Kereta api tambang murah ke neraka jahanam


443d-panic-attack-poster1

Tiba-tiba aku jumpa photo paling cocok untuk post aku.

Kereta api Bawah Tanah

 

Aku sedang kebingungan !
aku memerhati sekeliling, ternyata tempat ini terlalu asing.

Aku tak tahu bagaimana aku boleh berada di sini.

Lama aku amati sebelum aku sedar
Aku berdiri sendirian
di tengah-tengah padang tandus
kering kontang
yang luasnya sayup tak berpenghujung.

Senyap sunyi suasananya.

Aku injak tanahnya yang merekah sambil mata berputar  mencari manusia lain untuk bertanya arah.
Ternyata aku berada di suatu alam yang tak berpenghuni.
Usaha sia-sia.

Yang kelihatan hanyalah pepohon ganjil yang tumbuh meliar.
keganjilan yang menduga batas kewarasan aku.

Di sini tumbuhannya terbalik.
Akar tumbuh di atas sementara dahan dan dedaunnya tertanam di dalam tanah.

Tetapi aku bukan mahu berbicara tentang itu.
Persoalan yang paling utama adalah
dimanakah sebenarnya aku ?
  

Aku dongak kepala mencari matahari buat penunjuk arah.
Tapi tiada matahari di atas sana.
Hanyalah cahayanya yang terik yang menyilaukan mata.

Tutt !! TuuuTtttt !!!

Kedengarannya satu siulan memecah tembok kesunyian.
Bunyinya mirip bunyi kereta api. Logikal aku semakin diuji.

Mataku berputar liar sekali lagi. Mencari landasan kereta api atau juga kemungkinan wujudnya stesen kereta api berdekatan?
Atau apa saja yang boleh membantu aku keluar dari padang tandus ini.

Tutt !! TuuuuuuuuuuuTtttt !!!

Kali ini lebih nyaring bunyinya. Dari jauh aku nampak kepulan asap yang berkepul-kepul naik ke udara.

Sedang menyusur laju itu adalah sebuah kereta api lokomotif model sebelum perang dunia.

Keganjilan terus bermain di kepala.
Kereta api itu kelihatan sempurna tetapi ia menyusur tanpa landasan. Positif.  Ia mengelunsur di atas tanah.

Sreeeeettttt !!!!

Kereta api aneh itu berhenti lalu membuka pintu pada gerabak yang paling hampir kepada aku.

Seorang yang berpakaian seragam seperti seorang konduktor tiket tercegat berdiri di pintu gerabak.

Lalu aku terus menyoal perkara pertama yang terlintas di kepala.

Encik kereta api ini menghala ke mana?

Tiada reaksi terkejut di wajahnya. Seperti dia telah mendengar soalan yang sama berjuta kali.

Telunjuknya dihalakan ke arah muncung kepala kereta api. Dan hanya satu perkataan yang terpacul keluar dari mulutnya.

Sana

Aku cuba rasionalkan akal aku. Dan cuba mengorek rahsia daerah asing tempat aku berpijak itu.

Bagaimana kalau aku ingin ke situ ?

Sambil menunjukkan jari ke arah buntut kereta api. Iaitu arah yang bertentangan dengan laluannya.

Boleh sekiranya kau cukup duit tambangnya.

Balas konduktor.

Aku seluk tangan ke dalam poket seluar mencari apa sahaja yang terdapat di dalamnya. Ya, memang terdapat sesuatu. lalu aku mengeluarkannya.

Agak terkejut juga aku kerana yang terkeluar  dari poket aku adalah segenggam syiling emas.

Bagaimana dengan wang sebanyak ini?
Adakah cukup ?

Konduktor itu mengelengkan kepalanya.

Untuk tambang tempat yang kau ingin pergi itu harus dibayar dengan pahala bukan dengan duit emas.

Aku semakin keliru.

Pahala?

Konduktor itu cuba menerangkan serba sedikit.

Dengan wang di gengaman kamu itu , hanyalah cukup untuk kamu menumpang kereta api ini ke sana.

Katanya sambil dia sekali lagi menghalakan jari telunjuknya ke arah muncung kepala kereta api.

Aku semaking pening.

Bagaimana sekiranya aku tidak mahu menumpang kereta api ini.

Konduktor itu mengangkat kedua belah bahunya sambil mengelengkan sedikit kepalanya.

Kamu mungkin akan tinggal seorang diri di sini untuk selama-lamanya.

Aku tiada pilihan lain. Lalu aku memilih untuk menumpang kerana tak mungkin aku mahu tinggal seorang diri di sini.

Ku lihat didalam gerabak itu terdapat ramai penumpang. Semuanya senyap sunyi dan tiada seorang pun yang bercakap.

tutt!! tuuuutttt !!!!!!

Kereta api pun bergerak meninggalkan daerah yang tandus itu.

 

-*-*-*-*-*-*-*-

 

Tidak lama sesudah itu.

Ada seseorang yang lain pula muncul di daerah tandus itu.

Dia sedang kebingungan !
Dia memerhati sekeliling, ternyata tempat ini terlalu asing.

Dia tak tahu bagaimana dia boleh berada di situ.

Lama diamati sebelum dia sedar
Dia berdiri sendirian
di tengah-tengah padang tandus
kering kontang
yang luasnya sayup tak berpenghujung.

Senyap sunyi suasananya.

 

 

 

.

Comments
9 Responses to “Kereta api tambang murah ke neraka jahanam”
  1. adiospunk berkata:

    tak ada barat dan timur untuk aku.

    aku lebih suka pinjam istilah Pramoedya untuk melabelkan diri aku sebagai :

    ‘ ANAK SEMUA BANGSA ‘

  2. fakyew berkata:

    rasanya elok guna perkataan tren kot? lebih condong ke barat. hehehehe

    cis. kau pun sama jilat penulis org putih.

  3. adiospunk berkata:

    RALAT !!!!!

    aku selalu baca buku indonesia, kadang2 baca buku malaysia. Sampai aku terkeliru dengan ejaan.

    Kereta api = adalah ejaan dalam bahasa indonesia,

    keretapi = barulah ejaan dalam bahasa malaysia.

    rasanya elok guna perkataan tren kot? lebih condong ke barat. hehehehe

  4. adiospunk berkata:

    harga pahala yang lebih tinggi nilainya dari wang ringgit dan emas adalah idea PAGAN ?? mana belajar ni ?

    Penceritaan macam ni bukan benda baru.

    AKu pernah baca cerpen pasal orang kaya nak menembak malaikat maut setelah gagal membayar rasuah untuk dipanjangkan hayat. tapi akhirnya mati jatuh tangga semasa mengejar malaikat tu dengan senapang.

    Aku tak anggap penulis tu pagan.
    tulisan macam ni lebih kepada tafsiran pembaca sebenarnya.

    Aku pernah baca cerpen dalam majalah AL-ISLAM tahun 70an. cerita lebih kurang macam ni jugak. Pasal seseoarang memlih antara dua biji pulau .. lepas tu berbicara dengan satu suara . Tulisan MANA SIKANA , sasterawan besar lagi pulaktu.

    Penulis melayu zaman dulu dah gempak gila.
    Tapi kau tak ambil tahu.

    sebab kau suka jilat penulis orang putih.

  5. fakyew berkata:

    ini semua idea pagan.

    infidel!

  6. adiospunk berkata:

    ape la brader,
    kereta api tak salah la
    lain kali aku try guna sampan pulak

  7. koboi berkata:

    ko telah menambahkan lagi satu sebab mengapa aku harus memilih altenatif lain dalam menuju ke satu2 destinasi selain keretapi.

  8. adiospunk berkata:

    kekeke mike still kental kot

    aku saje buat crite style islamik sikit ..

    tapi ingat metafora je tau..
    jangan bayangkan kat sana ada kereta api pulak..

    ambik mesejnye aje ..
    jangan ambik pembayangnya pulak .
    okey, kau dah besar.

  9. zizou berkata:

    giler lah, terbayang aku neraka..
    aku rasa kalau mike terbaca ni, mesti dia buat azam baru punya tahun depan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: