Punkrockers adalah golongan lapar dan pelahap


Tahun lepas . Di studio jamming .
Main lagu Carburetor , main lagu Lagwagon. Macam biasa.
Membingitkan telinga dengan lolongan penuh kerasukkan. 

Sewaktu selesai , ada kawan dapat panggilan menjemput dia ke sebuah rumah terbuka.
Bila mendapat pengesahan dia boleh membawa kawan-kawan.
Semua punkrockers dalam keadaan bersiap-sedia.

Sebuah van penuh sendat dengan manusia dan bau-bauan mereka.
Tengit.
Mencari lokasi dalam hujan panas di waktu malam.
(aku sedang bayangkan rupa hujan panas waktu malam ).

Tak susah mencari rumah terbuka di kawasan taman perumahan.
Taman Setia kalau tak silap.
Nampak Kanopi. Ada orang makan .
Melayu , Cina , India semua ada , pasti meriah kalau ditambah dengan punkrockers.

party1

Bau chicken wings memanggil-manggil. Tempat duduk luar penuh.
Kami masuk dalam. Kenduri awek member ape nak segan.
Awek dia pun layan okay jek.
Kami duduk bersama keluarga tuan rumah.
bersembang mesra.

Punkrockers memang pelahap.
Makan siap bertambah.
Tuan rumah pun jadi hairan.
Sesekali tuan rumah tegur.
“Lapar betul korang semua, dari kampung mana datang?”
Punkrockers tak senang nak jawab.
Mereka nak tambah chicken wings.

Bila selesai , kami pun balik.
Kawan aku yang mendapat invitation menerangkan keadaan sebenar dalam perjalanan pulang.

Tadi tu bukan rumah awek dia.
Awek dia dijemput oleh kakak dia.
kakak dia dijemput oeh boyfriend dia.
Boyfriend kakak dia dijemput oleh sepupu dia.

Patutlah ayah kepada sepupu boyfriend kakak awek kawan aku menjadi pelik sebagai tuan rumah.
Kami pun pelik macam mana kami boleh ada kat situ.

Comments
One Response to “Punkrockers adalah golongan lapar dan pelahap”
Trackbacks
Check out what others are saying...
  1. […] Tahun lepas . Di studio jamming . Main lagu Carburetor , main lagu Lagwagon. Macam biasa. Membingitkan telinga dengan lolongan penuh kerasukkan.  Sewaktu selesai , ada kawan dapat panggilan menjemput dia ke sebuah rumah … Read the original here: Punkrockers adalah golongan lapar dan pelahap […]



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: