Saintimistik Hanyalah Satu Halusinasi


Pernahkan kamu mengalami gangguan makhluk halus sewaktu tidur?

Bila kamu terjaga dan separuh sedar. Mata kamu terbuka dan masih mampu melihat sekitar dengan jelas tetapi merasakan tubuh kamu kaku dan tidak dapat bergerak.

Kemudian kamu mula merasakan sesuatu yang berat sedang menindih di atas dada kamu. Dan perlahan-lahan makhluk berbulu menampakkan wajahnya. Ianya sangat jelas dan betul-betul di depan muka kamu. 

Kamu mula berasa takut. Kamu tahu itu bukan mimpi. Ia benar-benar realistik. 

Beberapa minit kamu akan cuba melepaskan diri kamu. Segala ikhtiar secara fizikal dan spiritual untuk bebaskan diri.

280px-john_henry_fuseli_-_the_nightmare

Kamu hanya mula berasa lega bila merasakan kamu dilepaskan perlahan-lahan.

*      *      *

Aku pernah mengalami keadaan seperti ini hampir sepuluh kali. Semua orang yang aku tanya akan memberikan jawapan serupa.

Aku adalah mangsa Hantu Tindih. Sejenis hantu yang kurang publisiti kerana belum pernah difilemkan oleh pengusaha filem tempatan.

Sebenarnya ramai orang di sekeliling aku pernah mengalami ganguan seperti itu.

Hantu Tindih sebenarnya berada di seluruh pelusuk dunia. Tetapi dalam versi yang berbeza mengikut persekitaran setempat.

Sekiranya kamu malas nak menghabiskan masa 8 minit dari waktu hidup kamu menonton sesuatu dari National Geographic maka biarlah aku ceritakan yang video ini adalah mengenai pengalaman mangsa-mangsa penculikan Makhluk Asing . 

Seperti pengalaman aku dengan ‘Hantu Tindih‘ , semua mangsa penculikan menceritakan peristiwa serupa. Mata terbuka, anggota badan tak mampu bergerak dan nampak makhluk asing .( makhluk berbulu dalam kes aku )

Sebenarnya Dalam dunia saintifik mereka menggelarkannya Sleep paralysis

Ianya berlaku bila otak tersedar dari tidur tetapi otak tak berhubung dengan anggota badan yang lain. Ini menyebabkan seluruh badan menjadi kaku dan tidak dapat bergerak.

Kebiasaannya ia  mendatangkan ketakutan kepada mangsa dan membuatkan mereka mula berhalusinasi.

Seperti biasa halusinasi adalah mengikut daya ketinggian imaginasi kita .

Mungkin kerana aku pernah dengar cerita tentang makhluk berbulu menghempap orang semasa tidur , maka makhluk berbululah yang kelihatan sewaktu aku berhalusinasi.

Imaginasi orang berbeza-beza. Jadi mungkin makhluk yang dilihat itu adalah pontianak, puaka, nenek kebayan atau apa sahaja mengikut pendekatan masing-masing.

Aku pernah mendengar pengalaman serupa dari seorang kawan. Katanya yang menghempap dia sewaktu tidur itu adalah rakan sekampungnya sendiri. Bila diceritakan kepada orangtuanya maka selisih faham terjadi. Orang tuanya percaya yang  rakan sekampung yang dihalusinasikan oleh kawan aku itu telah menghantar ilmu hitam tuju-tuju .

Di Amerika Syarikat kebiasaannya mereka berhalusinasi tentang makhluk asing kerana mereka cenderung dihidangkan oleh majalah dan filem-filem Hollywood.

Di Newfoundland pula mereka akan berhalusinasi tentang nenek kebayan tua yang berada di atas dada mereka.

Di West Indies mereka berhalusinasi tentang hantu seorang bayi kecil yang menindih mereka.

Dan di jepun pula adalah hantu perempuan berambut panjang yang serupa dengan watak dalam filem Ju-on.

Aku memang peminat siri TV popular X-Files. Kerana aku suka pertembungan dua watak utamanya Dana Scully yang berfikiran saintifik dan Fox Mulder seorang berfikiran mistik.

Kamu semua tahu aku akan berada di pihak Dana Scully sebab dia seksi.

Terserah kamu untuk mengikut fikiran kamu sendiri. 

 

 

 

 


Comments
2 Responses to “Saintimistik Hanyalah Satu Halusinasi”
  1. adiospunk berkata:

    aku tebgok tu macam beruk tapi size besar cam bigfoot

    aku saja kasik kau gambaran ..
    lenkali kalau turn kau kena .. boleh lah berhalusinasikan dia

    hehehe

  2. mohdjai berkata:

    Aku pernah alami. Beberapa kali. Tapi tak nampak binatang berbulu. Cuma bunyi-bunyian yang menggangu. Tapi bila terlepas, bunyi tu bertukar jadi lagu yang keluar dari radio.

    er..rupa makhluk berbulu tu macam mana aa ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: