Keep Punk – burn out the street justice


Menjadi seorang Punkrocker di kawasan pendalaman memanglah satu pekerjaan yang meletihkan.

Selain terpaksa berhadapan dengan puaka-puaka dari alam darkside aku juga terpaksa berhadapan dengan segala jenis golongan Barbarian pathetic, kaum gasar primitif dan para warlord separa viking dari kampung sekitar.

Aku tak ingat tahunnya dengan tepat, tapi ianya ternyata bukan dari zaman handset skrin berwarna.

Ia berlaku di satu era yang jikalau kamu tidak bersongkol dengan IRC Chatroom, maka kamu akan dilabelkan sebagai seorang poser.

Dan sekiranya kamu bukan pengunjung harian pusat snooker , kamu akan dipandang oleh kawan-kawan kamu sebagai kafir.

Maka jadual hidup seorang punkrocker itu jadi semakin padat .

barbarian4

Ceritanya bermula dengan alam darkside terlebih dahulu.

Kononya ada satu makhluk jadian yang sering masuk kampung-kampung sekitar. Selain mencuri dia juga suka merogol. Selera seksualnya tajam. Tak pilih bulu. Lurus ataupun kerinting. Anak dara sunti boleh ataupun mak cik tua  pun boleh. Dia akan sapu bersih.

Dan ini telah menyebabkan anak-anak muda terpaksa menjaga kampung-kampung mereka  pada waktu malam. Jadilah mereka warlord dan barbarian. Pernah juga dengar cerita pertarungan antara warlord dengan makhluk perogol bersiri tu . Tapi bila tertangkap dan separuh nyawa dibelasah, ternyatalah mangsa mereka adalah pencuri amatur kelas 3. Yang biasanya cuma curi daun betik untuk dijadikan bahan beriadah. 

Sama macam warlord kampung, pihak polis beraksi serupa dengan membuat sekatan di jalanraya utama.

Yep! yang ini tak cool. Kami perlu melepasi road block untuk ke pusat snooker. Masalahnya tak ada seorang pun dari kami berenam yang ada lesen memandu waktu itu.

Malam semakin larut .

Sebiji van bewarna biru nampak bodoh bila tak mampu berganjak kemana-mana pada pukul 12 malam,

3 orang punkrockers , 1 mat rempit novice , 1 penyembah metalicca dan 1 dewa judi juga ikut sama tepu bila kehilangan harapan dan semangat. Kami semua berkongsi impian yang sama. Hala tujunya adalah pusat snooker.

“Guna pelan B je lah , kita ikut jalan pintas redah jalan kampung” kata dewa judi yang sangap main mesin kuda.

“Gelap kena lalu ikut jalan kubur ?” kata penyembah metallica yang juga merangkap driver.  

“habis daripada lalu kat road block dah tau kena tahan. Kalau kat kubur belum tahu lagi . Entah-entah tak jumpa apa-apa pun” Kata dewa judi dengan penuh cahaya pengharapan. Cahaya mesin kuda.

“Betul jugak kata dia tu. Lagipun tak rugi mencuba” aku cuba yakinkan. 

Kami punkrockers cuma penumpang.Aku duduk sebelah driver. Seat untuk insan terpilih. Kat situ aku paling tua. Dan idea aku jarang ditolak. Sebab aku seorang yang kool.

Maka bergeraklah van biru menyusur jalannya dengan gagah menuju ke pusat snooker. Simpang jalan pintas yang hendak dilalui tu memang cukup gelap. Tak ada lampu jalan. Yang ada cuma lampu van yang membelah gelap malam. 

Di kiri kanan cuma ada kuburan .

Memang terdahulu dewa judi dah berpesan dengan menggunakan teori warisan keluarganya.

“Kalau nampak orang kat area kubur tu kena pastikan dulu. Kalau berdiri di tepi kubur tu maknanya manusia, kalau berdiri atas kubur tu bukan.”  Kata dewa judi yang sememangnya dah biasa dengan jalan tu.

Dan van biru terus berlalu meredah malam. Dan semakin jauh meninggalkan tanah perkuburan. Masuk ke kawasan kampung.

Tak banyak rumah di kampung ni.  Dan peristiwa tragis sebenar pun bermula.

Jalan yang sempit memang membuatkan van biru tak mampu bergerak laju. sesekali melintas di sekitar rumah kampung kenalah perlahankan sikit kelajuan yang dah sememangnya tak laju.

Tiba-tiba tesergam depan kami adalah sekumpulan warlord kampungan memegang parang , cangkul , lembing, keris , pisau toreh getah, buluh runcing beserta segala alatan bondage yang lainnya.

Muka kami semua jadi hijau kekuning-kuningan. Van biru dah kena kepung. kami memang dah tak boleh lari. Dan kami memang tak terfikir nak lari. Malah kami memang dah hilang kuasa berfikir.

Terkuaklah ke depan seorang yang keterampilannya macam seorang ketua kampung merapat sambil memegang senapang. Ya ! memang dialah ketua warlord Kampung Gantok.

“Ni nak kemana ni” sergahnya. Sambil menyuluh muka seorang demi seorang.

Kami semua dah blank. Tak tau nak tipu apa. Takkan nak jawab kami nak pergi main snooker dalam kampung dia. 

Bila torch light dipegangnya  menyuluh muka driver si penyembah metallica . Terus dia menghalakan muncung  senapangnya.  

“Inilah orang yang kita cari” jeritnya. Serius.

Maka ketua warlod jahanam tu pun mulalah membuat andaian sendiri. Setiap kali kami cuba menerangkan keadaan dia akan bangkang serta-merta.

Merujuk kepada muka si penyembah Metallica yang memang hitam macam niggaz hip hop aku tak kata apalah kalau dia disangkakan orang minyak yang sedang cari-cari oleh puak warlord ni.

Tapi memang sial ! Disebabkan dia datang dari kiri . ini bermakna  akulah yang paling hampir.  Muncung senapang tu cuma 2 inci aje dihalakan tepat ke arah muka aku. aku dah naik cuak. Aku tak berani pandang. Cuma menyumpah seranah dalam hati. 

Aku yang paling tua jadi terpaksa berfikiran rasional. Aku cuba yakinkan kawan-kawan aku ni supaya jangan buat-buat cerita. Beritahukan kebenaran je supaya cerita tak bercanggah sesama sendiri.

Kalau ikutkan idea penyembah metallica yang I.Q sifar tu mahu aja dirempuh orang tu semua.

Aku cuba fahamkan dia yang ketua warlord tu takde hak nak tembak. Kecuali kalau dah langgar lari tu maka secara automatik dia akan dengan sukarela menembak.

Nampak kat muka dia pun dah tau memang muka sangap nak menembak orang. 

Nasib baik kami tak dibelasah macam pencuri daun betik kena kat kampung yang sebelah lagi.

Ianya adalah satu malam yang cukup panjang dan masa betul-betul tepu dan bergerak macam pemalas.

Kami ditahan dan disoalsiasat oleh kehakiman kampung. Kemudian menunggu polis untuk mengangkut kami ke balai.

TRUST ME ON THIS – Bila keadaan serabut semasa ditahan penguasa kampung yang berfikiran kolot dan berpakaian macam Tarzan dan berfikiran macam cheetah. Percayalah yang kamu semua sangat mengharapkan anggota polis bertauliah datang untuk menyoalsiasat kamu secara adil.

Dan polis semuanya kool sebab terima kenyataan kami yang tak berbelit-belit semasa disoalsiasat di balai polis. 

Kami cuma dibebaskan sekitar pukul 5:30 pagi selepas pihak polis berpuas hati dengan kenyataan kami.

Cukup lama kami main snooker malam tu.

Dan macam biasa. Esok hebohlah cerita keperwiraan ketua kampung kaum gasar tu berjaya menangkap 6 orang pencuri yang sedang memanjat rumah orang.

BULLSHIT !!

Rasanye pathes DOOM -POLICE BASTARD tu dah tak sesuai aku tampal pada beg aku kerana lebih relevan kalau aku tampal pathes KEEP WARM – BURN OUT THE PENGHULU KAMPUNG GANTOK 

burn-the-rich

Comments
4 Responses to “Keep Punk – burn out the street justice”
  1. adiospunk berkata:

    Ohh!! lu tau dia ada penyakit gaut yerk !!
    nampaknye otak lu dah makin meningkat 2 %
    Bravo ..

    kurangkan minum beer banyakkan membaca
    kohkohkoh

  2. fakyew berkata:

    aok sayang kat penyembah metallica aka penyembah gout sebab dongengan rocketman dia tu kan?

  3. adiospunk berkata:

    Tu lah pasal nak cerita tu.
    Kalaulah malam tu kami ditawan oleh warlord kampung jenis kanibal , mesti dah tak sempat nak taip kat sini sebab kemungkinan tangan kami dah kudung dipatah2kan.

    Perspektif aku pada polis pun berubah .. aku cuma benci polis korup je.

  4. mohdjai berkata:

    pengalaman yang cukup untuk membuatkan orang lain yang tak pernah terlibat rasa benci pada warlord kampung.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: