Seindah zaman batu ( Kangkang ).


solarworship-full1

Positif ! Aku dilahirkan pada suatu era yang ahli arkeologi sepakat menamakannya dengan Zaman Batu.

Namun zaman batu ini terbahagi kepada bermacam peringkat. Zaman batu awal, zaman batu pertengahan , zaman batu akhir , zaman batu awal setengah pangkal dan macam-macam jenis batu yang dinamakan sesuka hati oleh ahli arkeologi.

Tapi aku bukanlah lahir sezaman dengan manusia kuno era jurasik, primitif.

Secara spesifiknya , aku dilahirkan pada zaman batu kapak tapi rasanya lebih merdu disebut Zaman Batu Kangkang. 

Ianya adalah zaman kuno bila abang dan kakak-kakak aku semuanya terampil dengan gaya manusia pra-sejarah. Rambut panjang dan kembangnya macam dinosaur.  

Yang diorang jadikan berhala masa itu adalah manusia kuno yang sama species berambut kembang . Tapi jenis bernasib baik muka mereka tertampal di muka depan majalah. Main gitar sambil terkangkang, yang menyanyi pun terkangkang dan ada juga yang bermain drum akan tetapi tak jelas kedudukannya. Terselindung jauh dibelakang. Mungkin terkangkang dan mungkin juga tidak.

Zaman Battle of the bands.

Itulah kegemilangan era Batu kangkang . err rock (batu). apa-apalah.

Janji batu (rock).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: