Pocong Kudisan dan Kutukan Karma
Aku tekan butang REWIND empat kali
Dan jejarum masa mula berputar secara mengundur dengan laju sekali.
Kenderaan dan semua manusia berjalan ke belakang.
Lebih laju daripada berlari. Mereka seakan mengelunsur.
Begitu juga dengan aku.
berundur laju ke belakang.
Macam kartun gila.
Bila sampai pada tempat yang aku mahukan.
Aku tekan butang PLAY.
Terlihat semula cerita ini
Pernahlah sekali tu main hantu pocong. Sejenis permainan tak bertamadun yang diciptakan sendiri secara kreatif.
Sekitar pukul 3 pagi memanglah kereta yang lalu-lalang cuma sekali sekala . Suasana kelam sunyi memanglah sesuai.
Untuk menghidupkan mood seram seseorang terpaksa balutkan diri dengan kain selimut putih yang di bawak dari rumah. Pocong jadian ini mesti panjat dan berdiri tegak atas atap bus stop di tepi jalanraya .
Kemudian yang lain harus sembunyi di sekitar. Tunggu dan tengok reaksi kenderaan semasa diorang terserempak dengan jembalang pocong.
Sambil menonton masa silam , aku teringat pesanan mitos purbakala.
Kata orang kalau menyakat orang dengan kostum hantu , nanti kita akan dipertemukan dengan hantu yang betul-betul.
KARMA
Pegangan kuno yang sedikit sebanyak masih
melekat dalam jiwa aku.
Bukan sepenuhnya aku jadikan kepercayaan.
Mungkin lebih kepada satu pengharapan.
Balasan setimpal adalah sebenar-benar maksud untuk keadilan.
Aku tekan Butang FAST FOWARD.
Segala-galanya berjalan laju. Empat kali lebih laju dari
pandangan mata yang normal.
Kali ini ke arah depan. Melutu dan melulu.
Aku tekan butang PLAY sekali lagi.
segalanya kembali bergerak normal.
Pertengahan tahun lepas.
Di malam yang tak seberapa gelap.
Dibawah sinaran bulan.
Sekitar pukul 12 atau 1 pagi.
Depan rumah seorang kawan.
Kami 3 orang.
Tuan rumah, aku dan seorang kawan.
Misi : meminjam vcd yang bukan porno.
Setelah selesai membuat seleksi kami kami mahu berangkat pulang.
Semasa kami ingin melangkah keluar.
Mata kami terlekat kepada sesuatu yang aneh sedang bergerak
dalam kegelapan malam.
Agak samar dari kejauhan.
Tapi ternampak jelas satu sosok serba putih di seberang jalan.
Kurang dari 100 meter.

inilah foto pocong yang sedang makan tanah yang tak akan ku kirimkan ke majalah Mastika .
Ianya tidak melompat seperti cerita pocong yang diwariskan secara lisan.
Ianya hanya berjalan perlahan.
Menghala ke dalam hutan.
Ianya semakin menjauh.
Melintasi tanah lapang yang berada di
seberang jalan taman perumahan kami.
Pertama kali tiga orang nampak serentak satu keanehan puaka.
Secara logikal tak mungkin tiga orang sedang
berilusi subjek yang serupa.
Jika hanya seorang boleh dikirakan sebagai
khayalan peribadi semata-mata.
Ketiga-tiga kami berlari keseberang jalan .
Agar nampak lebih jelas resolusi visualnya.
Mahu melihatnya selagi boleh.
Sebelum habis.
Segalanya bergerak pantas.
3-4 minit.
Semakin ia menghilang dalam kegelapan.
Aku tekan butang PAUSE untuk berfikir sejenak
Kami mula mencari logik akan kejadian itu.
Pelbagai ramalan.
Aku tak puas hati.
Benda apakah itu.
Inilah yang dikatakan sebagai karma aku berbisik pada diri aku sendiri.
Dari akal yang waras aku rasa
cuma orang tak siuman yang sanggup menyelimutkan dirinya dengan kain putih serupa pocong di waktu malam.
Kerana ia menuju ke hutan pastilah
aku rasa dia bukan manusia.
kalau manusia pun, pastilah yang gilanya di luar batas kemanusiaan.
Tidur malam aku teringat.
Sosok putih. Pocong?
Sial !!!
Aku tekan butang PLAY untuk teruskan kehidupan macam biasa
Ceritanya tak berapa meluas.
Tapi sedikit sebanyak sampai juga ke telinga orang-orang.
Tapi seperti biasa akan adalah tambahan
yang menyimpang dari cerita asal.
“Patut lah malam tu aku dengar anjing -anjing menyalak tak berhenti-henti.”
Kata seorang mak cik yang tinggal agak hampir dengan rumah kawan aku tu.
Tapi aku yakin yang aku belum pekak.
Malam tu tak ada bunyi anjing.
Malam tu sunyi sepi seadanya.
Hampir seminggu dari rentetan peristiwa itu
sewaktu aku beli goreng pisang .
Terungkai juga misteri kejadian.
Saksi kejadian ialah seorang budak perempuan sekolah menengah.
13-14 tahun , naif dan tak mungkin menipu.
Menurut budak itu. Dia lihat sendiri melihat
polis menangkap seorang lelaki gila atas tuduhan
pecah masuk dan
mencuri telekung di masjid.
Orang gila tersebut tak ada rumah dan
tidur di dalam hutan.
Arghhhh !! bentak hati aku.
macam mana aku boleh tertipu.
kebarangkalian terakhir dalam logik aku
memang kerja orang gila.
Ternyata benar belaka.
Celaka babi kau orang gila.
Kau hampir membuatkan aku gila seperti mu.
Aku terpaksa tekan butang STOP.