Hari Minggu Yang Mentereng


Aku punya citarasa tersendiri dalam memilih filem, sama seperti pilihan terhadap muzik dan buku.

Setiap filem-filem yang aku kategorikan sebagai gempak gila selalu sahaja disangkal sebagai filem bosan , aneh , banyak sembang dan langsung tak gempak untuk tontonan kawan-kawan aku.

Mulanya , aku rasa yang aku ni seorang freak. Benda yang orang normal tak sukalah yang aku terhegeh-hegeh nak cari.

Bersyukur ke hadrat teknologi yang telah mencipta Facebook,
satu rangkaian sosial yang telah menemukan aku dengan satu-satunya manusia yang faham akan erti sebenar filem-filem yang aku labelkan sebagai kool itu. Buat aku tak rasa yang aku ni seorang freako.

Dia tinggal tak jauh dari tempat aku.

 

Filem tentang anak jalanan dan menukar perspektif aku tentang betapa lunaknya lagu keroncong

Filem tentang anak jalanan dan menukar perspektif aku tentang betapa lunaknya lagu keroncong

 

 

Aku cakap filem favourite aku yang judulnya Daun Di Atas Bantal . Dia siap tahu pengarahnya Garin Nugroho, siap dengan segala diskografi lengkap pasal Garin serta karier beliau sejak zaman feudal.

Apabila aku ceritakan pasal list filem-filem kegemaran aku, dia kata aku ni jenis minat filem ART.
Bagus juga aku tahu jenis filem tu adalah ART, kalau tak aku main redah je IMDB.com cari review sampai bertemu filem yang sesuai dengan selera aku. 

Setelah disoalsiasat, rupanya dia ambil course bikin filem. Barulah aku tahu, walaupun aku sendiri tak belajar pasal teknik pembikinan filem belakang tabir, tapi citarasa aku bolehlah disifatkan sebagai sangat profesional. hehehe

Bila dia add diri dia sebagai peminat Pramoedya. Terus topiknya berkisar pasal buku. Dia kata ayah dia penulis cerpen, sajak masa muda-muda dulu. Seorang peminat tegar angkatan 50.

Terus aku teringat kata-kata indah ‘dunia ini pinjam-pinjaman’ , tapi sayang buku simpanan ayah dia semua dah hilang. Yang tinggal cuma satu novel tulisan Achdiat K Mihardja berjudul Debu Cinta Bertebaran.

Oh yeah !! memang terus rasa aku nak pinjam.

Aku memang dah tahap hilang pedoman mencari buku tulisan Achdiat yang famous gila bertajuk Atheis . Yep ! buku yang dibelek-belek oleh karekter abdul Fakar semasa di rumah Razman dalam novel Salina tulisan A samad Said tu. tapi kecewa lagi sebab buku tu dah hilang. 

Jadi aku buat temujanji , walaupun dia tak datang ,  segan menurut kata ayah dia. Padahal , aku cuma nak menjalinkan persahabatan platonic aje. Walau apa pun terima kasih kat dia. .

Dan ayah dia memang kool. Pada tangan pak cik tu ada senaskah buku yang paling aku tak sabar nak baca. Buku yang sangat rare untuk orang yang tinggal kat kampung macam aku. Dan sekeping DVD yang diburned dengan filem Surat untuk bidadari / Pacar Ketinggalan Kereta karya pengarah tersohor kegemaran aku, Garin Nugroho.

Perhh!!! rasa macam kena Jackpot. Mentereng !

Mulanya segan pasal menyusahkan ayah dia , tapi lepas ayah  dia kata  semangat pasal ada orang muda yang mencari buku-buku macam tu rasa okay sikit.

Ayah dia cerita sikit pasal masa zaman muda pernah tulis sajak, cerpen . Dan juga main muzik sama macam aku. Tapi nak sambung cerita takda kedai kopi pun kat situ. Jadi aku mintak diri je dulu.

First time jumpa penulis cerpen. Aku rasa cam lain.

Dua generasi,  sama citarasa … mungkin kami mengembara dan melangkah menggunakan sepatu yang serupa ?

Pasal buku Debu Cinta Bertebaran tu pulak bukanlah sejenis novel cinta kecewa duka nestapa yang meluluhkan hati yang lara.

Buku tu sebenarnya kisah sosial segelintir orang Indonesia intelektual berlatarbelakangkan Australia di zaman Hippie yang dialog karekternya berjela-jela dengan hujah  penuh falsafah etika dan estetika mengenai dunia, politik, sosial, ekonomi, revolusi, nefos, oldefos dan macam-macam lagi.

Contoh petikan ayat-ayat cintan yang kool dalam buku ni:

“Memang di antara kita mungkin tidak ada  seorang pun yang jiwanya sebesar raksasa-raksasa seperti Sokrates, Al-Hallaj , Seh Siti Jenar, rahib-rahib budhis di Vietnam , dan lain-lain yang lebih baik memilih racun, tiang gantungan dan api daripada menelan ‘kebenaran’ yang dicekcokan orang lain ke dalam jiwanya. Tapi cukuplah hendaknya bahwa kalau kita tidak punya keberanian seperti raksasa-raksasa dunia tersebut, kita sekurang-kurangnya jangan sampai menjadi beo-beo dan kambing-kambing di belakang seorang raja-diraja yang mahakuasa”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

Comments
6 Responses to “Hari Minggu Yang Mentereng”
  1. adiospunk berkata:

    Tapi , buku 2nd macam tu selalu jual buku bahasa inggeris aje.
    tak cool
    bahasanya tak menyentuh macam baca bahasa melayu

  2. ainunlmuaiyanah berkata:

    aku ada dgr juga kat amcorp mall ada kedai buku terpakai..

    dan di pasar seni pun ada gak..

  3. adiospunk berkata:

    hmm , aku pernah dengar yang kat penang tu.

    dulu aku jumpa kat pasar malam area semenyih ade pak cik jual buku. koleksi dia sendiri agaknya.

    okay gak , ada buku Hamka ngan Naguib Mahfouz (penulis mesir yang kontroversial tu, tp dah alih bahasa Indon).
    tapi seminggu dua je.
    lepas tu terus takde dah pakcik tu

  4. ainunlmuaiyanah berkata:

    masa aku ke penang aku jumpa satu, di pasar chowrasta.. aku dah buat entri pasal tu..

    tapi dgrnya kat kl ada satu..
    aku dulu cari tak jumpa..
    nanti dpt cari aku inform kay..

  5. adiospunk berkata:

    Serius kalau jumpa kat kedai buku terpakai, cakap la kat aku juga kat mana. aku memang nak sangat kumpul buku-buku jenis ni. RARE.

    Aku suka cara gaya penulisan geng angkatan 50 ni,
    kebebasan mereka berfikir.dan ada perjuangan.
    Mereka semua tu adalah idola aku.

    Kat perpustakaan kampung aku ni dah habis dah aku redah, ada juga 6-7 buah buku.
    yang biasa jumpa pramoedya je la.
    kat perpustakaan KL tu ada banyak kot.
    try lah cari.

  6. ainunlmuaiyanah berkata:

    wah..
    semua buku yang kamu cakap ini buat saya jadi ‘gila’.. gila untuk memilikinya..
    agaknya kalau kita pergi kedai buku terpakai, boleh jumpa tak?

    aku mahu baca, semua buku yang kamu senaraikan ini.. serius!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: