Untuk terbang kita harus melawan graviti


Tak macam muzik hardcore, punkrock jarang sekali bercerita tentang old school dan new school

Jadi dalam diri aku cuma ada cerita tentang  rendah school dan menengah school.

Rendah school bukanlah masa sesuai untuk mengembara lalulintas alam muzik sampai ke akar umbi. Aku hanyalah seorang budak comot yang sama macam kebanyakan rakan sebaya yang fokus untuk pergi sekolah dan makan pada waktu rehat dan balik pada waktu balik.

Menjalani hidup comot di zaman  rendah school. Aku juga pernah punya satu cita-cita.

Aku nak jadi seorang Pilot jet pejuang.

Seorang pilot yang akan mempertahankan negara dari ancaman musuh.

Untuk menjadi seorang pilot yang mahir , mestilah kena banyak berlatih.

Dan sejak rendah school darjah 2 aku dah giat menceburkan diri dengan latihan jitu . Hari-hari aku pandu kapal terbang di Pusat hiburan video game jenis arked sekitar pekan.


rendah-schoolgif

game favourite aku zaman tu

 Memang betul, nak mahirkan diri mesti kena banyak latihan. 

Tapi dalam pusat hiburan video game ni ada tersembunyi berbagai-bagai lagi cita-cita indah. Tapi kena sesuaikan diri dengan keadaan. Kalau nak jadi askar , Gangster, pahlawan purba dan sebagainya.Carilah latihan sesuai.

Cita-cita asal aku untuk jadi pilot kapal terbang ditinggalkan kerana aku jumpa satu lagi cita-cita yang lebih tinggi nilai moralnya. 

Aku nak jadi kaya dan beli jet peribadi. Tapi kena merangkak dari bawah dulu. Aku tak suka buang masa untuk mencuba nasib dengan mesin jackpot.

slot machine

versi-aku-main-lagi-otai

Ketagihan main mender ni dibawak sampai tua berjanggut. Banyak dah aku laburkan . Kira sendirilah dari rendah school sampai awal 20an.

Kalau dihitung secara metamatiknya duit tu cukup untuk aku beli 3 bijik mesin jackpot ni untuk dibuat hiasan dalam bilik aku. Mungkin lebih kot?





Comments
2 Responses to “Untuk terbang kita harus melawan graviti”
  1. adiospunk berkata:

    panjang ceritanye revolusi mesin kuda
    dari 20 sen sampai singgit
    siap ada versi kuda hujan,
    belum kira game mahjung, big two , jackpot buah nangka warna biru.

    cerita 4 hari 4 malam pun tak habis

  2. mohdjai berkata:

    haha! Tu belum campur mesen kuda. Ke layan jackpot saja ? genting abis!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: