Setingganku , Surgaku

Di celah gubuk buruk juga ada sesuatu untuk diceritakan
Aku pernah tinggal di Kampung Kambing.
Memang bukan kampung yang diceritakan oleh Pak Samad dalam novel Salina tu, tapi melalui gambaran rekabentuk kediaman dalam masterpiecenya tu , aku dapat rasakan persamaannya.
Tahun 2000 , Petaling Jaya , bawah laluan LRT berdekatan stesen Sea Park.
Kakak aku cikgu , pendapatan dia dengan suami cecah rm5000.00 aku agak. Tapi tak ada anak. Kereta ada dua biji.
Dia tak kisah dengan keadaan rumah senget dengan papannya yang terkontang-kanting.
Tapi jangan tertipu dengan gambaran dari luar. Kebenarannya ada di bahagian dalam rumah.
Dilengkapi air-cond walaupun rumah papan, TV bersaiz bagero yang turut melanggan rangkaian Astro dan tak lupa juga set sofa untuk bermalas-malas menonton TV.
Biasalah , pemikiran orang bandar . Pandai buat kira-kira, nak jimat kos. Sewa rumah nak yang murah aje.
Masa tu aku baru selesai ambil perperiksaan SPM dan dalam proses untuk menjadi seorang melayu mutlak = menganggur.
Kakak aku suruh berdikari, kononnya jangan menyusahkan orang tua kat kampung.
Penat aku mencari, akhirnya dapat juga kerja kat Kedai elektrik. Menjualsegala jenis lampu pelbagai saiz dan segala jenis wayar, dari yang halus macam lidi sampai wayar yang sebesar otot-otot pejal lengan kanan Rambo.
Untuk seorang working class , kerjaya aku tak susah mana pun. Cuma kena hafal kedudukan semua barang-barang dalam stor 3 tingkat.Mungkin mencecah puluh ribu jenis barang dalam stor tu sebenarnya, tapi semuanya dalam lipatan kepala otak aku je.
Sama macam cara aku mengingatkan nama band-band punkrock kegemaran aku, takkan nak ingat barang-barang letrik pun tak boleh.
Ada lif khas untuk punggah barang turun-naik. Maka kuranglah kerja angkat-mengangkat, tu pasal badan aku tak banyak sangat muscle pejal macam Rambo.
Dan macam biasa juga, masalah dalaman golongan working class – Gaji tak cukup. RM700.00 je .
Celaka punya kapitalisme yang memeras golongan pekerja sampai jadi polong. Nak makan Pizza pun kena congak metamatik dulu.
Rumah kakak aku cuma ada satu bilik, untuk tak menyusahkan dia, aku sewa bilik lain. Rumah papan yang mirip rumah panjang di Sarawak. Ada 10 bilik. Aku duduk tingkat atas. Saiznya sebesar keranda, harga sewa RM 150.00 sebulan.
Sememangnya di penempatan setinggan macam ini, penuh dengan rumah-rumah sewa. Tuan-tuan rumah setinggan, biasanya duduk rumah batu. Pangkal bulan datang kutip sewa aje.
Menurut kakak aku, rumah panjang jenis aku sewa tu adalah yang paling rendah kastanya dikalangan darjat rumah-rumah setinggan. Bilik air kena share. aku jenis tak kisah, Kurt Cobain duduk dalam tong sampah pun aku boleh jadikan idola, inikan pulak kongsi bilik air, apalah sangat.
Tapi bab toilet memang sensitif.
Toilet adalah dari jenis yang paling mengguris hati. Tiada rahsia antara penggunanya dengan orang yang lalu lalang. Dindingnya terkopak kiri-kanan.
Hanya manusia-manusia kental sahaja yang mampu menggunakannya.Tapi bukan aku. Dan aku pasti , bukan juga untuk Kurt Cobain.
NO WAY!!!. Sekalipun keadaan darurat. Aku sanggup jalan kaki pergi stesen LRT bayar tiket Rm1.00 untuk guna toilet kat situ.
* * *
Dan diantara 10 bilik tu cuma aku dan 3 orang budak bujang depan bilik aku aje warga tempatan. Selebihnya pemain import. Sama ada warga Bangladesh ataupun warga Indonesia.
Semua warga indonesia tu dah bekahwin, manakala warga bangladesh yang dua orang tu pun kahwin dengan orang Indonesia jugak. Kalau yang bininya muda tu buat jadi mangsa skodeng dengan budak bujang yang 3 orang tu je.
Kalau orang Indonesia ni , aku boleh buat rakan bersembang. Cerita pasal wali songo ataupun Sheik Siti Jenar yang boleh jadi cacing tu. Cerita pasal pelakon angker si Suzanna yang mampu menyeru buaya menggunakan sikat kutu.
Pernah aku terkutuk Gus Dur, dia marah. Katanya kat Indonesia, orang yang mengata-ngata Gus Dur boleh jadi gila serta-merta. Hehehehe, mesti dia ni peminat setia sinetron kependekaran Jaka Tingkir. Sangkaan aku aje la..
Bila aku tanya macam mana orang islam boleh kahwin dengan orang agama lain di Indonesia. Dia jawab ulama kat sana pun membantah keras tapi terbatas dengan undang-undang negara.
Ada juga dapat aku pelajari dari dia .Sekurang-kurangnya ada juga cerita nak dikongsi. Katanya dia belajar sampai universiti kat Indonesia dulu. tapi keluarga susah tu yang dia jadi pendatang kat Malaysia ni. Toy aku panggil dia, Bini dia nama Marni. Kalau aku lapar , aku tumpang makanan diorang je. Diorang tak kisah.
Tapi kira okay jugaklah bersembang dengan orang-orang Indonesia ni , sesuai ngan paras logikal aku, berbanding dengan 3 budak bujang kaki mengintip tu yang juga pernah mempersoalkan kalau bumi ni bulat, macam mana manusia kat bawah tu tak jatuh.
Aku jadi tak reti nak jawab. Aku ingatkan , orang Malaysia ni semua dah tahu pasal graviti. Kalau aku nak sembang pun aku tak reti nak sembang apa. Kecuali cerita pasal kerja selain jadi seteru kalau main judi.
Kalau nak kena sembang pulak, bolehlah cari warga Bangladesh. Pakar temberang. Sama aje dua orang tu.
Kalau bercerita , boleh nampak api keluar dari muncung mereka ni. Kononnya di kampung, mereka ni kaya-raya. KL ni kecik aje , menurut diorang, ibu negara Bangladesh tu ada lagi banyak bangunan besar. Kononnya gaji diorang ni ribu-ribu kerja kat Malaysia ni.
Tapi siapa nak percaya kalau duduk sewa bilik sebesar liang kubur . Bangang , Cara bercakap pun aku dapat rasakan mereka tak sekolah. Ada hati nak tipu aku.
Entah apa gunanya menipu pun aku tak tahu, kalau dengan minah Indonesia tu boleh gak diorang ajak kahwin setelah terpedaya, tipu aku pun nak buat apa, bukan aku nak kahwin dengan diorang pun. Melampau tahap bodohnya diorang ni.
* * *
Malam-malam , bila sekitar perumahan setinggan ni terlena dibuai mimpi, akan terasalah gegaran-gegaran kecil di celah-celah lantai papan plywood . Aku tahu , kalau ada kemungkinan lain , ianya adalah kipas angin yang bergegar.
Tapi kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan , berat aku mengatakan gerakan itu terhasil dari manusia sedang mengawan. Kalau gegaran kecil , itu tandanya bernasib baik.
Kalau malam tu celaka , maka goyangnya pun lebih. Aku menyumpah dalam hati. Bangsat betul malam ni, 3 pasangan mengawan serentak.
* * *
Hari ahad adalah hari kemenangan untuk golongan pekerja.Tapi di rumah setinggan ni berbeza sikit.
Entah siapalah yang mengajar pagi-pagi dengar lagu dangdut kuat-kuat. Aku nak sambung tidur. Kenapalah diorang ni tak ada otak.
Tapi aku ada senjata paling ampuh. Lagu Propagandhi “Today’s empire, Tomorrow’s ashes ” . Aku pasang Max volume.
Aku sayangkan Propagandhi, mereka tak pernah menghampakan aku untuk menghalau Rhoma Irama yang menganggu waktu rehat golongan working class.
* * *
Sejarah gelap aku di rumah setinggan cuma berakhir pada zaman pembersihan setinggan secara besar-besar di Kuala Lumpur dan Selangor. Tak ingat tahun berapa. Rumah panjang tempat aku sewa adalah antara yang akan dirobohkan .
Memang ada skandal. Aku tahu , ada scam. Aku ada kat situ.
Setiap rumah yang akan dirobohkan akan mendapat rumah flat sebagai ganti rugi. Bayaran bulanannya murah.
Inilah masanya tuan rumah akan menghalau para penyewa supaya dapat digantikan dengan saudara mara mereka sendiri. Dengan ini, mereka dan saudara mara mereka akan dapat rumah pampasan tu.
Mereka akan bertambah kaya dan yang miskin akan bertambah miskin. Para penyewa yang terdiri dari golongan orang susah tu , tetap tak terbela juga nasibnya.
Hari-hari terakhir aku kat dalam rumah sewa tu telah aku hadiahkan dengan satu kesenian graviti pada dinding rumah tu. Aku tahu tuan rumah tak akan marah kalau aku conteng , sekalipun aku bakar rumah tu. Dia dah tak kisah dah.
Aku tinggalkan dengan satu teks dalam bahasa punk pada dinding dan teks itu berbunyi.
NO GOVERNMENT CAN EVER
GIVE YOU FREEDOM
Aku tinggalkan teks tu untuk DBKL sebagai protes aman . Aku terpaksa pulang ke kampung untuk kembali menjadi Melayu mutlak.
Harga sewa sebuah bilik di kawasan PJ hampir sama mahal dengan gaji working class aku. Mungkin juga lebih mahal.
Aku tak bersama-sama mereka yang beramuk dengan pihak berkuasa sebagai usaha membuang masa menyelamatkan rumah mereka. Penempatan haram , macam mana nak menang.

Kesudahan yang mereka harapkan
Ketagih melayan gegaran sambil ber”handjob”
hek eleh !!! ketagih ape ?
jadi kebiasaan?
atau menjadi ketagih?
oreo-
memula memang terasa kejutan pasal ‘gegaran’ laju-perlahan tu.
tapi , lama-lama dah jadi kebiasaan je.
haha…kelakar betol cita enko neh bro…teknik penceritaan dpt mberi suasana setinggan sebenar…
aku xtau pun wujud gegaran kecik,laju,sederhana,pelahan.
lu mmg rock and bestt.
oreo
kool !! kau tau tempat tu.
kalau sewa bilik , toilet dia memang tak boleh blah pasal kena kongsi. Diorang bukan ada kesedaran sivik pun.
kalau sewa rumah yang macam kakak aku tu , kira okay la, ada ruang tamu, bilik tidur dan toilet dalam rumah.
dan sesetengah tu memang jenis orang loaded.
memang tak dinafikan.
aku tahu area yang ko maksudkan,ada member aku budakmetal duduk area situ.bini aku punya kawan pun tinggal area situ.aku pernah melepak di sana.seperti yang ko katakan.Kalau nak guna toilet lebih baik pergi seapark punya stesen.memang betul mereka lebih mewah dari yang di lihat.Ambil contoh kawan bini aku.rumah setinggan siap ada Gym dalam rumah.Pergh…Satria Gti,Mitsubishi galant yang ustaz selalu bawak dan toyota yang org bikin buat drift sekarang.Sekarang pindah duduk flat depan sea park tu.sempoi rumah kecik tapi hebat.Sekarang lagi advance,rumah besar ada tapi lebih praktikal tinggal di Area pj katanya.Senang nak ke mana2.Anak dia pakai subaru beb..sapa cakap duduk setinggan tak best papa..
Alkisahnya sesetengah mereka lebih loaded…..
aku rasa selain teks NO GOVERNMENT CAN EVER
GIVE YOU FREEDOM tu kau ada buat satu lagi kan?
SEXUAL REVOLUTION
kan?
Aedie –
kau untung dapat kakak yang hot, tempat aku , tersalah bukak , kau akan nampak mak lampir yang tengah meneran.
ainunlmuaiyanah –
kalau tak reti nak bayangkan wajah polong, boleh mintak photo f`yew.
Koboi-
dia tak pakai tudung pun memang dah macam ***
jugak. Tak ada beza pun.
dan bersaiz xxl, berambut pendek, berjambang dan yg paling dia suka yg jenis kaki drunken , bukanlah kenyataan aku, kecuali kenyataan dude sendiri.
sape nak jadi awek dude bolehlah simpan jambang dan mintak dia email.
Adios: Jadi, fetish aok dengan org2 bermuka polong la ye?
fakyew: adios suka orang yang bersaiz xxl, berambut pendek, berjambang dan yg paling dia suka yg jenis kaki drunken!
emm..fakyew pakai tudung……
hehehe dengan jambang yg tak becukur tu, memang cun.. macam ****
adi… betul ke dua-dua mereka macam polong?
hahaha..
mmg betul kata orang, jangan nilai seseorang melalui rumahnya, tetapi kita kena masuk dalam rumah sekali.
masa aku pergi perkampungan org asli di gua musang, rumah mereka kecil-kecil tetapi siap ada astro dua tiga tu…
jgn sangka rumah kecil tu tak berduit..tau..
selangor nak menuju setinggan sifar ketika zaman khir toyo tetapi harga rumah sewa pun meningkat mencanak-canak. dan tangga gaji masih macam tu gak bertahun-tahun.
..
aku membesar dia kawasa setinggan.bujang lepak rumah kawan setinggan.kalau mandi tu memang tawakal jer la.jiran sebelah skodeng tak kira jantan,atau betina nenek aku mandi pun org nak skodeng apa punya umat.paling best bila buang air besar,jamban jauh beb.nak keluar malam musti bawak torch light sekali.Satu hari aku teman makcik aku pergi jamban,dengan konfiden bukak pintu jamban,sambil tangan menyuluh lampu paa lubang jamban.cilaka kakak yang paling cun/hot sekali kat kawasan tu tengah meneran.Sial, esok dia belanja aku ice cream. takut aku cerita kat org rupa dia tengah meneran.Makcik aku bantai gelak.masa tu aku baru tadika.kalau dah besar mungkin aku terajang pintu jamban tu.setinggan memang rock.
lupa nak kata ,
pasal pasangan sebelah bilik tu.
suami macam muka dude. 75%
istri dia ada iras2 fyew kalau pakai kain tudung.
memang dua2 muka macam polong
dude, jangan lupa pergi gym. adi suka tengok badan aok yang kemas dan bergaya.
Nah ! akalmu sesat.
andaianmu meleset.
kalau nak tau , bilik aku kat hujung sekali.
satu-satunya pasangan kat sebelah bilik aku tu , laki bini muka macam setan polong.
kalau gegaran laju, aku syak diorang tu. sebab muka cam rakus je.
dialah yang suka pasang lagu Rhoma Irama pagi2.
Tapi kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan , berat aku mengatakan gerakan itu terhasil dari manusia sedang mengawan. <— kompem tangan dan jari jemari aok akan melurut penis aok sambil mengikut alunan gerakan manusia sedang mengawan dan mengingatkan kengiuran lenggok badan fakyew.
walaah.