Kondom dan kekecewaan


Aku mula menjauhi rakan sebaya yang naif dan tak pernah berani untuk mendekat ke pagar sekolah rendah. Apa lagi untuk melompat melepasinya.

Untuk seorang budak sekolah darjah 5 , jiwa aku sudah penuh dengan kebencian dan pemberontakan.

Aku mahu lihat perspektif baru yang lebih segar, jadi aku bergaul dengan kawan yang 4-5 tahun lebih tua daripada aku. Mereka lebih rebel. Mereka membawa aku mengenal dunia yang lebih dewasa satu langkah di depan.

Dan kawan-kawan yang dewasa tak pernah menghampakan. Selain memperkenalkan VHS porno yang mendebarkan, mereka juga sering memonteng di sungai yang sejak azali menjadi taboo dan larangan keras ibubapa.

Akulah yang paling muda sewaktu menyusuri kaki lima yang dilimpahi tompokan tahi burung. 

Mereka singgah disebuah kedai sinsei dan membeli sepapan kondom murah dan tak berjenama. Buatan kilang di China yang turut menghasilkan sarung tangan latex.

800px-condom_unrolled_durex1

stokin getah untuk kemaluan

Kami semua menuju ke sungai kerana kami memang suka habiskan masa lapang sewaktu permontengan dengan aksi terjun tiruk.

Aku sukakan kedewasaan mereka .

mereka memilih sungai yang kemudian harinya menjadi lokasi untuk filem Perempuan, isteri dan …

Tak tahulah itu pilihan disengajakan atau permainan takdir.
Kondom diagih-agihkan seorang satu. Tiada dikriminasi umur.

Semasa mandi dengan sukaria seorang demi seorang hilang. Baru aku sedar mereka buat trick main menyelam-menyelam sebab nak tinggalkan aku.

pahangphotoes028

setiap kali digunakan,Jamban rakit akan menggemparkan mereka yang berada di hilir

 

Memang bosan bila sendirian di sungai. Tak seronok . Nasib baik ada jamban rakit tapi agak jauh dan tersembunyi sikit dari tempat cetek yang selalu jadi pilihan kami.

Boleh berlatih tingkatkan penguasaan aku terjun tiruk kalau terjun dari atas jamban rakit. Aku sedapkan hati. Aku ke sana seorang diri.

Selepas berberapa terjunan yang memukau. Masa aku memanjat naik, lutut aku tersangkut pada paku.

Inilah part yang aku tak suka. Kaki kiri aku tak boleh tarik melekat pada paku. Aku menjerit minta tolong . Tapi tak membantu.

Aku nampak kawan-kawan aku tadi kembali ke sungai. Tapi jauh. Aku teriak tapi mereka tak dengar.

Lama aku melekat pada paku tu . Lebih dua jam.
Keadaannya macam jesus yang dipaku pada tiang.

Sekian lama menunggu dengan harapan yang kian pudar, hari makin senja . Akhirnya ada juga pemuda kampung yang sakit perut. Dialah yang perasan aku ada kat situ.

Dialah yang rentap kaki aku . Melepaskan aku yang tersepit.

Kawan-kawan dewasa aku menyangka aku dah balik awal .

Macam taik alasan.
Kalau aku terpaksa bermalam di atas jamban rakit hari tu memang aku tak maafan diorang semua sekalipun mereka menghirup air Sungai Ganges sampai kering.

Diorang tinggalkan aku sebab mahu melancap menggunakan kondom di dalam kebun tebu di tepi sungai.

Muka mereka semua kepuasan kecuali Ann, yang tenggelam dalam ejekan teman-teman kerana saiz anunya yang kerdil dan membolos tak sesuai ukuran.

Malah sewaktu orang lain bersiap untuk pulang , Ann masih bermain dengan kondom di dalam sungai. Memasukkan air ke dalamnya sehingga kembung macam belon.

Mukanya tampak penuh kekecewaan kerana dengan duit dialah kondom-kondom itu dibeli.

Comments
4 Responses to “Kondom dan kekecewaan”
  1. adiospunk berkata:

    4 org sebenarnya dalam cerita ni termasuk aku

    1 dah tak pernah jumpa
    1 lagi dah kawin tapi tak kerja- drug addict- ditanggung ngan bini.

    1 lagi Ann yg aku ceritakan tu jadi mat drug
    pastu tikam mati taukeh kedai ubat
    rompak mase tengah gian…
    kena tangkap polis , terus aku tak amik tau pasal dia

  2. ainunlmuaiyanah berkata:

    urm…
    umur 4 tahun?
    mmg membawa kepada lebih rebel~
    heh!

  3. adiospunk berkata:

    lepas kejadian tu tak.. tapi 3 tahun lepas tu

    aku berhenti kawan ngan bebudak tu lepas kes diorang curi rantai emas dari budak pompuan umur 4 tahun.

    perkataan Peragut aku tak tau lagi mase tu
    tapi aku tahu golongan perompak ni tak layak jadi kawan aku.

  4. ainunlmuaiyanah berkata:

    wah~ tulisan yang best..
    bagi saya sinikal dan saya sangat suka~

    lalu, setelah ditinggalkan oleh kawan-kwn tu masih berkawan lagi dgn mereka?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: