Cuti Panjang Yang Membodohkan


Hidup adalah satu teater, dan aku adalah salah satu boneka daging yang terselit di dalamnya. Aku cuba menghayati karekter aku sendiri. Aku tak mahu peranan utama, aku senang menjadi pelakon tambahan.

Cuti yang panjang membuatkan jadual hidup aku kembali tunggang langgang. Melepak lebih masa, main game sampai subuh dan semakin kurang membaca buku.

Sebelum ni pun aku suka baca buku masa kerja, boring main game solitaire. Bulan lepas aku baca 5-6 buah buku. Bulan ini cuma satu aje. Terjemahan For Whom The The Bell Tolls karya Ernest Hemingway. Perjalanan ceritanya lambat bergerak, aku jadi bosan baca. Patutlah Pramoedya tak suka dia. 

Semangat nak menulis blog sudah mulai suam, sebab bahan bacaan aku yang suam itu. Baru 3 bulan bagi komitmen pada blog, rasanya aku sudah mencapai tahap stagnant, tepu, statik dan tiada kemajuan menulis. Aku kena cuba untuk jadi berbeza.

Bukan susah sangat nak menulis blog sebenarnya, taip aje. Mengarut pun tak apa. Tapi kalau tengah bosan, maka imaginasi pun mesti membosankan pula. 😉

Kelmarin lepak kedai Tomyam dengan tikus-tikus liar (fakyew dan dude), juga kemunculan seseorang yang membawa kejutan . first time tengok muka matjai di luar alam siber. 

Dia nampak lebih Gothik/ Emo berbanding mamat Grunge kebanyakan. 🙂

Tapi dia kool, sebab bawa The Idiot dalam bahasa melayu. Hell Yeahh!!! Hanya membaca beberapa chapter  sahaja , terus aku rasa serta-merta nak menulis blog aku balik.Dostoevsky memang penulis luarbiasa.

idiot

Aku jadi kagum dan cemburu. Membaca tulisan dia, sama macam menonton wayang. Segala-galanya digambarkan dengan detail, kemas dan menarik. 

Petang tadi, tak tahu nak buat apa. Orang lain dah masuk kerja, aku pulak dah tak larat tidur berlebihan

 Aku pergi perpustakaan. Tak banyak buku menarik. Kalau ada pun semua aku dah baca. Aku pinjam buku Hamka, Di Bawah Lindungan Kaabah. Nipis sangat bukunya. 1 jam baca pun boleh habis. Malam ini aku rasa macam nak baca buku. Kurang membaca membuatkan aku rasa macam bodoh. 

Biarlah rakyat Malaysia dengan kadar membaca 1 muka surat setahun. Aku nak baca lebih.

Comments
18 Responses to “Cuti Panjang Yang Membodohkan”
  1. adiospunk berkata:

    jampi suruh jaga buat apa.

    jumpi suruh toreh getah la … lagi bagus..
    bapak kau pun senang.. kau pun gembira

    😆

  2. Dude berkata:

    Mana ada jampi untuk terapung.
    jampi utk bunuh org ada laa.
    tadi pagi koy dah guna jampi untuk jaga kebun getah aboh koy.

  3. adiospunk berkata:

    kau dah khatam Necronomicon kan?

    Bila lagi nak belajar mengapungkan diri?
    tak payah naik Honda cup dah lepas ni.

    heheehehehe

  4. Dude berkata:

    arini pakat layan necronomicon pulok ye…

  5. adiospunk berkata:

    Aduh ! Cikgu pun dah jumpa blog ni jugak ye.
    Arghhh !!! abis semua semua orang kampung dah tau dah.
    Siapa yang bocor rahsia.

    Cikgu mana boleh baca blog yang penuh tulisan profan 😉
    tak sesuai.

    Lepas ni , terpaksalah aku sensor sendiri segala
    tulisan profan menjadi tulisan bersopan. Adussss

  6. lady_dyll berkata:

    gotcha adiOS…
    impressed!!!
    great job.

  7. ainunlmuaiyanah berkata:

    huh!

    mmg la aku jeles. si matjai bagi buku bagus2..

    aish~

    bukan aku yang minta nama ditulis di surat akhbar..
    haha

  8. adiospunk berkata:

    Dude-
    La… matjai lah tu, aku pun baru kenal je hari tu.
    lagi satu, aku bukan nak jadi penulis buku, tapi aku nak jadi pembaca aje.

    ainunlmuaiyanah-
    macam mana kau boleh jeles pulak,
    patutnya aku yang jealous , nama ada kat dalam suratkhabar 🙂
    hehehe

  9. ainunlmuaiyanah berkata:

    lama tak tinggal komen.
    aku cemburu amat tgk kau baca banyak buku.

    ces.. meh la tukar2 buku.
    tak aci la baca sorang-sorang.

    mat Jai tak adil. ada ke dia bagi buku tu kat kau sorang je

  10. Dude berkata:

    owh..
    aritu matjai ke?
    huhuhu..
    aku dok tau lansung.
    hehehe. 😛

    adios..
    kau ni dah di tahap harus menulis buku pulak.
    bila lagi nak tulis buku sendiri?

  11. adiospunk berkata:

    acapitut-
    tah apa-apa, komen tak sesuai topik pun.

    Bile nak balik sini ?
    lawan game winning 11 ,
    nak tengok jaguh KL ,
    ada peningkatan ke still loser macam tahun2 yang dulu.

  12. adiospunk berkata:

    Lol ! Finas, how do i know such things,

    Radio is an enemy’s territory for punks 🙂
    we stick to our non-commercial rock n roll tunes.

    Maybe Mr.Fakyew know a bit `bout the frequency, He’s a radio freak.
    Peminat setia sinar.fm sebab ada M Daud Kilau kat situ.

    Nantilah try cari shoutbox,
    wordpress is pretty lame, it wont suppport most widgets like blogspot did.

  13. finas berkata:

    lots of reading so, u got lots of knowledge kan? may i ask a question, what is fly.fm frequency in Taiping? xder kena ngena kan..per nak buat..xder shoutbox 🙂

  14. adiospunk berkata:

    daneyafin88-
    ada org suka baca novel, ada suka baca komik, ada suka baca majalah. ada suka Baca surat khabar .. ikutlah citarasa sendiri. asalkan bahagia

  15. acapitut berkata:

    tapi koi joke mase tgk citer epic movie.macam gampang.the best part mase si blue tu try to seduced x-men.hahaha

  16. daneyafin88 berkata:

    :)..
    bagus2…bykkan mmbaca.suka jugak mmbaca but novels..heh

  17. adiospunk berkata:

    yup ! nak baca la ni…
    hihi ..

    Tapi aku pelik , apesal kat library Temerloh takde buku Pak Sako? Padahal dia orang kelahiran sini.

    Nama jalan sempena nama dia banyak pulak .

  18. koboi berkata:

    baca bro, jangan tak baca. Iqra’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: