Perang purbakala III
Di perkarangan istana,
Di depan pintu gerbang yang terdapat 4 orang pengawal istana bersenjatakan tombak .Mereka tersentak dengan kemunculan cahaya terang bederang.
Cahaya berhenti lantas bertukar menjadi segumpal asap.
Poooops !!!!!
Timbul kelibat seorang pendekar.
Tak lain, tak bukan, dialah utusan Laksamana.
Keempat-empat pengawal istana mengancungkan tombak ke arah utusan itu sebagai langkah berhati-hati. Di dalam perperangan perlu berwaspada terhadap pengintip dan pembelot.
Ke mana gerangan tuan hamba, bukankah tuan hamba ini seorang hulubalang yang sepatutnya menghalau musuh-musuh Melaka di pantai sana ?
Utusan laksamana yang kehabisan tenaga akibat mengunakan 70% dari kuasa dalamannya cuma dapat menjawab dengan nafas tercungap-cungap.
Benar , tetapi hamba diutus oleh laksamana membawa khabar yang kurang baik kepada sultan.
Para pengawal berpandangan sesama sendiri. Lantas seorang dari pada mereka memberi peringatan.
Itu tidak mungkin , Sultan akan murka sekiranya terganggu sewaktu baginda sedang menikmati irama zapin.
Tuan hamba harus menunggu sehingga baginda selesai .
Utusan itu , mahu atau tidak terpaksa akur. Tak mungkin dia menderhaka kepada sultannya.
Tercegatlah dia di depan pintu gerbang istana walau tahu nasib buruk yang bakal menimpa Melaka dan betapa gentingnya nasib beribu-ribu penduduk kota Melaka yang sangat bergantung harapan kepadanya.

gambar hiasan je. ini sultan Turki
Di dalam istana.
Permandangannya sangat berbeza sekali. Tidak sedikit pun terlihat permandangan darurat.
Tak sesiapa pun yang tahu betapa nyaman keadaannya di sini.
Di singgahsana, sultan sedang berguling-guling dengan semua gundik-gundiknya yang berjumlah 400 orang .
Semua gundik-gundik itu berbogel dan ada juga yang menari-nari sambil mengepit kuda kepang mengikut irama Zapin.
Lemah gemalai irama muzikal tradisional itu dimainkan oleh dayang-dayang istana yang juga bertelanjang bulat . Biarpun usia sesetengah mereka sudah agak lanjut , selanjut buah dada mereka.
Tapi itu peraturan istana, malah sultan sendiri menurut aturan yang dibuatnya sendiri .
Setiap kali terdengar bunyi dentuman meriam Portugis , sultan akan mengarahkan dayang-dayang supaya perkuatkan petikan gambusnya.
Dengan cara itu suasana kekal nyaman , erotis dan romantis.
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
Dalam waktu yang sama ,
pendekar dan jaguh-jaguh persilatan di bawah kendalian Laksamana sudah semakin lemah. Tetapi tetap bersemangat. Tanah air bukan ada harga buat galang-gantinya. Akan mereka pertahankan dengan nyawa.
Kemaraan tentera-tentera iblis itu sudah benar-benar di luar kawalan .
Hanya 5 batu jauhnya dari istana.
Laksamana mesti cepat membuat percaturan. Sekiranya terlambat seisi Melaka yang menanggung akibatnya.
Laksamana sedar, yang diperjudikan kali ini adalah maruah. Akhirnya dia terpaksa mengalah dan berkata.
40 orang panglima terhandal ikut hamba pulang ke istana, yang lain-lainnya cuba bertahan. Kita cuba cari ikhtiar dan bertanya pendapat sultan.
Ketika membuat penyataan itu , laksamana sudah tahu yang dia tak akan dapat bertemu mereka lagi sampai bila-bila pun.
Dan alasan untuk pulang ke istana hanyalah untuk membawa sultan lari keluar dari tanah Melaka yang tercinta.
Adalah tidak mungkin dia meminta pendapat sultan yang hanya tahu tidur, tidur lagi dan berhibur dengan kuda-kuda kepangnya.
Sultan ini tak serupa dengan ayahandanya yang memerintah Melaka dengan akal bergeliga dan sangat cerdas lagi terang bercahaya.
Jangan khuatir laksamana. Sekalipun robek terkoyak tengkorak patik. Selagi bernyawa akan patik menerajang dengan tenaga yang termampu.
Berjanjilah seorang panglima yang naif dan tak pernah tahu nasib yang menunggu dihadapannya.
Laksamana dan 40 panglima dengan perlahan mengapungkan dirinya di udara lantas meluncur deras selaju cahaya dan hilang dalam sekelip mata. Sungguh luarbiasa kesaktian mereka.
Mereka mendarat di depan pintu gerbang istana.
Di dalam perperangan perlu berwaspada terhadap pengintip dan pembelot. Dan pengawal istana tetap bertanya walau mereka kenal akan sosok tubuh laksamana.
Ke mana gerangan Datuk Laksamana, bukankah datuk Laksamana ini sepatutnya menghalau musuh-musuh Melaka di pantai sana ?
Laksamana rasa tersinggung, bercampur pula rasa marahnya kepada Portugis , dia hilang pertimbangan lalu dilempangnya pengawal istana itu.
Sebiji dari mata pengawal itu terkeluar dari kelopaknya. Dan kesan melecur nampak pada bekas tapak tangannya di pipi pengawal itu.
Dia tumbang serta-merta.
Melihat utusannya yang tercegat di depan istana membuatkan Laksamana jadi marah kerana tak menjalankan amanat pentingnya.
Dia menggunakan tumbukan tanpa bayang dari jarak 14 kaki. Utusannya tak merasa kesakitan pada mulanya tetapi perutnya mengalir darah pekat bewarna merah , dua saat kemudian terburai isi perutnya ke tanah.
Kemudian laksamana memejamkan mata dan menumbuk tinjunye ke udara.
Dennntttummm !!!! pintu gerbang , pagar , pokok bunga dan bumbung istana melambung ke udara.
Hanya ketika itulah sultan tersentak dari fantasi-fantasi liarnya. Dia mengenakan pakaian lalu memanggil datuk bendahara, datuk temenggung dan tuk pawang, ahli nujum supaya datang mengadap.
Namun tak seorang pun dari mereka yang dipanggilnya muncul. Mereka sedang bertafakur atau juga mungkin sedang tertidur.
Terlintas kelibatnya laksamana terus sultan bertitah .
Ke mana semua panglima tuan hamba di saat Portugis meragut bumbung istana beta ?
Lantas Laksamana menceritakan segalanya serba ringkas. Tentang pengundurannya. Tentang santau iblis yang tak terlawan oleh panglima-panglima mereka. Tentang kemaraan Portugis yang hanya sepelaung jauhnya.
Lalu laksamana meminta sultan berpaut pada belakangnya agar dapat dibawa dia berlindung di Bentayan buat sementara waktu . Dan akan merampas kembali Melaka bila sudah bersedia kelak.
Mula-mulanya sultan tidak bersetuju untuk lari kecuali dengan syarat semua gundik-gundiknya yang ramainya lebih dari 400 orang itu dibawa sekali ke Bentayan.
Terpaksalah laksamana dan panglima-panglimanya berulang-alik mengangkut semua gundik dari Melaka ke Bentayan 10 kali.
Proses ulang alik menjadi 11 kali apabila Sultan mengamuk kerana laksamana dan panglima-panglimanya terlupa membawa alatan muzik gambus, makyong dan kuda kepang kegemarannya.
Ternyata pentingnya tradisi kuda kepang kepada sultan itu yang tak pernah terfikir akan dirinya sebagai tompokan hitam yang takkan terpadam dalam lipatan sejarah.
Dia akan dikenang sebagai sultan tunggal yang gagal mempertahankan Melaka.
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
Sementara di jalanan ke istana semakin sedikit panglima-panglima Melaka yang tertinggal. Mereka gugur mempertahankan bumi mereka.
Satu ketika mereka melancarkan serangan keris terbang , namun baju perisai besi tentera iblis memang kebal tak terkoyak sedikit pun.
Bila kehabisan senjata mereka melontar tentera iblis itu dengan batu. Kemudian mereka melontar diri mereka sendiri. habis tembus kulit mereka dijamah peluru.
Seperti yang mereka janjikan , mereka tetap cuba menerajang dengan kudrat terakhir mereka.
Sewaktu tentera Portugis iblis menjejak kaki ke perkarangan istana, ianya sudah kosong tak berpenghuni.
Ahad , 24 Ogos
Dan berpestalah malam itu tentera iblis dengan air tuak dan mabuk-mabukkan didalam istana yang tidak berbumbung itu sampai ke pagi.
ya betul!
saya setuju~
fakyew, adios yang cadang tau, bukan saya.
haha (muka tak bersalah)
hehehe
watak gundik tu fakyew sesuai kot..
wey, tak nak la jadi gundik~
apa kes~
huhu
cerita ni pernah rank nombor 1 hot post
cool
http://terusterang.wordpress.com/2008/12/13/siapa-kata-politik-lebih-cool-dari-punk/#comment-58
thanks jai
dlm citer ni semua karekter lelaki..
kalau wat filem ..
part gundik je pompuan ,tu pun tak lepas ngan LPF ..
terpaksa potong
atau terpaksa tukar gundik lelaki ..
huhuhu
ces~
dr ambil dia baik ambil saya.
huhu
ainunlmuaiyanah-
tak sempat bace takpe .. nanti kalau aku ade duit aku buat movie cerite ni suruh asyraf sinclair belakon.. hehehe
mat jai-
tumbukan tanpa bayang ni senjata sulit ..
err maksud aku ‘secret weapon’ untuk keturunan pendekar terpilih aje… tapi sekarang dah pupus
“tumbukan tanpa bayang dari jarak 14 kaki” Agak-agak, silat cakera alam ada belajar hikmat ni dak ? macam bes je. haha.
Ala~
tak sempat nak baca pasal ni tapi saya suka gmbrnyayang cantik~
tu bukan sarkis
dia tepuk tgk kuda kepang lah
sultan turki suka tengok sarkis rupanya. siap tepuk tangan lagik!