Filem Palestine, Italy dan Romania
Etz Limon ( 2008 ) a.k.a Lemon Tree
Pilihan yang tepat untuk melihat ketidakadilan Israel ke atas penduduk gaza. Tiada aksi perang cuma aksi naik turun mahkamah.
Canggih sebab filem usahasama ni dalam bahasa Hebrew dan arab. Dilakonkan di Green Line-( kawasan yang di rampas israel dalam perang 6 hari)
Aku kategorikan dalam species filem boring. Tapi mesejnya jelas. Tentang kedamaian. Kisah seorang janda Palestine yang tinggal di sempadan Gaza dan Israel. Dan di seberang pagar kebun lemonnya adalah kediaman Menteri Ketenteraan Israel.
Atas sebab keselamatan, Israel mahu tebas semua pokok lemon. Alasannya macam biasa, Terroris. Janda tu mahu bawa kes ke mahkamah besar Israel.
Isteri menteri pertahanan tu seorang pula seorang yang Rasional dan mahu berbaik dengan jiran Palestine tu, Menteri Ketenteraan tu seorang egois dan Janda tu pula melakukan sesuatu yang tak pernah terfikir oleh rakyat Palestine. Iaitu menyelamatkan pokok lemon. Macam kita tahu, kat sana nyawa manusia pun dah tahap tak ada harga, apalah yang nak diselamatkan pokok Lemon.
Boleh lihat suasana kejiranan yang penuh prejudis dalam filem ni. Sangkaan jahat orang Israel : semua orang Palestine adalah terroris.
Macam yang aku sangka juga. Janda tu akan menang. Pokok lemon tak ditebang tapi ketinggian pokok lemon tu dihadkan.
Bunyinya macam berperikemanusiaan sikit, tapi kalau dia kata itu berdasarkan kisah benar sekalipun, aku tetap tak percaya sikit pun.
Aku lagi percaya kalau orang kata pelanduk zaman Parameswara tu boleh bertutur bahasa Hebrew, tapi bab Israel mengalah dalam isu tanah Palestine adalah tak mungkin terjadi sama sekali.
Filem ini ditamatkan dengan gambaran Menteri Ketenteraan tu menyelak tingkap tapi tak nampak kebun lemon tu sebab dihadang oleh benteng gergasi keselamatan Israel. Sementara sebalik tembok tu pula, janda Palestine tu kembali ke kebun lemon tapi semua pokoknya dah mati.
Simbolik kepada arah tuju kedua-dua negara berkonflik tu.
Rating- Gred C
_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_
Gomorra (2008)
Kalau nak tengok cerita Mafia, elok cuba yang buatan negara asalnya di Italy. Kegiatan mafia yang agak terperinci sikit. Lihat macam mana nak menceburkan diri ke alam gengster sampai ke politik pihak atasan,
Gomorra melukiskan dunia Mafia lebih realistik berbanding konsep Mafia gaya Hollywood dalam filem The Godfather.
Filem ni tak sehebat filem Brasil City Of God, tapi aku kelaskan tahapnya bawah sedikit dari filem Young And Dangerous.
Macam filem Mafia lain, ceritanya cuma bunuh, jual dadah dan seks.
Rating- Gred B
_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_
Cum mi-am petrecut sfarsitul lumii (2006) a.k.a The Way I Spent the End of the World
Puas aku cari cerita kejatuhan Ceausescu, diktator Romania.Dan cerita ini bukanlah dari jenis yang aku harapkan.
Filem ini berlatarbelakangkan saat kebencian rakyat yang semakin meluap-luap kepada Presiden kuku besi tu.
Kisah seorang gadis bernama Eva yang dipersalahkan kerana telah merosakkan patung presiden Ceausescu. Bosan dengan tekanan, Eva bercadang melarikan diri dari negaranya bersama seorang jirannya yang freak.
Lalalilu adalah adik lelaki Eva yang merasa marah dengan keputusan kakaknya , berkomplot dengan dua orang lagi kawan sekolah rendahnya untuk membunuh presiden.
Cerita berakhir dengan peristiwa rusuhan rakyat dan runtuhnya komunis era Ceausescu.
Rating – Gred C
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
rating aku.
- Gred A – tonton, burn dan tonton 10 kali lagi.
- Gred B – tonton, burn, simpan buat koleksi.
- Gred C – tonton dan delete.
- Gred D – tonton tak habis , delete.
- Gred E – baca review je