Singgahsana Sang Toyol


Benar, tiada perbezaan ketara yang dimiliki Alam jembalang. Sosok makhluknya memang berbeza dengan umat manusia, akan tetapi sosio politiknya adalah serupa. Sehingga sesiapa yang pernah ke sana akan terus menanggapi bahawa alam puaka itu adalah satu salinan kepada dunia di alam nyata, Dunia Manusia.

Seperti juga alam nyata, warga Alam Ghaib juga suka berperang . Hantu puaka yang perkasa akan menindas puaka-puaka yang lemah. Alam ghaib juga terdapat skala wilayah yang dibahagikan mengikut provinsi.

Dan diantara beratus-ratus provinsi yang wujud di sana. Terdapat sebuah wilayah yang dinamakan Hanatuyalem.

goblin4

Alam Ghaib di Hanatuyalem Bergoncang lagi.

Tercetak kekal dalam pemikiran manusia tentang makhluk ghaib yang digelar Toyol. Tapi di alam jembalang, mereka memanggil makhluk itu dengan nama Toy sahaja, sesuai dengan penampilan makhluk itu yang seakan ‘barang mainan’.

Puaka, mambang dan jembalang dari segala kasta sejagat mistik sudah tak mampu bertahan lagi. Kebodohan Toyol sudah mencecah tahap infiniti. Kedangkalannya berada dibawah paras normal. Yang semakin tersepit adalah penghuni Hanatuyalem kerana Toyol adalah penghulu yang dipilih mereka secara demokrasi.

Namun tiada apa dapat dilakukan,  selagi batalion hantu jepun berada di bawah kawalannya. Malah untuk bercakap siang tentang kebodohan Toyol juga terpaksa berhati-hati, takut dikesan hantu galah, perisik setia sang penghulu itu. 

Pada dinding-dinding busut , perigi buta, rumah-rumah tinggal dan bangunan tua di Hanatuyalem , tersergam megah potret Hantu Raya, mantan penghulu yang diagungkan umat jembalang. 

Di kedai kopi milik Hantu Kubur juga tak ketinggalan menggantungkan potret Hantu Raya. Hantu-hantu puaka yang mengunjung ke sana selalu bercakap-cakap dengan potret itu. 

“Alangkah bagusnya kalau Hantu Raya masih menjadi penghulu kita ” kata pelesit sambil bebola matanya memandang tepat ke arah potret.

“Tak payah kau berkhayal, dia tak akan kembali , kalau kau beri satu tempayan darah pun , dia tak akan kembali”  tegur si  Pocong.

” Aku pernah dengar , Hantu raya telah membeli kapal berhantu Mary Caleste sebagai projek Mega untuk diserahkan kepada Toyol, Kau tahu yang si Toyol tu buat dengan kapal tu,  Poc ? ”  Soal pelesit.

Pocong cuba  mengangkat ke dua belah bahunya tanda tidak tahu, tetapi ikatan kain kapannya terlalu ketat. Mengelupur dia mencuba.

“Aku rasa kau tak tahu , Poc, tak apa,  biarlah aku ceritakan.”

“Si Toyol yang dungu tu tak tahu  apa gunanya kapal laut kayu tu. Oleh kerana bengap . Dia menyangka  Kapal tu untuk buat kayu api. ” Pelesit menghirup kopi lalu menyambung ceritanya.

“Setelah betul-betul dibakar , Hantu raya yang dapat tahu terus mengamuk. Sepatutnya , Kapal tu adalah model untuk dibuat kapal perang, untuk armada laut membantu Hantu Air menjaga keamanan kita”

Perbualan mereka turut didengar dari meja sebelah. 

” Aku dengar Toyol tu, semasa dia menjadi manusia dulu. Dia tu seorang badut.” Hantu Air  yang dari tadi menghayati perbualan itu turut menyampuk.

“Memang betul, aku pernah dengar pasal tu, walaupun dia dikategorikan sebagai hantu, itu cuma kelonsongnya saja. Organ dalamannya masih lagi seorang badut” Jelas pelesit.

” Berbeza dengan Hantu Raya , dia dari kalangan hantu yang kuat berfikir. Semasa hayatnya menjadi manusia, dia adalah seorang ahli falsafah yang juga juara catur. Dia sentiasa bersikap realistik dan tegas berpendirian” Kata pelesit lagi yang kekagumannya kepada Hantu raya berada di tahap tinggi.

Seperti perbualan pelesit, pocong dan hantu air.  Dialog serupa terdengar di mana-mana. 

Seperti mantan-mantan penghulu kerajaan jembalang terdahulu, yang tak pernah berhenti berpesan tentang bahaya anasir jahat Jin-jin kafir , Begitu juga Toyol yang paranoid:

“Frankenstein, drakula, vampire , Leprecaun dan alien sentiasa menunggu peluang untuk menjajah kita, menakluk kita, merompak kita. Kita harus bersedia. Jangan buat kerja apa pun sepanjang hayat  selain dari bersedia penuh curiga menunggu kedatangan musuh kita”

Maka pesanan itu terus  bergema di kebun-kebun getah, di mulut-mulut gua, di lubuk-lubuk sungai dan serata wilayah Hanatuyalem. Umat jembalang semakin jarang menyakat manusia kerana semua mereka sedang bersiap sedia dengan serampang setan menunggu kedatangan Drakula dan kawan-kawannya.

Toyol tak bersifat realistik seperti Hantu Raya. Ketika Hantu Raya menjadi penghulu dia cuma  menyarankan supaya bersaing secara berdepan dengan jin-jin kafir adalah lebih baik dari mencurigai bahawa drakula dan kawan-kawannya itu sedang menunggu peluang untuk menjajah mereka. 

Hantu Raya tahu akan trauma yang dialami bangsa jambalang sewaktu jin-jin kafir itu datang menjajah, menakluk, merompak setanggi mereka. Paling menyayat hati adalah hantu-hantu wanita mereka yang lemah telah diperkosa dengan kejamnya.

Masih ingat zaman penjajahan itu , keperitan Hantu kopek,Langsuir, penanggal, pontianak , puteri bunian menjadi mangsa nafsu rakus Frankenstein.

 

Namun sehebat mana pun Hantu Raya diagungkan, masih juga dia tidak dapat mengelak dari berhadapan dengan musuhnya. Si Mumia, yang tak pernah lelah berusaha mahu menjatuhkannya.

Mumia semasa hayatnya menjadi manusia adalah seorang juara pertandingan karaoke. Dia selalu memenangi pertandingan nyanyian kerana persembahan luar biasanya sambil menari erotik yang mirip gelek padang pasir. Kematian tragisnya juga  akibat tertelan mikrofon ketika bereksperimental menyanyi sambil membuat aksi breakdance.

Mumia tidak mempunyai idea di luar kotak. Namun dia bersahabat baik dengan zombie, sejenis hantu berpenyakit. Lebih memudaratkan apabila penyakit dibawa oleh zombie itu  adalah dari jenis yang cepat berjangkit.

Zombie adalah hantu pekung yang penuh dengan kudis. Setiap kali Mumia memperlihatkan kepandaiannya bernyanyi karaoke dia alam ghaib, dengan tak semena-mena semua zombie akan berjoget lambak.

Percikan pekung dan kudis para zombie akan terenjis kepada sesiapa yang berdekatan, sesiapa yang terkena renjisannya akan serta merta menjadi zombie junior. Dalam sekelip mata sahaja, wabak itu merebak luas.

Tapi Toyol tetap yakin dengan kemampuannya. Dia tak gentar kepada Mumia. Ketika masyarakat puaka alam ghaib di Hanatuyalem terbahagi dua. Toyol masih sibuk bermain dengan kacang hijau kegemarannya.

Bukan lagi satu rahsia, meski pun Toyol berada di tampuk kuasa, tetapi kuasa mengawal bangsa puaka alam ghaib Hanatuyalem hanya dimiliki oleh Mumia dan Hantu Raya. 

Ketika berhadapan dengan masalah kecil, Toyol tetap membuat keputusan mengikut saiz otak badutnya. Untuk rujukan , dia suka membaca bulu ekonomi tulisan seorang pawang buaya yang tamat sekalah darjah 3.

Tak perlu diubah menjadi satira kerana dia sendiri adalah jelmaan satira dalam bentuk objek hidup.

Comments
4 Responses to “Singgahsana Sang Toyol”
  1. adiospunk berkata:

    kan sama mendernye tu

  2. fakyew berkata:

    kalau ada daud tu dia mesti sembah punya. sebab dia ingat menatang tu yoda.

  3. adiospunk berkata:

    Memang aku dah buang 40 % yang asal.

    cilakak je, tulis pasal hantu setan pukul 3 pagi.
    meremang bulu roma aku. Aku dapat rasa ada Dark Forces dalam bilik.

    Kuasa jahat dalam bentuk kepulan asap hitam terlihat dari ekor mata.

    Aku cuba sedapkan hati. Itu bukan setan, bukan iblis , itu cuma optical ilussion.

  4. fakyew berkata:

    macam ada yang kurang je. ini yang asal ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: