Perang Purbakala II


perang-purbakala

Perang purbakala

 

Mentaliti perang panglima Melaka memang tinggi.

Sejarah telah membuktikan kegemilangan  mereka sewaktu menangani tentera Siam pada tahun 1447.

Melaka hanya menghantar hulubalang gred 3 yang hanya seramai 25 orang sahaja telah berjaya menewaskan beribu-ribu tentera paling perkasa Siam. Semuanya hasil dari jampi serapah yang membuatkan mereka kebal.

Hanya seorang sahaja hulubalang Melaka yang terkorban, itu pun padah sendiri  terlupa membaca jampi sedangkan pihak Siam, hampir tiada yang tertinggal walau seurat bulu. Dilapah dan dicincang sampai hancur. 

Yang selamat pulang ke tanah air hanyalah Tentera lumpuh yang cacat angota badannya atau yang sudah nyawa-nyawa ikan dirobek isi perutnya oleh  tentera Melaka  dengan buluh runcing.

Itu pun sengaja hendak dibiarkan hidup supaya berita kehandalan panglima-panglima Melaka sampai ke telinga Maharaja Siam sebagai pengajaran.

Kemenangan seperti itu memang membuatkan mereka sedikit angkuh dan berasa lupa diri.

Tentera-tentera Portugis  ini memang perlu diajar dengan cara yang sama. Itulah yang mereka sedang persiapkan diri sekarang.

Berlindung di balik batu-batu besar di sekitar pantai. Panglima-panglima terbilang masih menanti penuh kesabaran..

Tak akan hamba benarkan mereka maju lebih dari 5 langkah di bumi Melaka.

Kerana iblis-iblis ini, tertangguh sudah hajat hamba ke gelanggang laga ayam  semalaman.

Seorang panglima meluahkan rasa tidak puas hatinya . 

Apabila bunyi meriam portugis berhenti berdentum sekitar 15 minit, panglima- panglima itu cuba mengintip dari celah-celah batu.

Sekali pun mereka juga mahir dalam ilmu mengapungkan diri setinggi 15 kaki itu , tetapi mereka perlu berjaga-jaga berdepan askar-askar iblis ini.

Kelihatan dari jauh, kapal-kapal perang  sedang menurunkan beberapa buah sampan yang memuatkan askar-askar portugis di dalamnya.

10 hingga 12 orang untuk setiap sampan.

Laksamana mengarahkan bantuan dari pawang tentera. Serta merta seorang tua berusia sekitar 145 tahun datang mengadap. Terhegeh-hegeh membawa dulang berisi air.

Mulutnya kumat-kamit membaca mentera . Sekali dihembus sahaja maka timbul imej tentera-tentera Portugis itu di dalam dulang air . Nampak jelas  6 buah sampan yang sedang didayung menghala ke pantai

Mereka mengenakan pakaian yang aneh sekali  diperbuat dari logam. Sehingga Laksamana dan pawang itu tak mampu menahan rasa geli hati,lalu mereka berdua ketawa sehabis-habisnya.

Hamba fikir yang Iblis itu menghantarkan rasaksa yang lebih besar dari gajah-gajah perang Siam, ternyata mereka hanya menghantar manusia yang disalutkan dengan kuali dari hujung rambut sampai hujung kaki.

baju-perisai-portugis

uniform portugis

 

Panglima-panglima besar yang sempat mengintai imej dalam dulang itu juga ketawa terbahak sebaik sahaja melihat pakaian pelik tentera portugis seraya berkata ;

Jikalau ada manusia yang memakai topi yang sebegini di kota Melaka ini , pastilah kerana mahu melindungi wajah mereka yang serupa wajah keldai.

Diarahkan semua panglima bersiap-sedia untuk bertempur dengan askar-askar iblis berpakaian aneh itu . Mesej-mesej tentang strategi pertempuran dihantar secara ilmu batin telepathy kepada setiap hulubalang yang memang sudah lebih dari cukup kesediaannya.

Sampan-sampan semakin mendekat, panglima-panglima Melaka hanya menunggu masa dengan buluh runcing digengaman mereka.

Tatkala sampan-sampan itu mencecah ke daratan , maka diserbulah beribu-ribu panglima Melaka serentak.

Mereka menjeritkan semangat perang sehingga  bergema-gemalah suara mereka memecah suasana.

Hiarghhhhh !!!!!!!! Portugis Berdebah !!!!!!!

Panglima-panglima menyerang dengan penuh gaya keperwiraan.

Ada yang terbang seperti kelawar, ada yang beraksi gimnastik , selebihnya berlari sambil menghunus buluh runcing . Penuh semangat.

Askar Portugis juga sudah menduga kemungkinan seperti ini. Mereka cuba mengelak dari menjadi panik. Mereka mengangkat senapang dan menembak secara rambang.

Bamm!!! Bamm !!! Bamm!!
Tersentak jeritan semangat Melaka
pertama kali mendengar bunyi letupan senapang dari jarak dekat.
 
Ramai juga hulubalang-hulubalang terkena peluru dan yang gugur seperti kelawar. 
Yang bergimnastik pula terlanggar sesama rakan sendiri.
Walaupun ada juga buluh runcing yang sempat ditusuk ke dada askar Portugis tetapi gagal menembusi baju perisai besi mereka.

Celaka ! laknat kau iblis , tak mungkin ada ilmu setan yang kebal dari tusukan buluh runcing

Bila askar-askar Portugis melempar objek kearah panglima-panglima itu . Tanpa segan silu mereka cuba menangkap dengan menggunakan dua jari sahaja tanpa perlu memandang.

Menjeritlah dia penuh kegirangan untuk manaikkan moral.

Jeritan itu disahut kawan-kawannya yang lain lantas mengerumuni untuk melihat ilmu tuju-tuju yang berjaya ditangkap .
Tanpa mengetahui objek yang ditangkapnya itu adalah sebongkah dinamit.
Dan kegunaannya pula adalah benda terakhir yang mereka sempat pelajari di dunia.

Boooommmmm !!!!!
Bersepai kemegahan Melaka, Bersepai segugus hulubalang Melaka. bersepai juga buluh-buluh runcing mereka.

Dalam beberapa ketika sahaja Melaka sudah hilang separuh dari hulubalang-hulubalangnya.

Laksamana yang sememangnya ditugaskan untuk mengepalai tentera terpaksa memanggil tenteranya berundur. Sekali lagi menggunakan mesej telepathy.

Laksamana juga mengarahkan seorang hulubalang menyampaikan khabar kurang gembira tentang pengunduran itu segera ke istana.

Zaaaassssssssssss !!!

Orang yang diutuskannya itu segera ghaib dalam sekelip mata dan meninggalkan kepulan asap nipis.

Tak perlu ditanya , dia dalam perjalanan secara ghaib ke istana.

 

 

Sambung esok pulak laaaa….

Comments
8 Responses to “Perang Purbakala II”
  1. adiospunk berkata:

    tengah berlatihlah ni..
    sebenornya dari situ gek dapat idea
    hikhikhik

    tu pasal buat satira kombo ngan parody camni

  2. fakyew berkata:

    Taknak buat skrip Puteri Gunung Kerbau ke adi?

    Hahahahahha

  3. adiospunk berkata:

    teringat pada cerita David Grenier, editor zine kegemaran aku zaman tgh punk dulu-dulu.

    RETROGRESSION ZINE.

    dia kata pertama kali dia pergi gigs ikut kawan dia tgk live bands dia terpikir nak buat buku untuk mempromosikan
    band-band punk.

    Lepas tu kawan dia cakap, ‘ohh !! maksud kamu zine”

    cehh !! buku jenis tu dah wujud sebenarnya.

    kuikuikui

  4. zizou berkata:

    lu original lagi, mamat khalid hanya sama tajuk dengan lu jer, tapi jalan cerita lu tahap king. gua sanggup makan budu kalau mamat khalid cakap cerita dia lagi best dari cerita lu.

  5. adiospunk berkata:

    WOW !! aku ingatkan aku ni seorang yang original ?

    walaupun aku tak kenal saper mamat khalid tu, pengarah filem atau penulis novel ataupun pelakon , dia mesti kool sebab imajinasi sama cam aku je tahap mengarutnya.

    takper aku akan selitkan unsur erotik lepas ni
    supaya versi aku tak sama ngan mamat khalid tu.

    thanks zizou, kalau kau tak cakap aku pun tak tau.

  6. zizou berkata:

    adios, cerita lu ni lebih kurang dengan cerita yang mamat khalid nak buat nanti, “20 minit sebelum melaka diserang askar portugis berwajah babi”

  7. adiospunk berkata:

    sabar jai …

    kita keturunan panglima.. kena banyak sabar
    hehehe

  8. mohdjai berkata:

    “bedebah!”

    tengah-tengah genting ni la nak bersambung.

Tinggalkan komen

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios