Bukti kelahiran tak mungkin menipu


Mentakab , 
Bukanlah tempat yang seindah alam kayangan.Yang dipenuhi binaan berkubah emas yang menanjak di atas bongkah-bongkah kristal.

Tak ada bidadari terbang melintas langit raya di sini.
Yang ada hanyalah burung layang-layang yang najisnya bertebaran di kaki lima.

Sekiranya tahi burung itu sama mulianya dengan hujan, maka tempat ini memanglah benar-benar dilimpahi rahmat.

Di celahan tompokan najis burung inilah yang terpaksa aku banggakan kerana tercatat indah sebagai tempat lahir aku dalam sijil beranak.

Tempat lahir : Hospital Mentakab.

Mak aku kata , perlu ada pembetulan sebab ada kekeliruan .

Mak aku kata , aku lahir di kampung datuk aku menggunakan perkhidmatan bidan kampung. Tapi report kat hospital.

Aku tak percaya . 

Bidan kampung? mak mana tahu.

Aku tunjukkan surat beranak  aku .

Ini buktinya aku lahir di Hospital Mentakab.
Bawa ke mahkamah pun aku ada bukti bertulis.

Bangga aku lebih mengetahui tentang kelahiran aku lebih dari ibuku.
rackha6-to-my-bower-in-fairy-land

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: