Bebelan terakhir tentang 2008.


Aku selalu tengok rentetan peristiwa sepanjang tahun 2008 di TV, Majalah dan suratkhabar . Bagaikan acara ritual tahunan setiap kali menyambut tahun baru.

Macam mana agaknya kalau aku tulis kronikel aku sendiri yerk ? Mesti nampak macam lawak . 

Kira ini last post penutup 2008 lah, Lepas ni bukak buku baru.

Tak kiralah dunia aku tak menarik pun. Tapi inilah dunia aku.

Rasanya segala yang tercatat kat sini memang tak penting pun untuk orang lain. Sebab cuma bebelan dan cara aku memandang dunia sekeliling menurut pendapat aku sendiri. 

Jangan keracunan dengan cara pemikiran aku juga. Itu juga tak kool. Berfikirlah  cara kamu itu baru kool.

Life sucks ? Deal with it !!

 

Januari:  

Baru segar dari banjir penghujung tahun 2007. Tingkat bawah rumah ampuh paras paha. Aku tak kisah sangat sebab dunia aku kat tingkat atas.

Dalam bilik depan PC.

Tetapi TNB potong talian elektrik memanglah aku menyumpah seranah . Diorang tak tahu agaknya internet tu lebih penting dari Oksigen.

 Bosan !! aku bawak PS2  main kat dewan tempat mangsa banjir. 

Jadi banjir tak adalah teruk sangat kecuali menu sardin sepanjang hari. Itulah caranya melayan mangsa banjir supaya mereka mati buncit , kecacingan.

Februari :
Tahun baru Cina. Perayaan yang paling aku suka kat Malaysia ni. Sebab taukeh aku kasik cuti 2 minggu. Pas tu kasi Angpau.

Yeahh !! gi KL shopping la ape lagi.Triple Crown ngan Quiksilver cam beser. 4 pasang selipar , wallet , cap , baju dan ntah apa-apa benda yang mengarut lagi ..

perh ! ade baki … hmm beli henset  cybershot  sebijik senang tangkap gambar nak upload kat myspace.

Tauke aku patut kasik Angpau setiap bulan, baru aku rajin sikit kerja.

Mac :  

Kempen pilihan raya memang time aku tunggu-tunggu. Meriah. Aku tak sokong mana-mana Parti pun sejak parti tanduk kerbau ghaib. Aku support working class.

Tahun ni ,  aku tolong pasang bendera BN seluruh town Mentakab.

Best, aku boleh buat skil pasang bendera dengan patern-patern apa pun yang aku suka. Macam-macam jenis aku buat. Macam Kon pun ade. macam  ampai kain pun ade. Sekali tengok dah macam litar F1 aku buat .

Orang-orang tua kat situ suka sebab aku kreatif , padahal diorang tak tahu yang aku ni tak mengundi pun.. hari mengundi aku layan tidur je .

Hari penamaan calon pun lawak. Aku bangun awal nak saksikan sendiri, Kata orang suasana kat sana biasanya tegang. aku nak tengok sendiri betapa stim nyer keadaan kat situ.

Aku lepak kat crowd BN , sebab aku ada baju diorang kasi masa tampal poster , padahal mak ngan bapak aku ada kat seberang sana kat crowd PAS, hehehe .

Bila aku berbaris kat barisan depan , aku nampak kawan-kawan aku pun ada  kat crowd pembangkang.

Sama-sama layan punk. Tapi hari ni diorang tak pakai baju Lagwagon , tapi seragam hijau PAS.  

Dia hantar sms. “Lepas ni kalau kau nak main bola, pakai pad tebal sikit”. Aku pandang dia , aku senyum je .. Aku tau dia berlawak.

April :
Cerita panas pilihan raya tak habis-habis lagi. pembangkang menang banyak tempat buat pertama kalinya dalam sejarah negara.

Media semakin terbuka dengan cerita yang makin pelik-pelik. Rasa janggal jugak memula sebab kerap tengok muka pembangkang kat dalam suratkhabar yang Pro-kerajaan.

Aku tak kisah sangat asalkan aku still boleh kerja macam biasa. Tauke aku tahun ni cerita politik je. Bosan pulak aku.

Tapi aku dah makin rindu pada DR Mahathir. Rasa macam Malaysia dah makin kusut .

Mei :
Aku terpaksa menghadapi dunia paling bodoh tanpa internet. PC aku rentung. Dunia aku jadi gelap sama macam skrin monitor . Aku terpaksa tunggu bulan 6 sebab ada PC Fair.

Jun :
Pergi KL ngan Fakyew cari barang Komputer. Duit habis, bila pergi kedai buku, air liur meleleh sebab duit dah takde. Bosan betul .

Rasa nak pencen jadi working class. Aku rasa macam nak jadi perdana menteri supaya aku boleh borong semua buku yang ada dalam dunia ni.

Sebelum balik singgah gigs. Layan band kawan-kawan kat Paul’s Place.  

Julai :

Ada kawan offer kalau band aku nak main kat kempen Protes. Aku pikir panjang jer. Aku tengok flyers, ada orang besar-besar dan artis besar-besar. Tak reti aku nak bayangkan muzik rock n roll aku dengan penonton berkopiah yang pangkat bapak aku.

Aku tolak. Pasal kurang berpengalaman.

Pagi esoknya, terpampang kat muka depan semua akhbar . Band punk paling favourite aku kat Malaysia iaitu Carburator Dung jadi mangsa kemarahan moralis.

Sebagai punkrocker, dah tentu aku kecewa dengan golongan moralis . Asal tak sedap di mata mereka, pakat belasah.

Ogos :

Main gigs kat Ampang , setengah kampung datang support kecuali Fakyew (sebab dia tak true ).

Fakyew lebih suka makan cendol ngan ketua kampung kat simpang . Dia seorang poser.

Memang kool bebudak kampung aku yang lain . Naik terharu pun ada dengan morale support macam ni.

September :

Macam biasa setiap kali puasa, aku akan pusing 3-4 daerah kat Pahang ni cari baju bundle. Cari baju Punkrock .

Baju baru kat kedai punya tak kool. Tak original, tak punk. Tapi tahun ni dapat sehelai je The Aquabats , rm5 je tapi rare.

Baju the Casualities rm3 aku beli sampai sekarang tak pakai. Sapa nak meh ni duit rm3. huhuhuhu

Cilakak betul , mesti bebudak TomYam dah kongker habis semua bundle. Aku pergi Triang , mat tomyam pakai baju NOFX, The Ataris . berbulu je aku tengok. Rasa nak je aku curah kuah Tomyam tu ke muka diorang. 

Oktober:

Raya puasa, aku bukan yang jenis suka kunjung mengunjung sangat.

2-3 biji rumah je aku pergi, itupun dah kira okey .Untuk orang-orang rapat je.

Yang lain aku mintak maaf guna myspace ngan facebook je. Untung ada teknologi.

November: 

Start tulis blog balik ,lepas lama tak tulis apa-apa. Mulanya aku rimas dengan paksaan approve komen  peti email aku.

Mengenangkan , bukan kena bayar pun buat blog. So aku buat slow-slow.

Sekarang dah rasa ketagih pulak. Sial lah benda blog ni. Hari-hari rasa nak menaip je .

Disember:

Aku tutup hujung tahun dengan main gigs lagi kat KL. Perhimpunan peminat punkrock. Seronok bila kita nyanyi lagu lepas tu ada crowd yang nyanyi sama.

Terasa dalam hati “Takdelah teruk sangat kot lagi yang kitorang compose ni, crowd reti pulak singalong” .

Macam tu la selalunya cara aku berfikir. Yep ! aku memang seorang pesimist.

 

 

Comments
5 Responses to “Bebelan terakhir tentang 2008.”
  1. ainunlmuaiyanah berkata:

    adi, tak apalah kalau band kampung nyanyi lagu keroncong sekali pun..

    kalau benih yang baik campak ke laut menjadi pulau..

  2. adiospunk berkata:

    ainunlmuaiyanah-
    band kampung je.. nyanyi lagu keroncong..

  3. ainunlmuaiyanah berkata:

    Seh~
    Ada band eh.
    nanti nak tgk adi buat persembahan la..
    menyanyi ke? main muzik?

    ur life is colourful..
    macam pelangi 7 warna

  4. adiospunk berkata:

    alah !! aku tau mat jai.
    nanti kau punye gian sampai..
    mesti bukak blog balik..

    hehehe

  5. matjai berkata:

    Kenapa aku tak dapat ingat apa yang berlaku 2008 yek. Rugi hidup aku setahun..

    Memang bes layan blog ko adi malam sabtu sambil minum kt kedai.. Teruskan ketagih! huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: