Datang dan Lihat : sejenis movie
Aku terpaksa jilat balik setiap air ludah aku tentang filem paling kool aku pernah tengok sepanjang 2008, sebab semalam aku tengok movie yang paling hebat pernah aku tengok sepanjang hayat.
Idi I Smotri
(come and see) 1985.

Aku jumpa tajuk filem ni dalam senarai 25 filem paling GORE sepanjang masa.
Senaraikan semua filem berlandskapkan perang dunia ke-2 yang terhebat pernah kamu tengok. Dan boleh campakkan filem Pearl Harbour ke dalam tong sampah.
Shindler’s List, Saving Private Ryan, The Pianist mungkin yang terbaik pada aku. Tapi sesudah menonton Idi I Smotri baru aku sedar. Inilah filem yang paling meninggalkan kesan mendalam.
Aku bersetuju dengan kata pengkritik tu. Hollywood tak akan dapat membayangkan suasana perang seperti ini.
Byelorussia, Soviet Union ,1943 . Berdasarkan peristiwa benar dan kejam.
Tapi filem ini bergerak perlahan dan banyak bercakap. Dan kita akan mengikuti kisah Florya, seorang budak lelaki dan Glasha seorang budak perempuan yang ingin berjuang bersama barisan Partisan tetapi tertinggal di belakang.
Florya adalah watak seorang budak lelaki yang betul-betul hopeless.
Semasa terselamat di dalam hutan semasa dibom dari udara semasa kemaraan tentera nazi.
Dan aku tak pernah melihat suasana letupan bom betul-betul macam real dalam suasana perang dunia ke-2. Dan audio bingit kemudiannya menjadi pekak memang sangat berkesan.
Dia berpatah balik ke kampung. Tetapi kampungnya penuh dengan bangkai manusia yang dah membusuk.
Bila bertemu tepat persembunyian orang kampung yang terselamat, dia terpaksa keluar mencari makanan bagi mengelakkan mereka mati kebuluran. Akhirnya terkepung dan menjadi tawanan.
Dia menjadi saksi pembunuhan beramai-ramai penduduk kampung.
Aku tak dapat bayangkan seorang bayi dilambungkan ke dalam sebuah bangsal sebelum dibakar hidup-hidup bersama lebih 600 orang penduduk malang etnik yahudi. Suasananya betul-betul macam real.
Aku tak boleh lupakan jeritan mereka. Dan askar Jerman yang bergelak ketawa tanpa perasaan kasihan.
Kamu cuma akan sedar betapa tentera Jerman yang sudah hilang sifat manusiawi .
Aku betul-betul terhinoptis dengan filem ini.
Menonton filem “The Pianist” memang meninggalkan kesan yang amat mendalam di dalam diri.Saya memang tercari-cari filem dengan genre perang dunia ke -2, namun apakan daya kesukaran mendapatkan VCD ataupun DVD bercorak demikian di sini (pedalaman Sarawak) membataskan segalanya. Saya begitu teringin memiliki koleksi cerita seperti “Battle Of The Bulge”,”The Paciffic” , “Saving Private Ryan” dan apa saja sebegitu yang berbahasa Inggeris ataupun sekurang-kurang bersarikata bahasa Inggeris.
of course this is a propaganda film,
what else directors want from making a film about war if its not for propaganda ? collecting billion dollars of profits ? 🙂
even documentaries are all full of propagandas,
The best we can do as viewer, just pick more movies from every corner of the world to see the war in different perspectives ..
this is another propaganda film.. oh well.. both soviets n nazis at tht time committed atrocities.
hitler and stalin, the world at the whim of madmen. soldiers are nothing but pawns.
memang baca dengan emosi. adios kan minat emo-emo ni.
aku download kat torrentz.com
aku pun rasa ntah apa2 je layout warna hitam..
tapi aku suka widget2 tu tersusun rapi guna theme ni.
nanti usha layout lain
owh lupa..
saya mungkin lebih suka layout yang dulu.
putih tetapi nadanya tegas.
saya jelas nampak apa yang hendak dikatakan.
bila layout baru ini, saya terpengaruh dgn warnanya.
lebih surealism tetapi nada tulisannya kurang berkesan. asyik nak baca entri dengan nada penuh emosi sahaja..
haha
ni pendapat peribadi sahaja…tau~
nak tgk cite ni..
mana adi download?
or beli?