Sejarah Klasik Tentang Trauma
Alang-alang dah cerita tentang keterlibatan aku dalam dunia video games berteknologi 80an. Ada baiknya juga aku catatkan pengalaman-pengalaman holocaust aku pada zaman tu.
Zaman pra-punkrock.
Aku sekolah darjah 3 ( yang ni aku tipu fakta sebab rasanya masa tu aku darjah 4 ) .
Aku menjadi seorang pemain video game prolifik yang lebih banyak memonteng dari pergi sekolah. Aku juga sangat berpengaruh sehingga berjaya menghasilkan seorang lagi teman seperjuangan yang sama berfahaman radikal kekiri-kirian.
Nama dia Malik ( memang nama sebenar ) . Dia budak town . Pergi sekolah tak payah naik bas macam aku. Dia jalan kaki aja.
Untuk menjadi pejuang radikal kekiri-kirian dalam usia muda, kami mesti kena menyusup ikut jalan bawah tanah. Bila semua orang menuju ke pintu gerbang sekolah, kami pulak akan menyimpang ke kiri.
Kemudian salin pakaian preman bagi mengelak dari anjing pengesan. Kemudian merayau-rayau di kaki lima seluruh town sementara menunggu terbukanya pintu pusat video games.
Walaupun Malik muda setahun daripada aku tapi aku suka berkawan dengan dia sebab sama macam aku , Malik juga seorang genius.
“Masa mula-mula cikgu alam dan manusia sebut perkataan ‘fotosintesis’ tu aku ingat kan benda tu sejenis gambar, sebab awalan perkataan tu foto” antara kata-kata Malik yang aku tak pernah lupa.
Aku cuma membalas”Tahan jugak kau ingat macam tu. Aku tak ingat apa-apa pun.”
Biasanya macam itulah perbincangan intektual kekiri-kirian kami .
Bila sampai pintu pusat video games terbuka, memang kami berdualah pengunjung terawal. Malik sebagai sumber kewangan akan tukar duit rm10 lalu menjadikannya segengam duit syiling 20 sen .Kami akan main game sampai lebam.
Di antara alunan merdu bunyi video games yang berbaur bunyi mesin judi bebola Pachinko pernah suatu hari Malik didekati seorang lelaki berbangsa cina berusia lewat 20an. Dia mengenakan seluar carrot-cut yang sesuai dengan citarasa fesyen dari Hong Kong ketika itu. Dia memakai cermin mata ala Sudirman Haji Arsyad tapi keterampilannya nampak macam anggota band Depeche mode. Walaupun seorang cina tapi kulitnya gelap sikit mungkin kerana suka merayau town ketika mentari panas terik.
Aku tak tahu apa yang mereka bicarakan , tapi aku cukup cam akan lelaki cina itu adalah seorang yang aneh. Basikalnya tak ada handle tapi guna stereng kereta dan seat basikalnya pula digantikan dengan kerusi plastik warna oren yang besar gila.
Sesiapa saja yang menunggang basikal ini pasti akan nampak macam bagero.
Lelaki itu tak berkawan dengan orang-orang cina yang lain .
Dia tak ada kawan pun sebenarnya.
Dia seorang freak.
Aku memang pernah nampak dia mengayuh basikal di sekitar town tapi tak pernah nampak dia di pusat video games.
Dia perasan aku asyik tengok dia dengan Malik lalu dia bangun dan berjalan ke arah aku.
“Boleh kasi tolong sama saya.” Katanya lembut semacam nak berkawan. Aku memang tak boleh lupa ayat pertama ketika dia cuba menegur.
“tak , maulah” aku jawab.
Aku tak tahu kenapa aku jawab tak nak .
Dia duduk atas kerusi sebelah aku. Dia terus memsembang dengan aku tapi aku buat tak endah aja. Entah apa butirbicaranya pun aku tak tahu.
Lama dia tunggu aku main games sampai habis.
“Marilah tolong sama saya, satu kali saja ma” dia ulang semula kata-kata tu dengan nafasnya yang berbau beer.
Aku jadi takut. Selesai main aku terus nak menuju ke pintu keluar.
Kali ni dia bangun dan memandang tepat ke muka aku. Suaranya pun jadi garang.
“Kalau lu tak mau tolong sama saya, nanti saya tanya saya punya kawan kasi hantam lu ” dia memberi amaran.
Aku jadi takut. Aku cukup naif buat seorang budak berumur 10 tahun.
“Tolong apa ?” serba salah aku tanya. Kalau ikutkan aku nak lari tapi aku takut dia ajak geng dia pukul aku.
Kemudian dia lambaikan tangan sebagai isyarat suruh aku ikut.
“Mari ikut sama saya”
Aku pun berjalan ikut belakang dia semacam bayang-bayang. Padahal aku tahu dia ke belakang menghala ke tandas.
“Masuk” dia bagi arahan lagi suruh aku masuk dalam tandas.
Mulanya aku menolak sebelum dia tunjukkan pisau. Aku ingat lagi rupa pisau tu macam pisau dalam cerita rambo.
Aku dah cuak gila.
Dia masuk tandas dan tarik selak pada pintu. Dia simpan semula pisau ke dalam poket seluar kemudian dengan rasa tak malu dia buka seluar dan kencing depan aku.
Aku tak tengok. aku pandang ke arah lain. Tak berminat aku tengok konek dia.
Kemudian dia suruh aku buka seluar. Yang ini aku berkeras menolak. Dia nak tolong bukakan tapi aku lagi mengepit dan merapatkan diri aku ke dinding.
“Tolong ma, saya mau hisap” dia memaksa. “Saya punya agama panggil hisap. Saya punya tuhan panggil hisap” kali ini dia merayu. Berulang-ulang kali dia dia cakap benda ni.
Aku memang tak pernah lupa perkataan-perkataan dia . Agama dia suruh hisap konek?. Aku dah jadi tak faham. Agama apa dia yang jenis hisap konek budak-budak ni.
Agama Porno agaknya.
Tak pernah pula aku dengar kawan-kawan sekolah yang berbangsa cina cerita pasal hisap konek.
Otak aku ligat berfikir. Macam mana nak lepaskan diri.
Aku dah tak boleh tahan.
Akhirnya aku pilih bergumpal dengan segala kudrat mempertahankan kejantanan.
Sampai aku berjaya tarik selak pintu dan cuba tolak pintu supaya terbuka. Dia pula dengan segala kudrat fidofil homoseks cuba menarik pintu jangan sampai terbuka.
Aku dah habis mengelupur dan keluarkan segala kekuatan aku.
Kemudian dia mengalah dan aku tak tahu mengapa. Mungkin aku ditakdirkan Tuhan agar terselamat penghormatan aku daripada seorang penganut agama Porno yang satu ini.
Aku ingat lagi dia give up. Dia tumbuk muka aku semasa bergumpal depan pintu. Disebabkan kekuatan tumbukan dia bercampur kekuatan luarbiasa seorang manusia tertindas akhirnya pintu yang aku tolak jadi terbuka.
Aku tak buang masa, tak pandang belakang. aku terus berlari keluar.
Melihat aku berlari , Malik yang sedang asyik bermain games pun lari ikut aku dari belakang.
Bila dah merasa jauhnya dan termengah-mengah keletihan baru aku ceritakan semuanya pada Malik.
Aku insaf.
Aku berjanji tak akan memonteng dan main video games di tempat itu lagi.
Tapi akan terus memonteng dan main video games di kedai yang lain pulak.
Itu kisahnya.
Peringatan selepas membaca : Walaupun aku boleh putar belit segala fakta cerita pengalaman hidup aku sesuka hati sebagai penulis. Tapi aku memang tak menapis sedikit pun cerita yang aku tulis ni. Mereka yang berjaya membaca sampai habis dan dah masih masih berfikiran punkrock is gay , maka aku layak memasuk kaki aku ke dalam mulut mereka . titik!
Jarak antara dara dengan tidak dara tu cuma satu saat sahaja jauhnya.
Itu cuma satu dari segala himpunan cerita aku bertemu golongan homoseksual . Tapi yang ini jugalah paling evil sebab dia seorang homoseksual jenis fidofil.
Aku adalah seorang budak yang membesar dengan pengalaman hitam dan hampir menjadi mangsa rogol jantina sejenis. Dah tentulah aku ada perasaan trauma. Setiap kali orang bercerita tentang homoseksual maka akan teringatlah aku pada wajah holocaust lelaki tu.
Bila teringatkan kes-kes budak perempuan yang hilang tak jumpa-jumpa setahun dua ni entah macam mana pula mereka cuba melawan mempertahankan diri…………………..Tak dapat aku nak bayangkan.
Malik adalah kawan aku yang menghabiskan banyak masa hayatnya keluar masuk pusat serenti akibat ketagihan heroin. Semoga dia dapat pelajari sesuatu tentang fotosintesis kat dalam sana.
Fidofil yang freak tu aku dah tak pernah jumpa lagi tapi aku pernah dengar cerita dia kena belasah sebab terhisap konek adik seorang gengster yang berasal dari kampung yang gengster juga.
Aku pula tak dapat terima kenyataan bila aku cuba mendapatkan bantuan pemuda sekampung yang kononnya gengster yang ampuh . Ada ke patut dia kata:”Dia nak hisap konek kau ke? Apasal tak di berikan aje ?” What the FffK !!!
booooo
adakah yahoomail itu simbol yang durhaka ??
Freak !!!
pengguna gmail adalah kool tapi
penyembah gmail adalah poser… macam lu
aok ngan jai la kacip. boooo yahoomail!
pengguna email yahoo dah kacip?
kacip apa?
kacip dengan penganut agama porno tu ker?
konfius??
elok la. pengguna email yahoo dah kacip.
post ni buat koi nak dengar lagu ANALCUNT… huhuhu
mungkin la kot.
pelik betul perilaku manusia ni kan?
haha! gila seram cerita. Tu penganut agama porno mazhab homo gamaknya.