Cucur kodok adalah satu penghinaan buat seorang prajurit Punkrock


 

Bila aku bercerita tentang Cucur Kodok . Aku dapat rasakan dari deria ke-6 yang setiap manusia yang berakal sihat tahu membezakan antara cucur kodok dengan sebijik buah pisang , garfu , pinggan dan tisu ( sila rujuk gambar sekiranya masih keliru ). 

Mungkin namanya tak cukup komersial dan rupa bentuknya penuh otot-otot perkasa itu menjadikan ianya tak cukup fotogenik untuk diiktiraf sebagai makanan tradisional kebangsaan.

Dan bukan pula aku nak mengatakan ianya kuih tempatan paling punk kerana ia menolak populariti. Tapi aku pernah  berasa sangat terhina kerana cucur kodok. 

 

kuih_kodok3

 

Berbalik ke zaman gelap . Saat jiran tetangga semuanya berfahaman ortodok . Dan aku pula tak bekerja atas alasan cuba menghayati falsafah hidup hippies peringkat beginner. 

Mereka semua memang cukup kampungan. Sentiasa memandang serong pada makhluk jobless. 

Atmosfera sekeliling mereka memang sarat dengan fikiran Khurafat . Mereka hafal segala jenis puaka . Satu legasi panjang warisan  nenek moyang. Imaginasi mereka lebih kreatif daripada dunia  Harry Potter yang penuh dengan kesaktian kuasa magis.  

 

star

Dan aku paling benci dengan seorang mak cik bermuncung rasaksa terutama bila rumahnya dimasuki pencuri .

Aku juga paling benci dengan bomoh yang mak cik tu jumpa sebab dia menilik kebodohannya dalam air yang kononnya menimbulkan bayangan muka aku yang sedang mencuri.

Dan mak cik tu menghebohkan cerita tu semacam dia dirompak sampai papa kedana. Padahal pencuri tu cuma masuk dalam rumah dan goreng cucur kodok aje sebelum berambus .

 

oh , mak cik , betapa bodohnya kau sebab tak menghayati hidup seorang hippies.

Menggoreng cucur kodok itu pun dah dikategorikan satu kerja berat untuk orang macam aku. Lagipun rumah aku pun berlambak lagi tepung yang mak aku beli. Dan aku tak minat nak goreng sebab menggoreng cucur kodok bukanlah kerjaan yang cool buat seorang hippies beginner macam aku.

Di sinilah titik tolak dalam hidup aku supaya membenci dunia tahyul , khurafat, polong, puaka , jembalang.

Bermula dari saat itu juga aku tak pernah berhenti mencuci otak aku  supaya dibuangkan semua benda-benda tahyul sampai jangan tinggal ada sisa.

Pengajarannya jelas dalam kisah aku ini.

Seorang Hippies/punkrocker walaupun jobless adalah seribu kali lebih mulia hidupnya berbanding seorang bomoh yang hidupnya cuma tahu menipu untuk dapatkan wang.

Bomohlah yang sebenarnya loser.

Comments
2 Responses to “Cucur kodok adalah satu penghinaan buat seorang prajurit Punkrock”
  1. adiospunk berkata:

    mak cik rasaksa ni ultraman pun dia boleh telan kalau dia mau.
    nasib baik aje ultraman tinggal ada kat jepun.

  2. fakyew berkata:

    makcik mana ni? esok cerita la kat goreng pisang sambil makan kuih kodok.

    hahahahahahahahha tapi koi rasa macam tau je makcik mulut resakse tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: