Merejam Dewi Bulan dengan Lembing Apollo


 

Biasanya , kalau hari Jumaat, memang aku rehat lama sikit.
Pergi sembahyang.
Tak tahu apa yang pelik sangat pada pemikiran bos aku .
Agaknya dia ingat aku curi tulang kot ?
Rehat lama-lama.
Ada sekali dia tanya: 

“Lu percaya sama tuhan ka?”

Pelik bunyinya soalan boss aku. “Kenapa?” Aku jawab balik soalan dia dengan soalan aku sendiri pulak.

“Lu orang melayu, bukan sembah itu bulan ka?” Dia bertanya lagi tanpa segan silu dengan paras kejahilannya sendiri. Dia nampak yakin dengan soalan dia.

“Mana ada sembah bulan” aku jawab balik dengan rasa pelik. Ajaran sesat mana pulak yang rasuk boss aku ni sampai tiba-tiba tanya soalan macam ni.

“Bukan lu orang kalau mau hari raya mesti mau tengok bulan?” Sungguh ikhlas sekali bunyi soalan dia ni. Terus aku dapat tangkap paras intelektual dia.

“Ohhh ! sebab itu ke? Bukan ma, kitorang melayu ikut calender Arab. Orang putih ikut pusingan matahari, kitorang ikut pusingan bulan.Kalau mau raya mesti mau tengok dulu, itu bulan sudah pusing habis ke belum.”

Sebenarnya aku pun jawab ikut belasah je. Aku bukan tahu sangat pun. Tapi tahan sikitlah daripada dia yang selama ni sangka, orang Islam ni sembah bulan.

“Itu macam ka? Tapi saya aa, orang Cina, sembahyang pun pasal adat. Sudah tak percaya tuhan lagi”

Wah ! Terus penasaran aku . Biasanya , dialah yang pagi-pagi pergi bakar colok kat tokong. Aku ingatkan alim, seorang munafik rupanya.

“Dulu orang Amerika hantar roket pergi bulan, tak ada jumpa sama kita punya tuhan. Cina punya org percaya bulan sana ada dewi duduk. itu dewi serupa tuhan la.”

Aku biarkan aje tauke aku dengan fahaman agnostik dia tu. Mungkin pendapat dia secara individu je.

Lagipun paras kejahilan dia tentang agama Islam tu, aku ibaratkan sama macam kejahilan aku tentang dewi bulan tu juga. Kalau dia tak cerita, aku pu tak tahu pasal agama dia ada tuhan tinggal kat bulan.

* * *

dewi-bulan

Setelah aku google, rasanya yang dimaksudkan oleh dia tu dewi cheng'e

Aku persiapkan diri , google cerita pasal Dewi Bulan tu. Lain kali , kalau ada orang cina lain tanya soalan sama, aku dah prepare jawapannya. Aku tahu sikit-sikit pasal tuhan mereka, nampak sangat dia jahil kalau tak tahu pasal agama aku.

Tentang sebuah mitos purba kehidupan dewa-dewi menurut kepercayaan orang Cina.

Di surga, terdapat pasangan bernama Houyi dan isterinya benama Cheng’e. Seperti juga hidupan lainnya di surga, mereka adalah immortal. Kebal dan tak akan mati.

Surga juga dibawah perintah oleh Yù Huáng (maharaja jed). Suatu ketika 10 orang anak Maharaja Jed telah bertukar menjadi matahari. Secara tak langsung bumi jadi sangat panas.

Houyi si suami itu telah diperintahkan untuk memnggil pulang anak-anak Maharaja jed. Houyi memang terkenal sebagai pemanah terhandal di surga.

Houyi telah membidik dengan tepat 9 biji matahari dan membiarkan 1 sahaja tertinggal , iaitu matahari hari ini. 

Maharaja Jed jadi marah bila dapat tahu cara Houyi menyelesaikan masalah. apatah lagi 9 biji matahari itu adalah anaknya sendiri.

Akibat amarah yang tak tertanggung, dia dengan kemurkaan seorang tuhan besar yang juga  penghulu surga telah menarik balik kuasa immortal pasangan suami-isteri itu sebelum mencampakkan mereka ke bumi.

Kecewa sebab kehilangan kuasa immortal, Houyi telah menjelajah serata bumi mencari pil immortal.

Akhirnya dapat juga berkat usaha gigih. Diberikan sendiri oleh Queen mother of the west  yang bermastautin di gunung kura-kura.

Cuma sebiji pil. Tapi kalau dikerat dua pun , sudah cukup untuk menjadikan orang yang memakannya sebagai immortal.

Houyi menyimpan pil itu ke dalam satu bekas dan membawanya pulang. Dia berpesan kepada isterinya, Cheng’e agar jangan dibuka bekas itu .Kemudian dia keluar semula.

Cheng’e tak menurut perintah suaminya, semasa dia membuka bekas dan melihat pil tersebut, suaminya kembali.

Dia jadi kaget. Panik.

Disorokkan pil itu didalam mulutnya. dengan tak sengaja dia telah tertelan pil immortal tersebut.

Kerana kuasa pil melebihi kadar sukatan. Maka Cheng’e jadi overdose.  Tubuhnya terapung ke udara.

Mulanya Houyi mahu menggunakan anak panah untuk mengelakkan isterinya dari terus terapung, tapi tak sampai hati. Kerana cinta. 

Cheng’e terus terapung tinggi sehingga mendarat di bulan. Kuasa immortalnya membuatkan dia terus kekal berada di situ.

* * *

Boleh tahan romantiknya cerita tu.  Macam satu chapter dalam hikayat  1001 satu malam. Mitos tu mungkin tamat sebagai kisah yang agak sedih. Tapi sambungan mitos tu lebih menyedihkan.

Amalgamasi sebuah lagenda urban dengan mitos orient purba.

Berduka nestapalah seorang dewi bulan tanpa cinta. Zaman berganti zaman dia menunggu kedatangan dewa tersayang dengan penuh kerinduan. 

Tetapi yang muncul , hanyalah seorang dewa yang tidak siuman . Dewa yang empayarnya menguasai segenap ceruk bumi. Dewa yang terkenal dengan sifat kebencian. Dan kerjanya hanyalah membuat onar.

Dialah Dewa NASA yang sangat busuk hati. Dewa yang membuat keputusan untuk merejam Dewi Bulan menggunakan lembing saktinya, Apollo 11.

Comments
19 Responses to “Merejam Dewi Bulan dengan Lembing Apollo”
  1. Dude berkata:

    Heh..
    hipokrit sial kau ni.

  2. adiospunk berkata:

    kan aku pernah kluar post,
    band yang aku layan tu nama SOFOM
    bukan Sodom.

    tolonglah eja betul2

  3. Dude berkata:

    sorry..
    yg layan sodom tu kau sendiri.

  4. adiospunk berkata:

    selama ni kau layan lagu SODOM
    kau jadi Sodom la ye..

    hehehe

  5. Dude berkata:

    kalau betul cara layan…
    boleh jadi immortal.
    hahaha.
    tgk si sayap azazil…
    dia skrg dah immortal!

  6. adiospunk berkata:

    layan lagu Immortal tak jadikan dia immortal.

    sama macam kamu dengar lagu iron maiden
    tak akan menjadikan kau seorang `anak dara besi`

  7. Dude berkata:

    Fakyew: fuck off! Koy tak minat lalu film bongok gitu.

    Adios: a’ah.. macam citer hong kong… ada iras2 journey to the west. Aok tau dok yg fakyew pernah berlakon dlm journey to the west. Alaa… watak yang selalu bawak pencakar rumput tu…
    Hahahaha…

    Koboi: hang toksah dok pening nak percaya mana satu… buang masa je.

    Foot not:
    01 – Yang si Houyi tu pun bengong gak… tak payah susah2 nak cari pil immortal… layan je dengar lagu2 band immortal… kan senang! hahaha.

    02 – manusia memang tak pernah pergi bulan… tapi manusia memang pernah ‘datang bulan’.

    03 – Heh…

  8. adiospunk berkata:

    aku suka kata2 neil armstrong masa kat bulan:

    “That’s one small step for man; one giant leap for mankind.”

  9. adiospunk berkata:

    dah lama tak tgk Mythbuster ,
    faveret aku mamat idiot dua orang tu.

  10. koboi berkata:

    aku pernah tengok dokumentari yang menceritakan teori konspirasi penipuan jelajah ke bulan. dan aku juga pernah tengok rancangan Mythbuster yang me’buster’kan teori penipuan tersebut. kesimpulannya: aku tak tahu nak percaya yang mana satu.

  11. fakyew berkata:

    dude semua menarik. kalau tak silap dia bagi 7 setengah bintang cerita the raspberry reich tu.

  12. adiospunk berkata:

    menarik lah,
    macam filem hong kong

  13. Dude berkata:

    Cerita yang menarik.

  14. adiospunk berkata:

    Memang susah nak jawab pasal kontroversi ‘manusia pergi ke bulan’ .

    Tapi aku terima cerita Neil Armstrong pernah sampai ke sana sebab dia bawa bukti ilmiah kemampuan manusia meneroka angkasa lepas.

    sebaliknya, pendakwa yang menafikan tu pun bukan pernah pergi bulan pun, mana dia tau keadaan sebenar kat sana.

    baru2 ni ada angkasawan jepun bawak boomerang ke angkasa. bila dia baling , boomerang tu berpusing dan balik semula pada dia. sama cam kat bumi.
    http://afp.google.com/article/ALeqM5i2n44DP0PaB-TdrZWh5J23O3wjsw
    Bunyi macam tak logik untuk keadaan sifar graviti. tapi kadang2 kebenaran lebih aneh dari dari cerita mitos.

    Aku kalau boleh tak nak percaya mana2 pihak.
    aku cuma percaya dengan pendapat aku sendiri.
    biar pun pendapat aku sendiri tu salah.
    hehehe

  15. ainunlmuaiyanah berkata:

    pasal kontroversi benarkan manusia sampai ke bulan tu mmg polemik hangat. aku pernah guna untuk bahan public speaking aku..

    bila bukti ditunjukkan aku pun cam tak percaya manusia prnh sampai bulan

  16. adiospunk berkata:

    thanks oreo,
    tak tahu part mana yang best.
    aku rase part dewi bulan overdose .

  17. o.r.e.o berkata:

    haha..cita ko memang best..

  18. adiospunk berkata:

    aku pun ade dengar gak desas desus cam tu.
    aku pun tak tau mana yang betul

    aku tulis ikut kepercayaan bos aku je.
    (-:

  19. mohdjai berkata:

    haha. “Aku ingatkan alim, seorang munafik rupanya.”

    cool sungguh ayat ni, boleh diguna-pakai di banyak tempat.

    “Dulu orang Amerika hantar roket pergi bulan, tak ada jumpa sama kita punya tuhan. Cina punya org percaya bulan sana ada dewi duduk. itu dewi serupa tuhan la.”

    Entah betul entah tidak mereka sampai ke-bulan. Kalau tak berlapis-lapis bos kau hidup di tipu! haha. Sebab bila aku tengok dua siri dokumentari “Conspiracy Theory: Did We Land on the Moon?”
    aku rasa macam percaya mereka tak pernah sampai ke bulan.

    Ditambah lagi cerita melayu katakan neil armstrong masuk islam.

    Terus aku tak nak percaya pasal manusia dah sampai bulan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: