Bergusti dengan kenangan silam


Fakyew tidak berbaju sewaktu dia berdiri di depan cermin besar .

Dia hanya memakai LUCKY, nama yang diberikan kepada seluar dalam warna hijau terang kesayangannya. Dipadankan pula dengan kain beropol-ropol   bewarna hijau yang dililitkan ditengkuknya. Memang cocok dan sepadan. Itulah uniform kerjanya.

“Kau tau ke aku ni  siapa?…. hah!…….Kau tau ke?…… tau ke tak?” 

Fakyew menjegilkan matanya sambil berteriak marah kepada imejnya sendiri di dalam cermin. 

Dia terdiam seketika. Diamati dalam-dalam pada refleksi imejnya yang ternyata tak seganas seperti dia harapkan. Dia merubah sedikit  memek mukanya agar kelihatan lebih bengis. Kemudian mengulangi kata-kata serupa dalam nada yang lebih  garau . Penuh kemarahan.

“Kau tau ke aku ni  siapa?…. hah!…….Kau tau ke?…… tau ke tak?” 

Sayup terdengar dari luar. Gema mikrofon dengan ucapan yang kurang jelas hujung pangkalnya, bunyi speaker sebesar rumah teres dua tingkat itu tenggelam dek  keriuhan suara ribuan manusia. Menderu bagaikan ombak.

Seketika kemudian bergema lagu rock kapak nyanyian DIO , Holy diver memecah suasana. Fakyew tahu, itulah lagu anthem yang digunakan setiap kali dia masuk ke gelanggang. Lantas dia bergegas keluar dari bilik persalinannya. 

Dia berlari-lari anak mengikut irama muzik yang diputarkan. Sewaktu menyelusuri laluan ke gelanggang, kedengaran groupie-groupienya sedang dilanda histeria. Mereka memecahkan suasana dengan cara menjerit-jeritkan namanya.

FUCK YOU !!

FUCK YOU !!

FUCK YOU !!

Fakyew berasa megah setiap kali ada penonton yang mencarut-carut kepadanya. Oleh kerana suka dicarutlah, dia telah memutuskan untuk menggunakan nama Fakyew sebagai Pseudonym. 

Namun langkahnya terhenti saat terlihat sosok manusia yang bakal ditentangnya. Ya, lelaki yang berdiri di tengah gelanggang itu.

Perwatakkan yang hampir serupa dengan dirinya sendiri. Dari cara berjalan hingga ke bentuk badan. Dari kejauhan, tak berapa jelas akan wajahnya.

Namun pakaian musuhnya itu sangat mencuit perhatian Fakyew. Seluar dalam warna merah yang dipadankan dengan lilitan  leher kain ropol-ropol yang juga bewarna merah.

Fakyew jadi menyirap. Dia tak suka identiti dan trademarknya ditiru. 

Namun, saat musuhnya itu memalingkan muka ke arahnya, Fakyew jadi berderau. Jantungnya bagaikan ditusuk petir.

Orang itu bukanlah orang lain. Dia adalah Dude. Seorang kekasih lama.

 

seluar dalam wrestling milik fakyew- diwarisi dari Hulk Hogan

seluar dalam wrestling milik fakyew- diwarisi dari Hulk Hogan

 

 

*sekian*

 

Comments
18 Responses to “Bergusti dengan kenangan silam”
  1. adiospunk berkata:

    Ohh ! sudah goyang.

    itu hari kau kata ada idea cabul nak buat novel lucah tentang aku kan?

    ini baru aku tunjuk sikit persiapan aku.
    Kau dah goyang.

    ingat, ini baru Chapter 1 .

    semua sekali ada 150 chapter. takut kau tak larat nak baca.

  2. fakyew berkata:

    tak rasa apa pun. kecuali orang yang menceritakan tu. entah apa la rasanya.

    hahaha

  3. adiospunk berkata:

    kekeke

    rilek la, tersinggung ke?

    itulah gunanya satira.
    sejenis tulisan pedas yang `menyinggung`

    tengok dude rilek je

  4. fakyew berkata:

    koi tau. cerpen ni sebenarnya satira. aok menceritakan keadaan, orentasi, minat, fantasi aok yang sebenarnya.

    satira untuk diri sendiri.

  5. adiospunk berkata:

    Tengok tu f`yew,
    kau patut contohi Dude,
    penggusti yang bersopan santun.

    kekekeke

  6. Dude berkata:

    “Api takkan di balas api”
    Perang psikologi taraf budak2 sekolah rendah takkan di ambil peduli.
    Cube lagi next time.

  7. adiospunk berkata:

    thank you, ainunlmuaiyanah.

    fakyew-
    memang provokatif sikit.
    tapi mana ada jijik.

  8. fakyew berkata:

    aku tak buat cerita imajinasi jijik macam ni.

  9. ainunlmuaiyanah berkata:

    adi : wah, aku suka benar dengan cerita imaginasi kamu itu. perang psikologi yang sangat bijak. mengawal emosi marah dgn mengalirkan kata-kata tajam..

    Fakyew : tak nak buat entri khas membalas entri adi ke?

  10. adiospunk berkata:

    aku lagi suka mengimajinasikan nenek kebayan pakai spender ropol2 daripada mengimajinasikan kamu.

  11. fakyew berkata:

    taktau macam mana adios mengimajinasikan aku berspenda hijau ropol-ropol. Penuh perasaan nafsu kah?

    kan betul kau imajinasikan aku! dulu tak mengaku!

  12. koboi berkata:

    hoho perang baru nak meletus ni. aku jadi pemerhati je la. jadi PBB tak berdaftar. anyway, cerita ringkas ni memang berjaya membuatkan aku lupa daratan seketika. tak boleh nak kontrol macho dah. kena kasi gelak kaw2 punya. hahahaha

  13. adiospunk berkata:

    Matjai-
    gelak matjai jangan tak gelak. inilah masanya.

    Aedie –
    dorang mana ada komen membina. komen menyirap ade la.

    Dude –
    grand declaration of `MAKE LOVE NOT WAR`

    Fakyew-
    hahahaha,
    kau marah ke, tak baik ah gini,
    kau kan ahli gusti.mesti bertimbang rasa.

  14. fakyew berkata:

    inilah masanya!

  15. Dude berkata:

    Akhirnya amarah bertukar menjadi karya.

    I call this as “grand declaration of WAR”.

  16. aedie berkata:

    hahahaahaha,komen bodoh yang membina tau tidak?hahahahah.nice seluor

  17. matjai berkata:

    baru tadi aku masuk tade pos. skang ada cerita yang buat aku tergelak pagi-pagi buta. hahaha.

    Aku juga.. Peace.. No war!

  18. adiospunk berkata:

    setelah lama bereksperimental, akhirnya menjadi juga aku reka satu sketsa pendek.
    semoga dude dan f`yew akan mendapat petunjuk di atas komen2 bodoh yang selalu dilemparkan pada aku.

    make love , not war

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: