Perang Purbakala V – Season Finale


434

1525 , Masanya telah tiba. 

Mentari yang sudah lama hilang itu akhirnya terpancar semula. Tersenyum sambil menyuluhkan cahaya menerangkan jalan buat bala tentera menuju ke Kota Melaka.

Sultan telah mengumpulkan segala muslihat dan kesaktian yang wujud di bawah pemerintahannya untuk turut serta merampas kembali setiap inci tanah air mereka dari jajahan Iblis Benggali putih.

Mengetuai barisan ketenteraan dan berada paling  depan sekali adalah Sultan sendiri sedang mengenderai tikar terbang. Tikar yang dulunya dihadiahkan oleh saudagar  dari arab.

Di kiri kanannya pula adalah gundik-gundik yang berpakaian bondage and fetish yang kebanyakkannya juga adalah topless. Semangat kerperwiraan Sultan sangat bergantung kepada aksi mereka.

Laksamana dan para panglima yang menyusul di belakang kelihatan berkilau-kilauan seperti batu permata. Ini disebabkan biasan cahaya mentari yang singgah pada kuali-kuali yang menyaluti seluruh tubuh badan mereka.

Di belakang barisan para panglima terlihat pawang-pawang, bomoh-bomoh, dukun-dukun dan pengamal ilmu santau/sentet sedang mengarahkan puluhan ribu hantu raya memikul lastik rasaksa dan bertan-tan metrik buah kelapa yang masih belum dikupas.

Di udara pula , berlegar-legar  penanggal, polong-polong dan nenek-nenek kebayan mengawasi perjalanan tentera sultan dari atas.

Segala jembalang dan puaka itu diekori rapat oleh  barisan orang-orang bunian. Diikuti oleh penjual ubat jalanan, bamoh-bomoh siam  serta replika gergasi patung Buddha yang sangat mahir dalam Kung Fu mabuk.

Dan paling belakang sekali adalah petani , nelayan dan suri rumah yang membawa bersama cangkul, pukat, senduk dan setiap seorang dibekalkan dengan 5 tangkal ekor biawak untuk menolak bala.

Hanya anak-anak kecil sahaja yang tidak ikut serta untuk pertempuran ini. Namun jasa mereka mengutip dan memanjat buah kelapa tetap juga dihargai Sultan dalam ucapan ringkasnya sebelum berangkat tadi.

Mungkin Sultan tidak membenarkan mereka ikut serta kerana takut mereka terpengaruh dengan aksi ganas yang terdapat di medan perperangan.

Perjalanan itu cuma 20 minit walau sepatutnya mengambil masa 2 minggu.

Ini kerana semangat  mereka sangat berkobar-kobar untuk menghalau tentera iblis itu ke neraka . Dan juga menghantar lagu jinggle bell pulang ke Portugal.

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-==-=-=-=-=-==-=-=-=-==-

dutch_vs_portuguese1

Askar Iblis yang bertempiran , hilang pedoman

 

Di Kota Melaka .

Sememangnya sejak Melaka  dirampas , tentera iblis memang suka berpoya-poya  di kota ini. Mereka minum tuak dan menyanyikan lagu Jinkling Nona dalam keadaan mabuk di dalam kelab-kelab malam yang dibuka pada waktu siang.

Mereka hanya sedar akan serangan dahsyat  bala tentera Sultan sewaktu panglima-panglima beruniform kuali menjerit 

Seranggg !!!!

 Sewaktu tersedar,  mereka sudah terlambat untuk mempertahankan diri. Tembakan dengan senapang juga sia-sia, semua peluru mereka tak mampu menembusi kuali pada badan para panglima. Sebaliknya peluru-peluru mereka melantun-lantun pula mengejar mereka sendiri.Mereka cuba melemparkan gelas-gelas tuak yang juga tak mendatangkan hasil.

Dendam amarah panglima Melaka yang terpendam telah menjadikan mereka bertidak di luar batas kemanusiaan.

Mereka telah membaca jampi untuk menghasilkan tumbukan api yang tak mampu ditepiskan lagi.

Dengan satu tumbukan api sahaja, sudah  mampu mengoyakkan baju perisai serta menembusi perut tentera-tentera Iblis itu. Walaupun sedar musuhnya itu telah mati, panglima masih tak puas hati.

Disiatnya kulit kepala mayat itu sampai nampak tengkorak kemudian dilemparkan mayat itu ke tengah jalan.

Tok bomoh yang melihat insiden itu terus membaca mentera . Dalam sekelip mata, petir turun menyambar mayat itu sampai rentung. 

Di satu sudut lain , tak kurang hebatnya.

Dukun sentet dan pawang ilmu hitam telah menggunakan ilmu santau membuatkan  ramai sekali tentera iblis yang muntahkeluarkan darah, paku, jarum, rambut manusia , bulu ayam laga dan lipan.

Mereka semua mati serta merta.

Kedengaran juga tentera Portugis yang merayan dan mencarut dalam bahasa ibunda mereka kerana telah dirasuk puaka, polong , pocong , toyol dan hantu raya. Kemudian mereka semua mati dicekik pontianak.

 

Berjuta-juta buah  kelapa berapi pula ,  menimpa sekitar kota Melaka. Memang benar ia tak mampu membunuh seorang pun tentera musuh. Tetapi membuatkan suasana perang nampak lebih bergaya.

Dan apabila  kelapa-kelapa berapi berlaga di udara , ia akan memercikkan bunga api. Sultan sangat terhibur melihatnya sebagai pesta bunga api. Lalu dia menitahkan nelayan dan petani terus melastik tanpa henti.

 

Hanya nenek kebayan yang berlegar-legar  dan masih memikirkan apakah guna dia turut dibawa dalam pertempuran itu.

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Di luar pintu gerbang kubu Portugis.

Laksamana membaca jampi sambil menutup matanya. Setelah selesai dia menepuk kedua belah tangannya seraya menjerit.

Hiarghhhhhhhhh !!!!

Dan serta merta tanah retak  terbelah dua  dan dengan kelajuan cahaya retakan itu menghala ke pintu gerbang kubu musuh.

Dammmmnnn !!!!

Satu gempa kuat telah menggegar pintu gerbang kubu utama  Portugis. Tentera-tentera Iblis yang sedang mabuk minuman tuak telah menjadi kaget .

Belum pernah mereka dengar gegaran sekuat itu. Bunyinya seperti 100 meriam meletup serentak.

Dengan satu lompatan akrobatik yang penuh bergaya , Laksamana telah merebahkan 25 orang tentera musuh dengan tendangan tubi.

Ditengah kepungan musuhnya yang beratus-ratus orang itu, Laksamana telah menggunakan hikmat cakaran angin.  Setiap musuh yang berada dalam lingkungan 14 kaki serta merta rebah dan terlihat isi perut mereka  terburai ke tanah.

Mereka cuba menghalakan meriam ke arah laksamana. Tetapi laksamana bertindak pantas. Kelibatnya hilang setiap satu saat dan dia muncul di merata-rata. Penembak meriam itu hanya sedar bila Laksamana sudah berada betul-betul di hadapan muka mereka. 

Pengawal yang kecut perut itu terberak kerana takut, secara resminya, dia adalah Portugis pertama berak tanpa melihat laut lepas. Tapi rekod resmi itu tak mampu menyelamatkan nyawanya. Kepalanya terputus dua, penangan tendangan sidekick tanpa jampi.

Semua tentera portugis tak mampu lagi berhadapan pendekar-pendekar Melaka ini. Mana yang bertempiaran lari  menyelamatkan diri.

Tentera Iblis itu akhirnya berlindung di dalam kubu lalu menguncikannya dari dalam.

Pintu kubu itu sangat tebal dibuat dari besi setebal 500 inci. Walaupun sudah dicuba sedaya upaya dengan segala kesaktian mereka pintu masih gagal dibuka.

Akhirnya  sultan memberi arahan untuk  mengepung kubu itu supaya Portugis itu mati kebuluran di dalam sana.

Berbulan lamanya mereka mengepung kubu itu. Masih belum ada tanda Portugis mahu menyerah.

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Lisboa, Portugal


Hawa panas lautan Atlantis meresap ke daratan Semenanjung Iberia.

King Manuel I yang bersemayam di Lisboa berasa hairan kerana tiada khabar berita dari tentera mereka di Melaka.

Penduduk Lisboa juga sudah putus bekalan rempah, gula melaka dan pelacur, akhirnya bersepakat  meminta supaya raja Portugis itu menghantar tentera susulan ke sana.

Sebenarnya untuk  tujuan menyiasat,  sama ada terdapat pemberontakan peribumi atau tentera mereka telah berpaling tadah.

 King Manuel I akhirnya bersetuju menghantar gerombolan  angkatan tentera lautnya dan menitahkan berpuluh-puluh kapal perang  untuk meninjau keadaan di sana.

nice_1543

Tibanya bantuan setan

 

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

1526

Sewaktu ketibaan kapal-kapal laut yang membawa panji  simbol negara Portugal . ( gambar tengkorak  berapi dan tulang bersilang itu)

Terperanjatlah mereka melihat kubu-kubu  tentera mereka yang sudah rosak binasa .

Lalu dibedilnya seluruh Kota Melaka sehingga peluru-peluru itu kelihatan seperti hujan. Dan Portugis Iblis itu  memastikan agar tiada  sejenis mahkluk pun yang dapat berteduh dari hujan peluru yang semacam itu.

Segala jenis hantu raya dan polong juga lari kerana tak sanggup menghadapinya. Pak dukun, bomoh, pawang juga lari bertebaran mengikut jejak hantu-hantu mereka.

Sultan cuba membalas dengan buah kelapa berapinya. Namun momentum lastiknya tak cukup kuat . Kebanyakkan buah kelapa berapi mereka cuma sekadar  berakhir ke dalam air laut  .

Semakin lama cuba bertahan, maka semakin ramai pendekar-pendekar Melaka akan terkorban.

Kesaktian Laksamana yang perkasa dan banyak ilmu batin itu juga, akhirnya menemui ajal setelah terkena 135 das peluru meriam. 

Melihat malapetaka itu, sultan berundur  menaiki tikar terbang disusuli panglima-panglima serta gundik-gundik bondagenye yang masih hidup. Tetapi Portugis terus menghambat mereka dari belakang dengan tentera-tentera bersenapang.

Dia terpaksa meninggalkan semua panglima dan gundik kesayangannya untuk menyeberangi Selat Melaka menaiki sampan.

-==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Itulah kali terakhir cubaan Sultan untuk  merampas Kota Melaka. 

Di pihak Portugis mereka berjaya menyelamatkan 3 orang sahaja yang bersembunyi di dalam kubu selama berbulan-bulan. Itu pun setelah memakan habis  semua tikus, cicak dan mayat rakan-rakan mereka.

Ketika Tentera bantuan membuka pintu kubu, 3 orang yang terselamat itu sedang memakan tanah dan batu-batu kerikil.

Tentera Iblis itu akhirnya  berjaya untuk  menguasai semula perdagangan rempah.

Dan mereka tidak lagi putus bekalan pelacuran setelah berjaya menawan gundik-gundik bondage serta nenek kebayan.

-=-=-=-=-===-=-=-=-=-===-=-=-==-=-=-=-==-=-=-=-====

1526, Kampar, Sumatera

Sultan yang terselamat dari asakan Iblis akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke daratan Sumatera setelah sampannya karam dipukul ribut.

Bila tersedar akan dirinya tersadai di pantai

Dia telah disapa secara mesra  oleh seorang tua berjanggut putih yang keterampilannya sangat mirip kepada Gandalf the White.

Sultan cuba meberitahu tentang siapa diri baginda dan tujuannya mencari pelindungan.

Sebenarnya beta adalah ………

Tetapi orang tua berpakaian putih itu terus memotong percakapannya.

Tak perlulah ceritakan ,  hamba telah tahu segala-galanya

Sultan sunguh terkejut dan menyangka dia telah diselamatkan oleh seorang wali.  

Tetapi dia sebenarnya tidak menyedari yang orang tua itu adalah seorang kanibal yang tidak mahu membuang masa dengan cerita melankolik makanan tengah harinya itu.

Tamatlah satu riwayat mengenai seorang  Sultan yang  pengakhirannya menjadi daging panggang santapan manusia Kanibal.

 

tamat_logo

Pentalogi berakhir di sini

 

Comments
14 Responses to “Perang Purbakala V – Season Finale”
  1. Shawon06 berkata:

    Semua tahu Tun Mutahir adalah seorang bendahara yg bijak. tapi kerana nafsu ,sultan bunuh jugak dia walau pun kerajaan melaka jadi lemah lepas tu dan dijajah dengan kuasa asing.

  2. acapitut berkata:

    wa cayalu adi

  3. Dude berkata:

    paleotak aok…

  4. adiospunk berkata:

    pahlawan ada sikit lagi kot, nak lari tapi tak muat sampan
    tapi tahap panglima je la

    Hantu raya paling banyak selamat, ambik DUDE sebagai contoh.
    hehehehe

  5. zizou berkata:

    geng-geng pahlawan semua dah mati, jadi gua syak yang hidup mesti geng-geng bomoh.

    bodo tul sultan..mcm sultan perangai..haha

  6. fakyew berkata:

    taik aok cocok

  7. Dude berkata:

    “…replika gergasi patung Buddha yang sangat mahir dalam Kung Fu mabuk” <— Hahahaha… memang cocok!

  8. adiospunk berkata:

    3 bintang ??
    aku dah nak riak dah..

    aku expect 1 bintang je
    hehehe

  9. koboi berkata:

    yang ni aku bagi 3 bintang. tak bleh bagi lebih. nanti riak. try buat lagi. bagi lagi kutukan sinis lagi pedas. kutuk mengutuk macam ni tak kena ISA. sebab diaorang malas nak baca benda macam ni. diaorang pandai baca novel 50 dalil je.

  10. adiospunk berkata:

    ainunlmuaiyanah
    aku bukan orang yang pertama.
    Cerita Puteri Gunung Ledang tu cara org zaman dulu mempersendakan yang raja zalim .

    Tapi aku dah tua baru perasan halusnya simbolik
    orang zaman dulu.

    7 dulang hati nyamuk. <—- rakyat
    7 dulang hati kuman. <—– rakyat
    7 tempayan air mata anak dara. <— mangsa nafsu sultan

    untuk dapatkan puteri yg cantik sanggup ikut apa saja syarat termasuk

    1 mangkuk darah Sultan Ahmad <— generasi sendiri

    -=-=-=-=-=-=-=-=-=====

    fakta wiki
    1510: Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah kerana beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda.

    Semua tahu Tun Mutahir adalah seorang bendahara yg bijak. tapi kerana nafsu ,sultan bunuh jugak dia walau pun kerajaan melaka jadi lemah lepas tu dan dijajah dengan kuasa asing.

    bila tengok sejarah dan padankan dengan pembesar hari ini, aku rasa cam sejarah nak berulang balik je.

  11. ainunlmuaiyanah berkata:

    wah.. suka ending dia..

    tapi saya baca cerita ini dgn dua sudut yang berbeza.

    satu dari sudut sejarah
    satu dari sudut satira

    wah mmg impak yang berbeza

  12. adiospunk berkata:

    replika patung buddha tu ,
    aku pinjam istilah kau punye mat jai ..

    istilah paling sempurna untuk menggambarkan seseorang.

  13. fakyew berkata:

    hamjadah

  14. mohdjai berkata:

    Wahahahah! episod paling bes! pasal ada replika patung buddha. hahaha!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: