Aku bukan zombie
Satu dekad yang lepas, ketika menyelusuri kaki lima, bebola mata aku tertarik semacam kuasa magnetik kepada satu judul di sebuah toko buku.
Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda , Aku bukan penggemar cerita Dajjal, tapi aku peminat fanatik dunia kriptologi sejak aku masih bocah.
Kisah Segitiga Setan itu sentiasa menarik keinginan aku, begitu juga dengan kisah Bigfoot, Loch Ness dan U.F.O.
Aku tahu aku akan memaksa diri aku membeli buku itu. Usai membaca dari kulit depan ke kulit belakang, bagaikan satu halusinasi tentang kedatangan kiamat, Dajjal dan Imam Mahadi.
Aku bercerita kepada kakak aku, seperti apa sahaja yang diberitahu oleh buku itu kepada aku. Aku turut pinjamkan buku itu kepada dia. Nak tengok apa pula pendapat dia.
Setelah seminggu aku kembali mendapatkan kakak aku dan pendapatnya. Kakak aku kata, dalam dunia ini, terdapat dua jenis penulis.
- Penulis yang membuatkan pembacanya berfikir tentang apa yang ditulisnya.
- Penulis yang meracuni fikiran pembaca supaya berfikir seperti penulis.
Nah, satu tamparan untuk aku. Buku itu adalah dari jenis memaksa aku berfikir seperti penulisnya. Kalau aku terus mempercayai segala apa yang ditulis, tanpa menilai semula dengan akal logik aku, ternyata hanya membuatkan aku sebagai zombie.
Pasti aku tak mahu menjadi zombie. Kakak aku telah mengajar aku tentang cara untuk menjadi diri sendiri.
Setelah aku amati betul-betul,Penulis buku itu bukanlah seorang yang hidup di zaman nabi Musa. Jadi segala yang ditulisnya adalah berdasarkan teori dan pendapat peribadinya tentang Samiri.
Dia bijak menggunakan pengetahuan tentang dunia kriptologi dan mengupas dengan ayat-ayat suci. Sehingga dia telah mendahului para nabi dalam memperkenalkan Dajjal sebagai Samiri. Penyembah patung lembu emas.
Sekiranya aku menulis, aku tak mahu menjadi candu yang meracun akal sesiapa.
Aku suka kalau ada orang yang berbeza pendapat. Kerana aku selalu membuat silap, sewaktu aku yakin aku di pihak yang benar.
Aku membuat kesimpulan bahawa manusia adalah makhluk yang buta, sekali pun mereka sering mengaku sebagai celik huruf.
Tapi telah terbukti kalau hanya tahu membaca tetapi tidak tahu berfikir, mereka hanyalah robot penghafal tulisan. Sejenis robot yang tak berguna. Tingkat intelektualnya tak lebih dari mesin pesanan suara untuk menjawab telefon.
Manusia begitu megah bila dapat mengetahui tentang atom, neutron dan elektron, sejumlah benda-benda yang belum pernah dilihat mata mana-mana manusia hidup, sekalipun dengan bantuan mikroskop.
bagus juga ye,
sekurang-kurangnya aku tahu, pemikiran orang lain sewaktu menulis…
aku kalau menulis , aku cuba bayangkan psikologi orang yang membaca nanti.
aku suka menuliss… apapun yang kulihat..
ketika pikiranku terwakilkan oleh rasa dan kata.. maka aku akan menulis..
setelah itu.. tak terpikirkan apapun lagi..
aku suka membaca. dan aku lagi suka imaginasi aku melayang-layang lebih jauh dari apa yang dibaca. hehehe harap-harap aku tak tersesat jauh.
kalau aku semasa menulis, aku akn biarkan pembaca mentafsir apa yang dia mahu tafsir.
kemudian aku akan nilai.
macam kotak pandora, kita tidak tahu apa yang pembaca fikir tentang apa yang kita tulis mengenai fikiran kita..