Sasaran Tersasar
Aku tak menoleh lagi sewaktu aku meninggalkan dia.Dan aku pasti tak akan pulang lagi menemui dia.
Aku tinggalkan dia dengan lambaian perpisahannya. Aku tak menoleh sedikit pun untuk berkongsi kesedihannya.
Mungkin ada impian yang tercicir. Mungkin ada harapan yang tertinggal. Semuanya akan menjadi kenangan antara aku dan dia.
Biarlah aku pergi sebagai manusia dan dia berlalu sebagai masa.
Aku adalah aku dan dia adalah 2008.
Mau layan emo kan ?
Uh !! sepatutnya aku akan pergi kat The Curve malam ni, menjamu mata aku dengan percikkan bunga api dengan teman sekampung . Lepas tu nyanyi kuat-kuat ikut lagu artis jemputan. Kami berpesta sakan macam orang mabuk.
Hmmm ! Memang bebudak tu semua minum tonik setan kecuali aku. Sebab aku lebih punk dalam keadaan sober.
KLCC lagi meriah, pelbagai bangsa manusia ada. Sesak kena berhimpit-himpit.
Last sekali aku sambut tahun baru kat KLCC dengan bebudak kampung lain. Diorang jadi pemandu arah. Ikut sini, ikut sana.
Aku follow je.
Bila balik rumah diorang buat kira-kira jumlah mangsa .
Ceh !! Diorang bukan nak tengok bunga api. Diorang pergi meraba time berhimpit-himpit tu rupanya.
“Kau perasan tak awek mat salleh tu terangkat, lepas tu pandang-pandang ke belakang? Akulah yang buat kerja” Sorang mamat tu bercerita dengan bangga. Lepas tu gelak ramai-ramai.
Malas aku layan. Ada ketokohan untuk jadi perogol geng-geng ni.
Tahun ni malas aku pergi KL. Cuti pun sehari . Buat letih je.
Lepak Temerloh je la .
Tengok budak rempit buat skill Wheely kepala cecah lebuh. Pukul 1 pagi confirm ada aksi mat rempit dihambat polis.
OK all , have fun , take care.
SELAMAT TAHUN BARU 2009
nope- sXe bukan untuk aku.
Sepet adalah lambang kegagalan punk.
seorang punk rambut terpacak yang akhirnya menjadi pelesit jalanan.
Aok nih punkrock SxE ke?
Wahh…
nak ikut jejal sayap ababil
mlm ni ngeteh yuk!
malam ni kita tengok sepet merempit. selama ni aku tak pernah pun tengok dia bawak motor laju-laju selain beraksi dengan jaket givi tu.
mungkin dia simpan semua skill untuk malam ni.
SS. Soul savior atau Saving Sepet. Sepet Savior pun boleh.