kejahilan itu bersifat infiniti.


Kepandaian itu memang terhad dan terbatas , tapi kebodohan dan kejahilan itu sifatnya infiniti.

1671866739_ed30e42348

 

Sebelum masjid ini menjadi besar, ia cumalah surau kecil.

Itulah tempat aku belajar mengaji dengan seorang ustaz.

Ramai anak murid ustaz ni.

Mungkin cecah ratus agaknya.   

Sekolah rendah memang zaman poyo. 

Biasanya budak-budak perempuan kena mengaji dulu , sebab mereka kaum yang lemah . Ini juga termasuklah golongan budak-lelaki lelaki yang sivik, bermoral tinggi , berdisiplin dan golongan separuh lelaki.

Mereka secara sukarela akan mengaji dulu, kemudian  terus balik rumah. Mereka juga selalu ingat pesan ibu, Jangan ambil cokelat dari orang tak kenal.

Sementara itu, budak- budak lelaki aggresif maskulin akan terus  berekspirimental dengan permainan hiperaktif mereka.

Hari bersejarah tu ada seorang budak membawa mancis , tak perlu fikir panjang. Permainan hari itu dah tentulah berkaitan masak -memasak.

Mula masak air dalam tin Milo saiz besar. Tak cukup thrill.

Kebetulan di tepi surau ada orang bela seekor kuda. 

Merebus kuda memang tak logik tapi memasukkan taik kuda kedalam tin Milo adalah idea mantap yang sangat mengkagumkan.

Bergotong -royonglah kami memunggah dan  memasak taik kuda.

Seronok tengok taik kuda yang menjadi sebati dengan air. Nampak hijau dan segar.

Cuma satu yang aku tak suka.

Aku dah tak ingat angkara siapa dan dari mana datangnya idea bengap untuk menutup rapat tin Milo dengan penutupnya.

Kesan sampingannya adalah penuh dengan kejutan .

BOOOM !!!! meledaklah satu letupan. 

Dan kami tak perlulah berebut. Percikan airnya memang diagihkan secara adil dan seksama.

Tompokan air hijau itu dikongsi sorang sedikit.

Begitu juga dengan baunya yang penuh kejutan itu.

 

Lupa nak cerita , ustaz aku dah tak ada.Dia dah meninggal .
Dia selalu rotan aku tapi suka sebab dia baik , He is a great man. 
Semoga dia diletakkan dikalang orang-orang yang beriman.
Amin.
Comments
3 Responses to “kejahilan itu bersifat infiniti.”
  1. fakyew berkata:

    macam gampang

  2. adiospunk berkata:

    bukanlah ..
    itu untuk buat laporan ke ‘KARMA POLICE’ sebab sesetengah perkara ni perlu dilunaskan secara cash

    misalnya kaki minum macam aok , karma polis akan buat perut dia nampak macam busung..

    err rumah aok ada cermin kan?

    hahahaaa

  3. fakyew berkata:

    peti surat polis tu untuk 2 kegunaan. masjid dan rumah yang berdepan dengan masjid.

    haha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: