Perang purbakala I


 

witte_leeuw_ship

Portugis membedil seluruh bandar Melaka dari arah laut. Peluru-peluru meriam itu dihalakan ke merata-rata arah. Bebola api silang menyilang di udara. 

Sejak tengah malam tadi serangan itu tidak putus-putus bertali arus . Gema letupan bagaikan bunyi gempa bumi. 

Penduduk Melaka tak boleh tidur dengan bunyi semacam itu. Mereka menyumpah seranah dalam bahasa yang paling kotor ditujukan kepada tentera laut Portugis. Biasanya mereka memperkatakan perihal  ibu tentera-tentera itu yang jauh berada di Lisboa.

Mentari pagi menyuluh bumi . 

Penglihatan semakin mencerah, pohon-pohon kelapa yang tumbuh di persisir pantai sudah rontok kehilangan daun-daunnya dibedil meriam portugis yang celaka itu.

Banyak juga rumah-rumah penduduk kampung nelayan yang sudah hilang sama sekali  rupa bentuknya.  Berlubang-lubang . Itu pun dikira beruntung kerana tidak rentung seperti yang nasib sesetengah rumah yang lainnya.

Nampak jelas sekali sekiranya berdiri di pantai. 

Tiga biji kapal perang Portugis semakin megah seakan tersenyum menyindir musuh-musuhnya.

Penduduk melaka yang merasa tersepit mula mengemas barang untuk meninggalkan Melaka. Mereka turut membungkus harapan dan impian ke dalam gendongan yang turut memuatkan beras, garam, gula, rempah dan tangkal ekor biawak yang mereka  gunakan sebagai pelindung diri dan penghalau nasib sial.

Yang masih kekal menunggu adalah laksamana dan para panglima-panglima mereka yang sangat tampan itu. Yang tersisip keris di pinggangnya, yang terdapat puluhan cincin sakti pada jari jemarinya.

Menunggu penuh kesabaran ketibaan musuhnya yang pengecut itu. Musuh yang hanya tahu  menyalak sepanjang malam.

Sesekali ada panglima yang menggunakan ilmu kependekarannya. Terapung-apung 15 kaki di udara. Bertujuan mengintai pihak musuh . Tanpa disedari, dirinya terdedah kepada teleskop Portugis. 

Dammm !! sebiji bola api dibidik tepat mengena dadanya oleh penembak meriam yang cukup terlatih.  

Lantas mendaratlah panglima tadi , tetapi hanya bahagian dada hingga kebawah . Kepala dan sebahagian lagi dadanya hilang dan tak pernah di pertemukan lagi.

Semakin marahlah laksamana dan iringan panglima-panglimanya tadi. Bebola api itu memang tak tertangkis semudah mereka menepis tombak dan lembing.

Malah peluru sumpit yang sekecil dan beracun itu pun mereka dapat menangkap dengan hanya menggunakan dua jari sahaja dan tanpa perlu melihat.

Pada awal serangan pada sebelah senja semalam ada panglima yang cuba mempraktikkan cara itu untuk menangkap peluru meriam. Dengan dua jari tanpa perlu memandang. Kesudahannya tangannya kudung dan dia sedang meracau dan memaki hamun askar Feringgi . dan ketika ini semakin tenat diubati oleh dukun-dukun kampung yang paling handal di Melaka.

Tok guru pernah mengingatkan hamba tentang ilmu tuju-tuju yang dahsyat sekali . Ilmu itu hanya dapat dipelajari sekiranya seseorang itu menuntut secara terus daripada iblis.

Seorang panglima yang agak handal juga kependekarannya memberitahu rakan-rakannya merujuk kepada peluru meriam.

Setelah melihat dengan mata kepala hamba sendiri. Maka yakinlah hamba yang bebola api yang dibawa Feringgi inilah adalah pemberian Iblis secara mutlak kepada penuntutnya.

sambungnya lagi.

Kalau begitu kata tuan hamba , maka tak sabar lagi rasanya menunggu mereka turun ke darat. Ilmu iblis itu pasti akan ku habisi dengan buluh runcing ini.

Balas teman seperjuangannya itu sambil mengengam erat buluh runcing yang dibuatnya sendiri setelah memilih buluh yang terbaik pernah terjual pasar lambak  kota Melaka.

 

Ok lah … Sambung lain kali aje lah kalau ada masa

Comments
5 Responses to “Perang purbakala I”
  1. mohdjai berkata:

    haha. gila panjang. harap pahlawan melaka dapat bergabung dengan syaitan juga untuk hasilkan bola api tuju-tuju kalahkan tentera portugis. takkan nak guna buluh runcing. tikam puteri bunian boleh la. haha.

  2. adiospunk berkata:

    jangan tunggu .. panjang cerita ni ..
    ini start 1511
    penamat dia tahun 2089 ..

    kalau engkau tunggu , maka sempat kawin dan beranak pinak baru tamat.

    hahahaha

  3. mohdjai berkata:

    Tengah sabar menunggu sambungan.

  4. adiospunk berkata:

    gi kerja dulu lah ..
    kalau tak kerja tapi ada tangkal sakti boleh kasik makan takpe la juge

  5. fakyew berkata:

    habiskan je lah. esok takyah gi keje

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: