James Randi – pengukur paras kebodohan manusia pagan.
Sejak menemui video Cakra Alam,
Aku juga telah sekaligus dipertemukan dengan ajaran sesat James Randi iaitu saintifik skeptisma.
James Randi mempunyai hobi yang sangat unik iaitu memperlekehkan dunia magis, psikik , superpower dan paranormal.
Dan Cakra Alam cuma sebahagian dari siri pembongkaran yang sempat diselongkar oleh manusia genius ini.
Sebab itu aku dah mula anggap dia sebagai Messiah.
Berbekalkan pengetahuan tinggi dalam teknik silap mata, dia juga menggunakan kaedah logik dan saintifik untuk menukar karekter semua pakar ilmu batin sehingga menjadi badut fun fair.
Kejayaannya membongkar penipuan rahsia alam ghaib yang sekian lama menjadi dogma yang menyelubungi penghuni planet bumi adalah sangat mengkagumkan. Dia sentiasa membawa alasan rasional dan saintifik.
Dunia perbomohan patut mencabar James Randi.
Dia menubuhkan JREF ( James Randi Educational Foundation) dan mempertaruhkan wang tunai USD 1 Juta kepada sesiapa yang mampu membuktikan kewujudan makhluk halus, ilmu batin, alien , kuasa psikik, telekinetik atau apa sahaja yang berbentuk kuasa sakti.
Sudah berpuluh tahun dia menunggu , tapi wang tersebut belum berjaya dituntut oleh sesiapa pun.
Menurut Randi, dia suka sekali kalau dapat memegang tanduk unicorn tapi rata-rata tanduk yang dipegang itu patah , dan yang kelihatan cumalah kambing biasa.
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
Teknik pembedahan secara ilmu batin dari Filipina ini dah lama masuk ke malaysia dan sudah agak lama juga ia dijadikan bahan lawak Randi.
Lihatlah betapa bodohnya orang israel yang kononnya boleh bengkokkan sudu dengan cara menggosok sambil menyebut ‘ bend !! ‘
link untuk tengok manusia magnet yang di talkum powder oleh Randi.