Simple Plan untuk musim cuti


Tak tahu nak tulis ape, tapi bukan cerita horror aku rase. Nanti jadi cerita lawak. Dah lama aku tak menghayati dunia puaka, kena ambil masa cari feeling horror dulu.

Aku rasa nak try buat cerita Psiko pulak. Tak pun buat cerita pasal Alien vs predetor vs pocong.
Cerita cinta? no way, nanti budak ni kata aku punkrocker sellout, layan Indie.

Band aku pulak planning nak rekod satu lagu untuk projek kompilasi lagu-lagu 80an yang akan diberikan nyawa baru. Irama punk rock.
Nak kena beri sikit tumpuan aku kat situ. Dateline bulan 4.

Kalau ikut perancangan, aku nak cover lagu Alleycats. Band berambut afro paling true di Malaysia. Rambut afro mereka kekal lebih lama dari The Jackson five. Aku salute sama diorang.

Tak apa , lagi pun aku tengah bercuti Raya Cina.
12 hari off. Boleh lepak sampai lebam. Aku ada banyak masa.

Tapi tak berapa kool, sebab Fakyew tak boleh lepak malam lagi dah. Batu karang membuatkan dia menjadi semakin loser.
😦
Bapak dia tak kasi keluar malam, takut Fakyew melanggar pantang larang hospital dengan meminum minuman tak menentu.

Yeah !!! Aku sokong bapak dia. Minuman Fakyew memang dari jenis yang menentu. Kalaulah dia tahu pasal Tonik Setan .

Untuk Fakyew jangan cuba jadi durhaka kepada ibu bapa. 
Minuman durhaka membuatkan kau kencing keluar batu.
Kalau jadi anak durhaka, nanti kau sendiri yang jadi batu.

Kalau dah jadi batu, nanti boleh hantar patung kau ke kuil-kuil besar di Tibet. Sebab rupa paras kau pun dah ada iras-iras dengan berhala kat sana.

🙂

Comments
9 Responses to “Simple Plan untuk musim cuti”
  1. adiospunk berkata:

    Masa fakyew kata dia sakit perut hari tu,
    aku syak dia mengandungkan anak dude.

  2. Dude berkata:

    BErita terbaru:
    Fakyew kencing kuar batu-bata.

  3. mohdjai berkata:

    Nampaknya, bukan sahaja tak melepak kedai kopi, malah kat ym pun tak melepak jugek.

  4. adiospunk berkata:

    fakyew tak suka nukilan ikhlas,
    kau tgk je perangai dia.

  5. koboi berkata:

    aku ingat tajuk kali ni kena tukar kepada ‘nukilan ikhlas untuk fakyew’ hehehe

  6. fakyew berkata:

    jadah

  7. adiospunk berkata:

    air kosong , yep.
    itulah minuman terbaik untuk org berpenyakit.

  8. mohdjai berkata:

    Dia lepak kat kedai minum air kosong lagik skang ?

  9. ainunlmuaiyanah berkata:

    12 hari cuti.. best betul.. ni cuti awal tahun okey.. bersuka ria lah makan limau banyak-banyak sampai kembung.. hehe

    so, betullah fakyew ada batu karang ni?
    aish~, kasihan la dia. tapi buat dia menghargai hidup la kot..

    pesanan untuk fakyew , jgn nakal2 dan ikut cakap mak bapak eh. nanti jadi tanggang moden, jadi batu.

    heh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: