Imaginasi melangkaui zaman
Lord Of The Rings : Fellowship of the Ring Adalah filem paling membosankan dalam dunia. Aku cuma mampu bertahan selama 10 minit sebelum diri aku sendiri yang tamat siaran.
Setelah 3 atau 4 kali mencuba , ternyata aku gagal mengatasi catatan masa terbaik aku ( iaitu bertahan lebih dari 10 minit sebelum terlelap).
Tak hairanlah mengapa aku abaikan sekuel kedua siri filem berkenaan.
Bila tiba giliran terakhir trilogi tersebut ; The Lord of the Rings: The Return of the King meledak di pawagam sehingga berbuih mulut kawan-kawan menceritakan kehebatan Aragon . Terpaksalah aku tengok sendiri sejauh mana hebatnya filem tersebut.
Ternyata The Lord of the Rings: The Return of the King hanya mengembalikan fikiran aku terus kepada novel bersiri Saga Artakusiad. Satu siri pengembaraan yang tak terjangkau dek akal. Penulisnya adalah idola aku.
Aku marah : “Ceh ! celaka betul orang Amerika ni. Berani dia cedok idea penulis melayu dan diadaptasikan ke filem Hollywood”
Aku cuba yakinkan semua orang, jalan cerita tu aku dah baca sejak sekolah rendah dulu. Tapi haram, seorang pun tak tahu.
Kalau sebut Enid Blyton dan Hardy Boys mereka tahu walaupun tak pernah baca. Belum cakap pasal Harry Potter lagi. Mesti berbuih balik semula bibir mereka,bercerita tentang dunia sihir Hogwart.
Akhirnya aku faham, filem Lord of the rings sebenarnya diadaptasi dari novel adventure bertaraf klasik berbahasa Inggeris, dan siri pengembaraan Artakus tu juga mendapat influence dari novel berkenaan.
Tapi aku tetap salute pada penulis yang mencipta watak Artakus, dan siri Saga Artakusiad.
Kalau aku diberikan pilihan memilih penulis Melayu paling hebat, aku tak akan teragak-agak untuk pilih penulis berkenaan. Ahmad Patria Abdullah nama dia.
Imaginasi memang tahap alien.
Oh ya , aku tengok siri Lord of the rings secara terbalik. yang ketiga , lepas tu yang kedua dan aku akhiri dengan yang pertama. Itu pun sehabis bertahan supaya tak tidur. Berjaya.
Aku selalu fikir, kalau siri Artakus difilemkan, mesti lagi gempak dari filem cerita Cicakman .
Permata Aurorius
Kota Arialun
Kembar Artakus
Petua Azkram
Puteri Alindalia
Pedang Aurora
siri terbaru dia bertajuk : Legenda Numerius
Tapi koleksi lama aku dah hilang, kalau beli pun dah tak faham cerita. Ada ke 10 tahun tunggu sambungan cerita tu. Aku pun dah naik tua dah.
mmg minat btul siri artakus ni.dulu darjah 5 ke 6.skrg dh 33 thn.susah nk cri.tolongla terbit balik.nk beli la
saya pun umur lebih kurang itu juga, masa sekolah dulu tak ada kawan2 saya yg suka baca buku, tapi bila saya baca buku tu dan rasa hebat hangat..tak tahu nak cerita dengan siapa..
Saya ingatkan buku tu tak popular… rupanya ramai betul peminat setia
Saya baca cerita ni masa sekolah rendah. Seriyes best. Lupa dah pasal buku ni. Tiba tiba topik ni appears dalam Goodreads. Terus rasa nak cari balik. Sbb dulu pinjam kat library.. (tahun ini saya sudah 33 tahun.. The only thing yang saya ingat pasal novel ini ialah Artakus. Menurut imaginasi saya semasa kecil adalah seorang hero super berani, super bijak , super gagah dan semestinya super kacak. hehehehe
oopppss ! belum 🙂
aku ada 7 buah buku lagi belum habis baca ni …
nanti la kalau dah habis bahan bacaan nanti lah .. tengok la camna
Adiospunk dah beli Novel terbaru?
Pahlawan Adamus di MPH…
anda perlu membaca karya saya…
Pahlawan Adamus ada di MPH sedang menunggu anda…
Tapi masa aku sekolah dulu, bukan saja kaki baca buku, geng jahat yang tak pernah pergi library pun baca siri Artakusiad tu.
Budak perempuan pun kata cerita tu best.
Pada pendapat aku, kalau karya tu menarik, mesti akan membuka mata banyak orang. Kalau bukan peminat sains fiksyen pun boleh terus jadi peminat.
Aku pernah juga baca buku Faisal Tehrani tajuk 1511H (Kombat),
tapi aku tak minat sangat jalan ceritanya.
Tak sesuai dengan selera aku agaknya.
mmg pun..
patutnya buku tu dah out of stock, keluarkan la yang baru kan.. bukan tak ramai peminat sains fiksyen tapi tu la masalahnya dawama ni..
sekarang dok kalut cari penulis sains fiksyen pulak..
sangap ke?
uih..
kalau ada..
bak laa pinjam barang sekeping dua.
zaman buku Mona Gersang dah berlalu dah. 80an dulu boleh la.
kau cari je cerpen porno kat internet ni , berlambak.
kalau nak versi buku… kau beli digest KISAH BENAR.. meloya aku baca imginasi diorang.
Hahahaha…
siri2 buku pelik2 nih memang tak menarik la.
buku2 porno xnak ulas ke?
Wah untung kau dapat jumpa dia yek.
aku setakat tengok muka dia kat dalam majalah dewan sastera je. Itupun bulan lepas , pasal ada sale.
aku tak tau pulak DBP ada bias jugak.
tapi bab menunggu siri tu tamat memang tak patut langsung.
kejam sungguh!! sampai tua aku tunggu sambungan.
aku pernah jumpa penulisnya. Ahmad Patria Abdullah.
dia anak kepada abdullah husein,sasterawan negara kalau tak silap. dia bagi talk masa program MPR aku. orangnya sederhana dan kelakar.
sekarang ni dia kerja jadi ahli farmasi, sebab tu susah sikit nak keluar karya..
lagi satu DBP macam bias sikit. cerita dia banyak dapat permintaan tapi namo terbit lagi..
kedekut betul. bila statistik beli buku oleh rakyat malaysia kurang, mereka merungut kata orang tidak mahu beli buku dbp lagi dah..
tak faham ..
nihilist ? ntah apa-apa citarasa manusia kanibal.
tak paham aku.
kompem tak paham punya.
gua tak minat buku novel epik2 camni.
serabut.
gua layan yang nihilistic je..
cam H.P. Lovecraft.
hehehe.
main redah terus episod 6. macam mana nak baca.
Apa punya sekolah la, kempen suruh membaca lebih. tapi dia sendiri tak tau apa-apa.
kalau nak aku selongkar pun dunia aku pun,
aku boleh dapat episod 2 ngan 3,
mesti kau tak paham jugek kalau bace
nak buat camner..
perpustakaan sekolah cuma ambik satu title tu je.
tapi time tu koy memang freak ngan buku2 enid blyton.
yang pergi baca episod 6 tu buat apa,
memang la pening..
itukan cerita bersambung 2.
lagipun nama karekter dia mmg pelik-pelik, tambah nama tempat, nama puak.
memang menduga akal sikit.
Weh… koy pernah baca Pedang Aurora masa sekolah rendah dulu. Pening kepala sebab nak ingatkan nama2 watak dlm cerita tu.. nama pelik2 je.