Ustaz Cakra Alam – satu kemenangan untuk teknologi ke atas bomoh voodoo sialan.
Semalam aku jumpa blog yang ada tulis tentang seorang shaman voodoo yang mempunyai mukjizat untuk menggoreng telur mata kerbau sambil menyanyi lagu Geli Mat.
Dah banyak kali TV3 tampilkan muka bodoh shaman voodoo ini sehingga popularitinya hampir setaraf dengan selebriti.
Komik-komik sealiran ‘mistik’a dan majalah pendekar juga tak ketinggalan memuatkan cerita kehebatannya menukar mentol lampu sambil makan capati.
Dan sekarang, setelah dia diagung-agungkan sebagai menara KLCC nombor 3 kerana kemampuannya melebihi khidmat TNB dalam menjanakuasa elektrik ke seluruh negara akhirnya terbongkar juga.
Dia sebenarnya hanyalah seorang badut yang suka makan selipar . Dan masyarakat Korea jadikan pendekar Malaysia ini sebagai komedi blockbuster.
Kenapa masyarakat Malaysia mesti marah kepada shaman voodoo yang satu ini , Terimalah hakikat yang negara kita memang terlalu memandang tinggi benda-benda tahyul.
Sepatutnya salahkan stesen Tv dan majalah mistik yang mempromosikan badut ni.
Mereka sepatutnya bebaskan minda kita dari dongengan tak munasabah tapi mereka jadikan bangsa kita dah macam keldai yang makin sarat dengan bebanan mitos.
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
Dulu aku tengok TV, rasa nak gelak besar dengan pengacara bangang siaran TV3 yang menelanjangkan kebodohannya sendiri bertanya seorang ahli nujum voodoo
“siapakah yang akan jadi pengganti Siti Nurhaliza ? “.
Masa tu Siti masih di puncak carta.
Lepas tu ahli nujum pun megah penuh kesombongan dan berkeyakinan tinggi menjawab.
” Dia sudah lahir, dan sekarang dia berada di negeri Selangor’.
Dengar ramalan dia pun aku dah lawak. Tak payah tengok sarkis lagi.
Fotografik memori aku mungkin terlupa nama dia tapi aku ingat betul mukanya. Dialah adalah badut yang sama.
Pendekar Cakra Alam yang kerjayanya adalah shaman voodoo putar alam.
Tak sangka sekarang dia guna nama ustaz. Lepas tu membaca bismillah untuk petik suis pintu alam ghaib gunakan kaki .
Dengan cara itu sahaja dia jadi kaya raya tipu duit orang-orang islam di Malaysia.
Semoga siaran TV di Malaysia akan tampilkan lebih ramai bomoh-bomoh berbakat sebab kita dah semakin kekurangan bomoh bertaraf selebriti macam ustaz ni.
Mungkin perlu diadakan realiti show ‘Who wants to be a bomoh santau’ atau rancangan ‘Dukun Idol’.
https://web.facebook.com/Perguruan-Tenaga-Dalam-Telur-Ayam-Kampung-126667671269754/
aku lagi percaya kuasa dadu da ma cai.
dapat percuma jer masa beli nombor.
sama cam setiap nombor yg aku beli ada 1/10000 kemungkinan untuk dapat 1st prize.
dengan kira-kira macam nilah aku dah dekat 2 tahun nombor tak naik.
cam taik, aku nak pencen beli nombor. bullshit.
dadu damacai tak jual ?
dadu tu power adi, skang ni koi kat pangkor tengah bersenang lenang.
terima kasih dadu damacai!
2 suapan je ….
mak limah tu manusia ker vacuum cleaner ?
woi jai . kekeke lawak sungguh.
Rantai babi RM77,777.25
saper pakai rantai ni time online akan kebal dari segala virus dan juga spyware.
barang paling kool dan rasa macam nak beli
” Wafak Kijang Putih/Harimau yang diperkemaskan dengan wafak al-quran.Perhatikan pada hujung wafak tersebut terdapat `Cop Mohor Rasulullah Muhammad S.A.W` yang mengikut kata para Alim Ulama Cop Mohor tersebut juga berada di bahu malaikatullah Jibrail ”
soo0 original
mak limah jiran aku boleh agaknya join dukun idol. dia bleh buat magic nasik sepinggan lenyap dengan 2 suapan je.
ada menda lagi yang lagi hot dari jenglot adi..
susuk.. masuk besi tak pakai bius..ekeke..aku mesti bomoh tu buat silap mata je. Tak ada besi emas berlian pun masuk…
adi, taknak try
Batu `4` Nombor & Batu Tuah ?
mistikitems dot blogspot dot com
haha
aku tengok gak video tu.
pada pendapat aku , muka badut ni lagi tebal dari kereta kebal.
dah kantoi dah terompah sakti dia berteknologi tinggi masa kena scan… lagi tak nak mengaku.
itu baru cerita bomoh putar alam.
aku belum petik cerita JENGLOT lagi
Dukun Idol ? =))
hihi. dia ni memang sial. silat cakera alam abah dia.. kenapa tak letak lagi satu video kemaluan tv3 bila dia tau shaman voodo ni penipu ?
“manaa ada berbunyii! manaa adaa!!”
“Cekkk betul-betul!! manaa ada berbunyi selipar tu!!”
“Tak ada!!”
Mesti pelajar-pelajar dia yang dah kebal tak jadi kebal dah angkara orang-orang korea ni.