Wali Keramat cuba belajar istilah Punkrock
Aku nak bercerita tentang manusia dan khayalan-khayalan mereka yang sesat.
Golongan ini sukar diramal. Golongan pencari tuhan yang kesudahannya menjadi lunatik dalam kesesatan. Mereka ini tak mengamalkan senaman Yoga dan pula tak menyembah berhala.
Mereka betul-betul nampak seperti manusia yang hidup normal tapi pengetahuan agama mereka hanyalah hasil dari penelitian mendalam ke atas buku-buku komik jenaka.
Dia lebih suka membaca kitab ilmu batin. Bukan buku kebatinan seks Tapi buku mengajar pembacanya memotong pokok secara kerate dengan kaedah jampi serapah yang betul.
Bila manusia dari golongan ini cuba berdakwah tentang kefahaman mendalam ilmu spiritual yang tak masuk akal kepada prajurit punkrock. Dia sepatutnya sedar yang itu adalah satu kesilapan.
Pandangan dari mata kasarnya yang bodoh itu mungkin kami ini nampak mudah untuk dipesongkan dengan cerita-cerita khurafat yang penuh mitos dan dongengan.
Tapi kesilapan dia yang paling ketara adalah kejahilannya sendiri tentang muzik punkrock yang jauh lebih lawak dari komik-komik lucu bacaannya.
Bila kami sekampung berkumpul sambil memetik gitar di tepi longkang menghirup udara malam.
Pendakwah sesat ini cuba berasimilasi dengan kami dan mula bercerita tentang ketuhanan dan para wali mengikut perspektifnya yang mirip detektif Conan.
Aku petik gitar tak berminat mendengar.
Kawan-kawan yang lain juga sama. Cuba mengelak .
Dia mula bercerita tentang kalimah tuhan pada tapak tangan .
Lalu ditunjuknya garis-garis kecil di permukaan telapak tangan. . Aku cuba lihat gelagatnya. Dan tak tahulah garisan apa yang ditunjukkannya. Tapi jelas garisan yang diutarakan itu langsung tak sama dengan yang tersiar di Youtube.
Melihat gitar yang kami petik, dia mula bercerita tentang muzik. Lalu dia meminjam salah satu gitar lantas memetik sambil menyanyi.
“apa yang kau ingini,
bisa kau tolak dan berlari,
setelah aku…
tanamkan…
azimat ku…”
Kemudian berhenti lalu diceritakan maksud lagu itu.
“kau tahu tanam azimat dalam lagu ini maksudnya menanam pelir”
Katanya penuh bangga. Bangga kerana kebodohannya menterjemah lagu melayu yang langsung tak simbolik pada mata aku.
“Aku dapat tahu semua ini sebab seorang wali”
tambahnya lagi sambil merepek dengan cerita karut marutnya.
Aku jadi tak faham kenapa dia disesatkan dengan lagu kumpulan Spider tapi bukan kumpulan Slayer yang lebih dahsyat permainan Heavy Metalnya.
Semua orang buat tak dengar falsafah karut-marut. Tapi jenis pendakwah memang selalunya berjiwa kental. Cuba bercakap kuat untuk tarik perhatian. Sesekali menepuk peha orang supaya memberi tumpuan. Walaupun tiada balasan.
Di kalangan kami cuma ada seorang sahaja melayannya. Omar.
Kami pelik. Kenapa orang macam omar boleh layan cerita-cerita spiritual yang tak masuk akal.
Kemudian dia mula bercerita tentang kubur seorang Bangladesh. Menurut dia Bangladesh tu seorang wali keramat. Dan hanya wali bangladesh tu saja yang boleh membawa dia bertemu tuhan.
Omar yang semakin menunjukkan minat itu meminta supaya dia ditunjukkan kubur keramat. Katanya dia juga mahu mengenal wali dari itu dekat katanya.
Lalu pendakwah sesat itu dengan sukarela mahu menunjukkan lokasi kubur keramat.Disebabkan tiada orang lain yang berminat , lalu bergeraklah mereka berdua dengan kereta Omar.
Kami memang keliru dengan Omar, Kami cuba abaikan.
Dalam satu jangka masa yang agak lama kereta pun Omar kembali. Kali ini dia bersendirian.
“Aku dah tinggalkan dia kat kubur Bangla tu. Kalau nak sangat jumpa tuhan duduklah dekat kubur keramat tu. Duduk kat sini buat apa. Menyibuk aje.” Kata Omar.
Kami hanya ketawa sahaja.
Sambung Omar lagi
“Entah kubur siapa yang ditunjukkannya. Dah la gelap gelita. Aku suruh dia turun tunjukkan kubur tu. Masa dia turun terus aku tinggalkan dia kat situ”
Cerita ni 4-5 tahun dah berlalu.
Dah lama aku tak nampak batang hidung pendawah terpesong ini.
Mungkin dia sedang bergelak ketawa dengan Ayah Pin sambil membaca komik hentai di Kerajaan Langit bersama para malaikat.
Comments
7 Responses to “Wali Keramat cuba belajar istilah Punkrock”Trackbacks
Check out what others are saying...-
[…] mohdjai 10:54 am Bukan wali keramat. Aku dapat idea untuk cerita sesuatu lepas terbaca post wali keramat dari blog seorang […]
Everyone loves what you guys are usually up too.
Such clever work and reporting! Keep up the very good works guys
I’ve incorporated you guys to blogroll.
tgh tahun ari tu ade satu lagi geng sesat beratip malam rabu dalam gelap
tapi kejap je dah menghilang.
geng ni lagi lawak..
dah tua tahap atuk nenek orang tapi siap salam calit lagi
macam salam ngan geng skinhead zaman dulu2
hahaha
dia tak blajo ilmu klon tu..
dia blajar ilmu merubah muka dia jadi tok guru.
dia da bosan jadi murid kot
rasenyer dia dah berjaya blajar ilmu kagebunshin no jitsu…
lepas ni ada byk laa klon dia..
hahahaha…
dia tgh belajar ilmu naruto skarang ni..
Hohohoho…
koy rase dia dah jadi pelukis komik hentai yg berjaya laa skrg ni…