“Darwin Sudah Mati” Kata Tuhan
Dari mana asal manusia ?
Soalan bengap. Mereka cuba meneropong angkasa dengan harapan dapat melihat kelibat makhluk asing. Mereka hampa. Tidak ada benda boleh hidup di angkasa lepas tanpa kantong oksigen. Tak mungkin manusia berasal dari sana.
Mereka gali tanah. Sampai ke lapisan paling bawah dan mereka bertemu dengan tulang-belulang haiwan prasejarah. Fosil raksasa Dinosaur dan beruk-kera yang sudah pupus menimbun di meja makmal bersama persoalan tak terjawab.
Dari mana asal manusia ?
Sehinggalah muncul seorang pemikir amatur. Tak berkelulusan dalam bidang sains tapi sangat berminat untuk membuat ujikaji dengan radas zaman medieval. Hipotesisnya tentang kejadian manusia kedengaran lebih kolot dari penganut kepercayaan animisme.
Dari mana asal manusia ? Penuh keyakinan dia menjawab, manusia berasal dari Beruk .
Ya, dialah Charles Darwin, seorang yang yakin dia berada di pihak yang benar. Buku tulisannya tentang kejadian manusia laris. Pendukung pemikiran saintifik berdiri teguh di belakangnya. Pihak gereja bangkit menuduhnya sebagai murtad. Dia keras mempertahankan ideanya dengan mengatakan pihak gereja kolot dan ketinggalan zaman.
Dunia sains terus terhalusinasi dengan LSD bawaan Darwin. Mereka menghibur diri dengan cerita rekaan tentang Beruk yang beransur-ansur berubah menjadi manusia.
Mereka mula mengumpul bukti-bukti bodoh dengan ditokok-tambah mitos saintifik supaya kepercayaan mereka terus diyakini.
Aku tak suka idea Darwin. Dari saat aku dengar sampai sekarang, aku tak tahu kenapa. Sekalipun belum ada bukti saintifik menolak ideanya.Teorinya terlalu bacul. Dia berlindung di sebalik dunia saintifik dengan teori kebudak-budakan.
Untung ada Harun Yahya.
Seorang pemikir asal Turki. Sama seperti Darwin, Harun Yahya juga bukanlah seorang saintis. Tapi Harun Yahya telah mengeluarkan pelbagai hujah berasaskan sains untuk membuatkan Darwin nampak lebih bodoh daripada beruk.
Sebenarnya, aku tengok dalam bentuk video. Siapa yang belum pernah tengok, boleh try baca tulisan dia kat sini. Tulisannya percuma. Juga terdapat dalam bentuk video dalam website tu. Tapi aku tak try lagi tengok.
Mari kita tengok kebodohan Darwin dan Teorinya yang dilanda krisis.
Apa yang dipercayai oleh *groupie Darwin ?
Groupie Darwin sangat percaya semua benda hidup terjadi dengan sendiri. Kewujudan ulat berenga pada roti busuk dalam botol tertutup sebagai buktinya.
Ohh !! mereka betul-betul bodoh. Mikroskop zaman primitif mereka gagal menemui bakteria dalam udara. 😆
Jawapan itu sahaja dah bersifat anti-klimak untuk terus menghukum kebodohan Darwin. Tak apa, anggaplah kita juga tak tahu tentang bakteria dalam udara. Mari kita lihat tahap intelektual para groupie setia si Darwin.
Mereka percaya perubahan beransur-ansur atau evolusi berlaku dalam dua mekanisma. Mutasi dan seleksi alam.
Mutasi –
Satu alasan bodoh sebenarnya pasal mutasi ni kalau Darwin sendiri wujud selepas ahli sains menemui DNA. Struktur DNA terlalu kompleks, kerosakan kecil tak akan mencipta satu makhluk baru, tapi hanya akan menghasilkan makhluk yang cacat. 😆
DNA adalah sesuatu yang sangat luarbiasa, sebenarnya. Ia bolehlah diibaratkan sebagai enjin formula 1, sedangkan teori Darwin yang tidak kukuh itu, tak lebih dari timbunan besi buruk.
Tak apa, kita abaikan tentang DNA. Anggaplah kita belum pernah tahu tentang DNA.
Seleksi Alam –
Survivor of the fittest , binatang-binatang yang mampu bertahan ke hari ini sebab mempunyai kelebihan tersendiri. Kura-kura ada sarung keras, binatang lain tak boleh makan , tak macam burung Dodo yang dah pupus sebab jinak dan mudah ditangkap.
Intisari Darwinisme terdapat dalam sebuah kalimat: seleksi alam merupakan kekuatan yang menciptakan perubahan evolusi. Tak ada yang menyangkal bahwa seleksi alam akan berperanan negatif dengan menghilangkan individu-individu yang lemah. Menurut teori Darwin, itu bererti pula seleksi alam memunculkan individu-individu kuat.
Dalam proses inilah kononnya, Plesiosaurs akan berubah menjadi katak, kemudian katak naik ke darat menjadi biawak dan seterusnya membesar menjadi gajah.
Give me a break.
Adakah groupie-groupie Darwin sedar kebanyakan fosil berusia berjuta-juta tahun tak berubah dengan species yang wujud hari ini? Kura-kura, lebah, pepatung , kelawar dan macam -macam lagi telah wujud berjuta-juta tahun tanpa mengalami proses evolusi. Tak berubah rupa bentuknya.
Dan jika memang betul wujud binatang air berubah menjadi binatang darat, maka mereka sepatutnya menemukan banyak fosil ikan mempunyai kaki. Atau mungkin katak yang tumbuh sayap, iaitu dalam proses untuk menjadi burung.
Kalau tengok dalam video, dapatlah tengok muka seorang ahli sains pendukung Darwin yang terkapar-kapar kelemasan. Mati akal dia nak menjawab sebab dah lama menggali, kenapa belum berjumpa fosil yang semacam tu 😆
Bagi peminat kriptologi, mesti pernah dengar pasal ikan Coelacanth. Fosil ikan ini berusia 410 juta tahun telah ditemui satu ketika dulu.
Saintis-saintis pendukung Darwin melihat organ seperti kantong besar terdapat pada fosil Coelacanth adalah satu petunjuk. Mereka percaya yang kantong tu dalam proses evolusi menjadi paru-paru. Dan ikan sudah beransur menjadi mamalia darat.
Teori terpesong.
Seorang nelayan telah berjaya menangkap ikan Coelacanth pada tahun 1938. Dan banyak juga Coelacanth yang tersangkut pada pukat sesudah itu. Species itu tak mengalami proses evolusi. Organ yang bakal menjadi paru-paru menurut fahaman terpesong para saintis telah terbukti sebagai kantong lemak 😆
Saintis pendukung Darwin mula malu. Kalau bertemu dengan Dinosaur yang masih hidup pun belum cukup memberi tamparan sehebat ikan Coelacanth.
Fakta adalah fakta, belum pernah muncul species baru dari proses evolusi adalah satu fakta yang tak dapat disangkal.
Sepanjang sejarah, telah hidup lebih dari 6.000 spesies kera dan kebanyakan dari mereka telah punah. Kini hanya 120 spesies yang tinggal. Fosil kera yang pupus itulah yang disangka groupie-groupie Darwin sebagai kera asal-usul manusia.
Teori beruk yang dilanda krisis.
Penemuan tapak kaki manusia berusia 3.6 juta tahun di Tanzania juga telah memeningkan kepala saintis. Padahal manusia Neandertal adalah manusia yang muncul 100 ribu tahun dulu pun, mereka selalu gambarkan sebagai manusia berbulu-bulu (-:
Dan makin banyak tengkorak manusia berusia berjuta tahun yang serupa Homo Sapiens, makhluk manusia.

tengkorak manusia (homo sapiens ) seluruh dunia, memang dah terdapat variasi
Banyak lagi yang didedahkan oleh Harun Yahya. Aku tak larat nak tulis. Kesimpulannya , ahli sains belum lagi mampu memberi jawapan. Dari mana asal manusia ?

Manusia bukanlah berasal dari beruk, tetapi wajah Darwin sendirilah yang macam beruk
Proses evolusi terlalu lemah dan bodoh.
Kalau ahli gereja yang dituduh kolot oleh Darwin masih hidup, pasti dia akan bersorak gembira sebab Darwin terlalu bengap. Darwin mengatakan manusia berasal dari beruk kerana wajahnya sendiri yang macam beruk.Tetapi mengatakan semua manusia berasal dari beruk adalah kenyataan yang SALAH.
Bagus juga di malaysia tak payah menghafal teori bodoh ini untuk lulus periksa .
*groupie – adalah terma yang digunakan merujuk kepada sekumpulan peminat perempuan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meniduri artis kegemaran mereka. 😆
alaaaa. darwin ni gile glamour la… klau kte dari beruk, mak ngan bpak dia pon bruk la.. dia xmrah ke orang ckap mak dia beruk?? pergh… klau gua mrah beb…
aku rasa…
panda skrg makan buah rapsberry je.
Ladang buluh dah takde…
Tu pasal beruang panda berevolusi untuk terus survive..
hahahahaha…
panda tak makan daun getah.
panda makan daun buluh sambil minum beer.
kat semantan ade kebun buluh?
gampanggg budok!
sebagai groupie Fkyew,
apa kata, kau dan komuniti Taring Panda kau aje yang buat video tu..
Lokasi , guna kebun getah bapak kau je
Adios,
kau patut pinjam videocam sape2 untuk menjalankan pengambaran pasal evolusi kl drift… oopss… evolusi beruang panda kepada manusia. pastu jual kat national geographic. kompem ko kaya lepas ni.
aku dan kuncu2 aku boleh laa buat kolektif taring panda pulak.
matjai,
tak mustahil kot nanti evolusi manusia menjadi babi lepas ni.
lepas ni keluar lagi teori baru “teori matjai”
kehkehkeh.
p/s: lepas ni fakyew berevolusi jadi apa pulak ek?
Hahahaha
itu evolusi khinzir
aku nak tambah lagi satu foto.
huhu
Hahaha
tak serius takpe, koboi.
Aku rasa memang takde diantara kita kat sini yang percaya dengan asal-usul beruk tu..
Kalau ada jugak, bolehlah start membaca Harun Yahya
Aku dah update sikit, letak photo..
nampak sikit yang ada bukti bergambar…
aku mula membaca tulisan ko ni dengan serius dan berniat ingin meninggalkan komen yang juga serius. tapi komen2 di atas telah menghilangkan keseriusan aku. hahaha panda berevolusi menjadi fakyew?? hahaha lagi
lagi satu, subjek alam dan manusia pun dah takde dah. yang ada sekarang ni subjek sains dan kajian tempatan.
Betul tu Ainunl,
kalau fyew buat video, mesti dunia percaya yang manusia berasal dari beruang Panda bukan daripada beruk.
apa dia? cuba kau ulangtaip.
jadi kau boleh dipengaruhi oleh satu video..
aku rasa fakyew patut buat video dia berevolusi dari beruang panda la..
mungkin boleh pengarauh dunia.
kan?
kau atheist kan?
tapi rasanya sekarang buku Alam “SEMULAJADI” tu dah di gantikan dengan buku Alam & Manusia.
Tak tau la ada lagi tak teori beruk ni.
Hahahaha..
time aku takde pun..aku suka ponteng kot.
sekarang dah makin ramai golongan cerdik pandai menolak idea dia ni. Termasuk golongan sains sendiri.
Tak percaya try tengok Harun Yahya.
Dan video Harun Yahya jugak yang buat aku tak percayakan Komunisme lagi. Selamba je dia tunjukkan kelemahan komunis sampai Mao jadi bahan lawak. Padahal aku baca pasal ideologi tu bertahun-tahun… dia pengaruh aku dangan satu video je…
Ada video yang anti-satanist (budak metal mesti tak suka tengok ni) 😆
mana dude peminat setia band Marduk
Ada pasal freemason, zionist, atheist.
genius betul dia tu.. tulis beratus-ratus buah buku.
wei.. sape kata tak kena belajar teori darwin bodoh ni
aku kena baca tau. siap ada satu pejaran dan subject khas belajar teori ni..
aku malas baca dan aku dpat cangkul….
aku rasa aku mengarut buat teori baru masa jawab exam…
manusia dari beruang panda kot.. haha
Eh dah ada ye… sukatan baru lah tu…
Takut pelajar malaysia ketinggalan dalam bidang biologi agaknya ..
kalau aku tak silap, buku teks alam semulajadi waktu sekolah rendah dulu ada teori darwin ni.
Pelik jugak macam mana boleh masuk dalam buku teks bahasa melayu. huhu.
Dude Berevolusi dari kambing gurun..
tu suka baca necronomicon tu 😆
Hahahaha
kau pulak berevolusi dari beruang panda 😆
darwin kata pokok kemuncup boleh berevolusi menjadi pokok petai