istanbul
I hold my rifle in my hands
Powder charged, its barrel stiff against my shoulder.
I stand with the city at my back.
Flags from the minarets snap.
The wind with its sighing does not move me.
My back is tall.Duty calls the Ottoman soldier.
I keep my body chaste and strong
My will is ready to heed orders
My heart is ready to follow
My life is for the country
My faith is in the Almighty.
For Him I stand without fear.I will lay for my commander whom I obey without question.
I will lay for my Sultan, whose word is law
I will lay for the Almighty, and in the Almighty I place my faith
The gates of Istanbul will remain fast
Unmovable beneath the piled bodies of martyrs.
The rivers will run with our blood.
Dan ini juga :
To the Wind
Oh wind, wind where to
Flapping your invisible wingsWhile you coming down on a stream
you can hear surely
My heart’s cryIf you ever pass through
Istanbul
Scatter a sweet breeze on my landGo and greet my home
Take kisses from me
To my dearest daughters!
aadie-
ambik je la.. takde hal nye.
koboi-
aku sokong..
inilah contoh pemimpin bermaruah
well, itulah contoh pemimpin yang memimpin. bukan pemimpin yang dipimpin.
lupa kabo koi copy ke blog koi
Aku pun tak tau kenapa entri aku semua dah bawa isu serius ?
Tapi aku nak juga berkongsi hero aku dengan kawan2
Dia berani kerana dia merasakan kebenaran itu harus berani bukan disorok-sorok.
Kalaulah OIC menjadi berani seperti dia, aku rasa sekurung-kurangnya kita tidak ditindas.
p/s : aku mula nak bagi komen serius.. heh!
dia ni pemimpin impian
yang tidur tu pemimpin bermimpi
sepatutya lebih ramai pemimpin yang memimpin begini dengan cara begini lantag dan berani.Aku angkat topi untuk dia.Dia memang layak di gelar hero moden.bila suara minority tidak di endahkan,inilah masa untuk mereka bangkit dan sedar bukan semua pemimpin tidoq di siang hari….