perang purbakala IV


pirireis2

Peta mengikut ramalan tok nujum yang 99% tidak tepat

 

Ahad,

24 ogos , 1511.

Melaka ini bukanlah Melaka yang dulu lagi.

Sejak Portugis bermaharajalela, Melaka gelap tak lagi bercahaya.
Tanahnya tandus dan mentari tak pernah lagi muncul di sana.

Setiap masa adalah gelap gelita
sehinggakan warga Kota Melaka tak tahu lagi membezakan
antara siang dan malam.

Pada perkiraan peribuminya, Kota Melaka sama gelap dengan kolong neraka.

Bagi pihak Portugis , siang dan malam itu tidaklah penting kerana mereka telah dibekalkan jam pasir untuk berkira-kira dengan masa. Mereka bangga kerana ia dibawa dari lisboa , tanah kelahiran mereka.

Portugis itu memang angkuh dan suka menunjuk-nunjuk.

Mereka tak pernah mandi tapi suka menyembur minyak wangi dari Perancis.
Mereka juga bersifat lanun.
Mereka sangat mahir mengukur lautan.

Bertahun-tahun mereka hidup di atas pelayaran merentas tujuh lautan menghala ke timur sehingga mereka telah lupa cara membuang air besar di darat.

Mereka membina toilet sebesar mahligai di atas bukit.
Supaya mereka boleh berak sambil memerhatikan laut lepas yang terbentang luas itu.

Yang akan menerbitkan kenangan indah bersama kekasih-kekasih mediterranean mereka.

Pelaut yang lalu lalang di Selat Melaka menyangkakan toilet itu sebagai rumah api.

Untuk mengelakkan kekeliruan, pihak Portugis telah meletakkan meriam supaya toilet mereka kelihatan seperti kubu ketenteraan.

-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=

Melaka ini bukanlah Melaka yang dulu lagi.

Di sela-sela kotanya tiada lagi suasana meriah  gilang gemilang .

Pedagang-pedagang Arab yang selalu menjual unta dan karpet Parsi di pasar lambak Kota Melaka sudah pulang ke negeri asal mereka menaiki tikar terbang .

Mereka tak suka hidup di bawah naungan bendera pejuang salib. Tapi tiada pula usaha mereka meminta pejuang  Ottomaniah , Sultan Selim 1 dan bunga-bunga Tulip yang selalu mereka gembar-gemburkan keperkasaannya dalam hikayat seribu satu malam itu. Yang selalu mengkhayalkan anak-anak tempatan.

Ternyatalah bangsa Arab ini cuma tahu menyelamatkan karpet-karpet dan tengkuk mereka sendiri .

Pedagang india juga sudah tidak mahu berdagang di Melaka walaupun ini menjejaskan  syarikat perusahaan kari mereka yang sangat bergantung kepada rempah ratus dari kepulauan Melayu.

Tinggallah Melaka sebatang kara.

Hanyalah peribumi-peribumi Malaka yang sangat miskin dan hina. Mereka yang tak mampu membeli tangkal ekor biawak buat pelindung diri dari malapetaka.

Ruang perniagaan yang dikosongkan arab dan India itu telah dirampas oleh Portugis kerana sifat lanun semulajadi . Mereka telah membuka perniagaan tuak, mempebesarkan gelanggang laga ayam dan membuka kedai muzik yang menjual lagu-lagu Gospel.

Segala jenis hasil bumi dimonopoli Portugis seperti rempah ratus, beras, ubi kayu, pelacuran, tuak dan ayam laga telah dihantar pulang ke negara asal mereka. Supaya rakyat di tanah air mereka dapat bersenang-lenang.

Selain  memperkenalkan undang-undang pelik seperti cukai. Tapi tak ada penentangan dari masyarakat setempat kerana  ianya disangkakan sama seperti main kutu.

Sempena hari bersejarah pada 24 ogos 1511, yang  juga jatuh pada hari ahad , mereka mahu sambutan setiap minggu merayakan kemenangan mereka merampas Melaka.

Mereka memberi cuti pada setiap hari ahad.

Mulanya terdapat penentangan dari alim ulama Melaka yang mahukan cuti hari Jumaat. Akan tetapi tentangan itu telah dipatahkan dengan 2 dentuman meriam yang berpelurukan syiling Dinar emas. Alim ulama pun menutup mulut.

Tapi bila undang-undang untuk memansuhkan cuti hari raya puasa dan digantikan dengan perayaan Krismas, alim ulama berkeras dan tidak berganjak sewaktu diuja dengan muncung meriam. Sangka mereka mahu ditembak dengan syiling emas ternyata meleset.

Habuan mereka adalah benar-benar bebola api santau tuju-tuju yang sangat menakutkan itu .

Walaupun begitu , penentangan terhadap hari raya krismas itu tak pernah berakhir. Ini kerana alim ulama Melaka tidak suka mendengar lagu Jinggle Bell yang pada mereka kedengaran seperti lagu menyembah setan.

Alim ulama terpaksa meminta bantuan jin islam untuk menyamarkan diri sebagai penunjuk perasaan.

Akhirnya Portugis terpaksa mengalah dan tidak mahu bazirkan 2 biji peluru meriam  setiap hari bagi menembak jin islam yang immortal itu.

 

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-==- 

Melaka ini bukanlah Melaka yang dulu lagi.

Di Bentayan , Laksamana perlu kembali mengumpul kekuatan tenteranya. Usaha merampas Melaka perlukan perancangan yang licin.

Di suatu malam sultan mendapat satu  mimpi. Lalu dia memerintahkan ahli nujum mengadap baginda untuk menterjemahkan.

Beta telah bermimpi yang beta ini berada di istana kayangan bersama kesemua gundik-gundik beta beserta kuda kepangnya sekali. Dan beta telah memperkudakan kesemua gundik-gundik itu dengan segala teknik yang ada di dalam kitab suci kamuska (sebenarnya Kamasutra tapi sultan seorang yang buta huruf ). Apakah alamat yang dibawakan.

Ahli nujum tidak terkejut dengan mimpi sultan kerana dia sendiri sudah terlalu kerap menterjemahkan imaginasi-imaginasi porno luarbiasa yang sering hadir dalam mimpi baginda. Cuma dia kesal dalam keadaan perperangan yang maha dahsyat pun , baginda tetap bermimpi porno. Lalu dia membuat terjemahan mengikut cerita rekaannya sendiri.

Tuanku, menurut tilikan  patik , itu adalah khabar baik buat kita.  Patik yakin ianya bermaksud yang tuanku sendiri harus mengepalai sendiri bala tentera.

Dan gundik-gundik itu harus pula turun ke medan perang bersama-sama tuanku. Dengan cara itulah kita akan memperoleh kemenangan . Ampun tuanku.

Muka sultan terus bercahaya.

oh !! kenapa beta tak terfikir akan perihal itu. Beta sendiri rasa tenaga luarbiasa setiap kali bersama gundik-gundik beta. Jangankan Portugis malah dewa dewi Iblis pun beta mampu tewaskan kalau gundik-gundik itu datang bersama.

Perintahkan Laksamana dan orang-orangnya. Kita akan menyerang esok pagi .

Laksamana terpaksa mencari helah supaya dia diberi masa yang cukup untuk mengumpulkan kekuatan.

Tetapi tuanku, pada fikiran patik lebih baik kita cari cara menembusi kuali yang menyalut tubuh tentera Iblis itu terlebih dahulu. Adalah sia-sia kita menentang musuh yang kebal.

Terdetak sedikit kepala otak sultan. Lalu berfikir :

Arahkan semua rakyat membuat kuali sehingga cukup untuk disalutkan kepada bala tentera Melaka. 

Kali ini mereka tahu kuali siapa yang lebih perkasa dan halus buatannya.

Merah padam muka Laksamana mendengarnya. Idea itu bukan sahaja kedengaran bodoh tapi turut membuatkan dia dan seluruh askarnya kelihatan bodoh. Tapi dia tak berani menderhaka.

Untuk menyediakan kuali yang cukup buat bala tentera bukanlah pada keesokan harinya , tapi telah memakan masa 36 purnama lamanya. Bersamaan dengan 3 tahun.

Selama 3 tahun itu mereka telah mempersoalkan tentang bebola api yang sebesar buah kelapa dan telah banyak sekali meragut nyawa panglima-panglima Melaka. Kekhuatiran mereka sampai ke telinga sultan lantas dia bertitah:

Perintahkan rakyat untuk mengumpul semua buah kelapa dan buatlah lastik yang besar-besar dari batang balak 5 pemeluk, kalau Portugis ada buah tangan dari Iblis, kita juga perlu tunjukkan buah tangan kita dari neraka.

Walaupun kedengarannya seperti bodoh, tetapi setelah diuji menggunakan kelapa tua yang dibakar dengan api, ternyatalah kesannya tidak segempar meriam Portugis. Namun masih ada kemungkinan untuk mengancam iblis-iblis Portugis.

Setelah 7 tahun mempersiapkan diri . Dan laksamana sudah mencatur  semua strategi. Sudah tiba masanya bala tentera iblis itu membayar hutangnya.

Hutang darah. Perang memang tak dapat dielakkan lagi.

sunp00351

Kubu teragung yang cuba diselamatkan dengan kanopi

 

Comments
11 Responses to “perang purbakala IV”
  1. adiospunk berkata:

    aku tak suka mencarut kecuali dalam keadaan tertentu..

    misalnya macam sekarang , berhadapan dengan dua ekor badut boroi …

    JUBURRR !!!!

    tk pernah aku hayat layan drive thru — itu kugiran makan tanah
    aku layan kugiran makan nasik

  2. fakyew berkata:

    adi ni punkrock emo. set2 drive thru. mana ada ceria, 24jam tangkap nangis punya punrocker. lepas tu marah2.

    hahaha

  3. Dude berkata:

    Hahaha…
    marah nampak???
    bukan ke punkrock sepatutnya ceria-ceria sokmo???

  4. adiospunk berkata:

    dude-

    Kau ibliss !! aku benci soalan bodoh kamu.
    Aku semakin percaya kandungan kolestrol berlebihan
    boleh membuatkan manusia jadi pendek akal.

    ainunlmuaiyanah-

    mmg aku try buat satira.
    tp takde sorang pun pembaca yg tersinggung stakat ni. Ternyata aku belum terrer. mungkin aku kena berenti buat satira berdasarkan fakta wikipedia .

    mat jai-

    jin islam zaman melaka dulu dah cukup bertamadun,
    yg nak bogel cari publisiti tu
    adalah badut-badut yang kehabisan jenaka

  5. mohdjai berkata:

    Jin buat rusuhan. =)) wakakaka! Sepatutnya jin tu buat demonstrasi bogel. Haha!

  6. ainunlmuaiyanah berkata:

    Dapat gak baca cerita ini dengan senang lenang..

    wah~..
    ni cerita satira k..

  7. Dude berkata:

    wohh..
    baju singlet tu ada logo soul savior tak???

  8. adiospunk berkata:

    RALAT !!! RALAT !! RALAT !!
    aku terpaksa ejas sikit kat sini sebab bila aku bace balik

    -===-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-==-=-==-===—-

    Tapi bila undang-undang untuk memansuhkan cuti hari raya puasa dan digantikan dengan perayaan Krismas, alim ulama berkeras dan tidak berganjak sewaktu diuja dengan muncung meriam. Sangka mereka mahu ditembak dengan syiling emas ternyata meleset.

    Ianya benar-benar bebola api santau tuju-tuju yang sangat mereka takutkan itu. Tapi sudah terlambat.

    -=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-==-

    macam alim ulama Melaka kalah ngan dakwah gospel pulak..

    sorry!! sorry !! sorry !!

    Nope !! alim ulama tetap berjaya pertahankan agama islam sekalipun lepas potugis ,Belanda , inggeris dah berambus,
    sorry ! fakta tetap fakta, tak boleh bohong.

  9. Roket Saintis berkata:

    Diharap bersabar. Aku masih terlalu sibuk untuk mengemaskini entri blog. Terima kasih.

  10. adiospunk berkata:

    lu pernah makan baju singlet tak?
    meh sini aku suapkan.

  11. fakyew berkata:

    kedai muzik gospel tu ada jual single dari soul savior tak?

    🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: