anarki di sepanyol – Hasta La Muerte
Ingatkan bulan disember tak nak lagi tengok cerita komunis.
Tapi cubaan tengok cerita kartun gagal. Memang aku dah tua agaknya. Kartun dan anime dah memang tak boleh pergi lagi dah.
Tapi pusing punya pusing cari cerita best , jiwa aku kembali rebel , disember adalah bulan Anarki aku rupanya.
Kalau cerita pasal anarki, kena rujuk peta negara Sepanyol. Kerana anarki daerah lain kebanyakkannya cuma rebel pada tampalan patchesnya agresif radikal tapi tak kenal siapa Bakunin , Proudhon dan Durrutti.
Sedangkan Anarki Sepanyol pernah mempunyai barisan militia mereka sendiri yang turun ke medan perang dalam usaha mempertahankan tanah air .
Land and Freedom
Kisah seorang berfahaman komunis dari England menjadi sukarelawan perang dan bergerak bersama angkatan bersenjata anarki sepanyol.
Libertarias
Kisah seorang birawati yang menyertai barisan wanita-wanita Anarki yang berperang di barisan depan. Yup , barisan depan kerana dalam anarki, wanita mahu persamaan hak. Adalah tak adil kalau lelaki berperang dan wanita hanya memasak.
Kedua-dua filem ini mempunyai persamaan jalan cerita kerana diambil dari fakta sejarah dan latar belakangnya Revolusi 1936 di Sepanyol.
Kalau nak tengok movie ni, kena baca sejarah sikit.
-==-=-=-=-==-=-=-=-=-=-
Sedikit fakta sejarah Revolusi 1936.
Sama seperti kebanyakkan pahatan sejarah sayap kiri yang diputarbelit, sejarah tentang Anarki sepanyol juga tak terkecuali. Penulis sejarah lebih suka melukis mereka sebagai Terroris.
Berbeza dengan negara Eropah yang dilanda candu Komunis dan Marxist untuk membela kaum miskin dan tertindas , golongan pekerja dan petani Sepanyol lebih memahami ideologi Anarki yang dibawa oleh Bakunin.
Anarki adalah ideologi yang ingin menghapuskan sama sekali institusi Agama, kenegaraan dan pemimpin. (lebih kurang macam zaman batu kot?)
Anarki menyalahkan Kerajaan dan agama Kritian yang membuatkan rakyat mereka melarat dan miskin.
Mengikut ideologi Anarki, semua perusahaan akan diusahakan secara kolektif . Bermakna setiap perusahaan menjadi hakmilik pekerja , takde tauke. Restoran, kilang dan hotel juga telah diusahakan secara kolektif.
Sebelum Perang
Anarki telah menyusup masuk ke persatuan pekerja di Sepanyol terutama di Barcelona dan wilayah Catalan . Gabungan semua ahli berdaftar mereka mencecah 3 juta orang. Sedangkan komunis cuma ada 1000 ahli sahaja.
Kemenangan parti politik berhaluan kiri dalam pilihanraya sengit 1936.
Francisco Franco cuba melancarkan rampasan kuasa dengan bantuan tentera Nasionalis berhaluan Kanan.
Rakyat Sepanyol cuba menentang rampasan kuasa termasuk golongan Anarki.
¡No Pasarán ! slogan terkenal yang bermaksud jangan benarkan mereka masuk.
Semasa Perang
Perang saudara Sepanyol pada tahun 1936 adalah perang proksi di antara Kerajaan Nasionalis Franco yang dibiayai oleh Nazi di Jerman dan Fasis di Italy.
Manakala di pihak revolusi pula, gerakan Komunis yang ditaja oleh Russia, mexico dan persatuan sosialist sedunia.
Dan Anarki yang tidak dibiayai oleh sesiapa pun. Tetapi mereka berjaya mempertahankan kedudukan di Barcelona dari diceroboh tentera musuh.
Punca kekalahan Anarki
Militan Anarki tidak sistematik, tiada hieraki dan komander hanya dipilih secara undian sesama sendiri.
Ketiadaan senjata kerana tiada bantuan dari luar seperti pihak Komunis. Militan Anarki cuma menggunakan lebihan senjata kerjaan selain juga merompak dari gudang senjata .
Sewaktu berjaya menguasai kerajaan yang menang pilihanraya, pihak Komunis telah menguasai tampuk pemerintahan , sedangkan Anarki tidak berminat kerana ideologi mereka yang mahu mewujudkan sebuah negara tanpa kerajaan.
Perbezaan ideologi antara Anarki dengan Komunis akhirnya mencetuskan perbalahan sesama sendiri.
Pihak kerajaan yang dikuasai Komunis akhirnya mengharamkan Anarki .
Dan akhirnya melemahkan revolusi sebelum pertahanan komunis akhirnya dipatahkan sama sekali oleh tentera Franco.
Setelah perang
Sepanyol adalah negara pertama di dunia yang berjaya mendapatkan waktu bekerja 8 jam sehari . Terima kasih untuk persatuan pekerja Anarki.
Dan Anarki masih wujud sehingga sekarang di Sepanyol.
-=-==-==-=-=-=-===-=-=-=-=-=-=-
bila bercakap ttg idea idea left wing, aku masih lagi rasa impian anarki ni sebuah pipe dream dan tidak realis. on the other hand, bila anarkis menyerang marxist dgn point point yg tampak anti-intelektual, menampakkan lagi kepincangan dengan idea libertarian fahaman bakunin ini. liberty bukan freedom bila dipecahkan mengikut ide Isiah Berlin ( positive and negative liberty), adalah lebih khusus pemahamannya dan tidaklah begitu polarize seperti ide bakunin.
its not be easy to talk about anarchism to my readers.
How do i give a picture about anarchy to peoples that never involved with left ideas ?
since Spaniards rebellion can be considered as the best achievement so far for the anarchists, than let me lit the sparks there…
thanks for visiting and salvadaor puig is another great story to tell 🙂
yeah, 8 jam sehari, see where they’re goin now? they’re goin down with portugal, following the greeks….
apa apa pun, remember Salvador Puig Antich…