Kisah Angker Tentang Metal-Metalan


Sudah 2 tahun Jenglot menjadi anggota sebuah band Metal. Dia juga  sudah mula merasa seronok bermain muzik di atas pentas. 2-3 kali dalam sebulan, pasti ada sahaja undangan . 
Biasanya kalau tiada urusan penting, mereka tidak menolak. Seronok dapat melihat tempat orang , bertemu kawan baru.

Terbaru, band mereka PUAKA, mendapat undangan untuk beraksi di sebuah negeri di Pantai Timur. Setelah dipersetujui  anggota yang lain. Mereka akhirnya menerima undangan tersebut.

“Tempat yang kita nak main ni,tak jauh dari kampung nenek aku. Kalau nak save budget, kita tidur rumah dia je lah, dia pun tinggal seorang je kat kampung tu”
Kata Jenglot kepada anggota band yang lain.
“Lagi cantik idea tu , daripada sewa hotel takde bintang macam bulan lepas.” Jawab si pemain drum, Mail.

Seorang lagi anggota band mereka. Joe,  tak pernah memberi pendapat. Apa sahaja yang difikirkan elok oleh Mail dan Jenglot, maka baiklah juga pandangan dia. 

* * *

Selepas pulang kerja pada hari Jumaat, seperti yang telah dipersetujui, semua mereka berkumpul di rumah Mail. Setelah mengisi kelengkapan muzik mereka kedalam kereta, mereka pun bertolak ke Pantai Timur.

Dengan bersembang merepek-repek, 3 jam sudah berlalu. Hari sudah semakin senja. Akhirnya, mereka sudah pun hampir ke kampung nenek Jenglot. 

“Masuk simpang ni” kata Jenglot. Menunjukkan pada satu simpang kecil jalan tanah merah.

Sepanjang melalui jalan itu, tak bertemu dengan sebuah rumah pun. Hanya semak samun, belukar dan pohon-pohon tua.
Berjurai-jurai akar kayu melilit pada pohon besar. Agak sunyi keadaannya. Yang terdengar hanyalah nyanyian cengkerik.

Hampir 10 minit menyusuri, masih belum bertemu dengan sebarang rumah. Hari semakin gelap. Mail yang memandu mula merasakan sesuatu yang aneh.

“Kau yakin ke ini kampung nenek engkau, Jenglot”
” Positif, Takkan aku tak tau kampung aku sendiri.”
“Macam tak ada orang pun yang tinggal kat sini”
“Oh ! kampung ni memang nenek aku seorang je yang tinggal. Lepas banjir besar tahun 70an dulu. Semua orang pakat berpindah. Cuma nenek aku je seorang tak nak pindah” 

” Creepy betul tempat ni, Kalau Mayhem datang sini, mesti tak balik ke negara asal diorang dah” Sampuk Joe yang sudah lama berdiam.

” Lepas bukit tinggi tu. Terus boleh nampak rumah nenek aku” kata Jenglot sambil menunjukkan jalan dihadapan mereka yang agak berbukit sedikit.

Seperti yang dikatakan oleh Jenglot, dari sana memang terlihat sebuah rumah . 

* * *

Sebuah rumah kampung . Tapi sudah uzur betul keadaannya. Papannya juga sudah berlumut. Tidak besar dan tidak pula kecil .
Ternampak cahaya lampu dari dalam, menandakan rumah itu berpenghuni.

” Nenek ! Oh nenek”  Jenglot berdiri di depan pintu dan berulang-ulang kali dia berteriak .
Bunyi pintu diselak.  Kreakkkkk !
Muncul seorang perempuan tua di muka pintu.

” Apa Khabar nek, Ini Usin.” kata Jenglot yang membahasakan dirinya sebagai Usin.

“Oh!! kamu Usin, Ingatkan siapa datang malam-malam ni”
“Ha’ah, ni Usin”
“Usin ingat nak ajak kawan-kawan Usin tumpang tidur kat rumah nenek” 
“rumah nenek ni pun tak ada telefon nak beritahu awal-awal, Jadi Usin datang je la dulu ke sini baru tanya, boleh ke nek ? ”

Jenglot cuba menerangkan  perlahan-lahan supaya neneknya dapat menangkap butir bicaranya.

” Oh! takkanlah tak boleh, rumah nenek kan rumah Usin juga. Ajaklah kawan-kawan kamu tu naik. Nenek ke dapur dulu”

Jenglot pun memberi isyarat kepada kawan-kawannya supaya masuk.
Mereka pun naik bersama alatan muzik dan barang-barang mereka.

Semasa makan malam, panjang lebar Jenglot bersembang dengan neneknya perihal keluarga.

Rumah itu juga tidak ada TV. Cuma ada Radio sahaja. Maklumlah, orang zaman pemerintahan jepun.
Mahu atau tidak , terpaksalah Mail dan Joe mendengar Jenglot yang rancak berborak dengan neneknya.

Malam semakin larut.Mata semakin mengantuk. Mereka mula beransur ke bilik. Ketiga-tiga mereka membentangkan tilam untuk dijadikan alas tidur . Jenglot juga membawa Radio ke dalam bilik untuk menghiburkan mereka sebelum tidur.

“Aku kalau nak tidur kena dengar lagu Black Metal dulu , baru boleh terlelap” Kata Mail. Dia pun memasukkan Kaset dan memainkan sebuah lagu.  

sewaktu lagu itu berdendang, dengan  tak semena-mena, rumah itu bagaikan bergoncang. Pintu dan tingkap terselak dan tertutup sendiri. Keadaannya bagaikan dilanda ribut besar. Bunyi angin menderu menghempas atap. 

Terdengar suara orang meracau dari dalam bilik nenek Jenglot. Suaranya garau dan keras tak tentu arah. Bagaikan bunyi orang mengerang kesakitan.

“Sudahlah tu ! Sudahhhhhhhh lahhhhhhhh !!!! arghhhh !!

Mail tersentak , begitu juga Jenglot dan Joe. Mail menekan butang STOP pada alat pemain kaset. lagu Metal berhenti. Kakacauan tak terduga sebentar tadi juga berhenti . Semuanya kembali seperti sediakala.

Jenglot terus menuju ke bilik neneknya.

“Nenek ! Nenek ! Nenek tak apa-apa ke? ”

Diselaknya pintu bilik. Dia mendapati neneknya terbaring di lantai. Biliknya berselerak. Rambut neneknya mengerbang. Matanya merenung tajam.

“Tolonglah Usin, Jangan pasang lagu tu, Nenak dah tak daya dah ”

Jenglot hanya terdiam, fikirannya penuh tanda tanya.

* * *

witch480

Comments
12 Responses to “Kisah Angker Tentang Metal-Metalan”
  1. Dude berkata:

    dang yew basted

  2. adiospunk berkata:

    thanks koboi dan selamat ulang tahun juga..

  3. koboi berkata:

    cerita yang agak menarik. ada unsur saspen. ada unsur lawak. aku genrekan sebagai funny-horror. hehehe anyway, good job my pren. berjaya membuatkan tumpuanku kembali tajam.

  4. adiospunk berkata:

    Hahahaha
    dari semalam aku tunggu kau baca.

    kirim salam kat nenek kau.
    kata kat dia,
    pendengaran dia memang cukup mantap sebab dapat menilai muzik dengan baik. Punk Rock

    hehehehe

  5. Dude berkata:

    hampeh..
    dah agak doh..
    ada je niat nak kena kan aku.
    nenek aku xlayan b.metal laa.
    dia layan punkrock je.

  6. adiospunk berkata:

    terima kasih,
    tak kiralah berapa bintang pun.

    banyak kena berlatih, aku faham.
    tapi mesti banyak mencuba.

    untuk naikkan mood horror, mungkin lain kali aku kena masukkan karekter hantu raya yang mukanya bernanah penuh dengan pekung dan berulat, baru berkesan.

    🙂

  7. ainunlmuaiyanah berkata:

    mula-mula ingat cerita hantu..
    tapi rupanya cerita lawak..
    apalah adi ni..

    okey. aku bagi 3 bintang la untuk cerita ni walaupun mereka tinggall di rumah tak berbintang ya

  8. adiospunk berkata:

    nampak sangat aku takde bakat buat cerita seram..
    Fakyew gelak cam cerita lawak je

  9. fakyew berkata:

    hahahaha tak dapat bayang muka jenglot masa tu.

    hahahahahahahahahahahaahahhaha

  10. adiospunk berkata:

    saje je buat cerita seram sekali sekala.

  11. mohdjai berkata:

    hahahaha! pada awal cerita kau membuatkan aku tutup lagu untuk tumpukan perhatian sepenuhnya membaca sampai habis. Good work adi!

    Gilalah, nenek jenglot tu headbanging sorang-sorang dalam bilik ke lepas terdengar lagu black metal ? hehe.

  12. adiospunk berkata:

    Sebabkan takde orang lain dengar lagu metal selain dude, Post ni ditujukan untuk dia.

    Moral cerita ni.
    Jangan bagi nenek kamu dengar lagu metal.

    heheehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: