Punkrock telah mengajarku permainan paling tak bertamadun dalam sejarah manusia.


cow-punk-dude-6

Semasa aku menganggur pada zaman Jahiliah dulu , hidup memanglah tonggang-terbalik. Waktu siang tidur hilang ingatan tapi malam kembali menyerlah menjadi manusia.  Tapi tak kisah sebab ada ramai teman senasib .

Bila hidup cuma waktu malam , segala aktiviti memanglah terbatas. Kedai sekitar taman perumahan semua dah tutup. Lampu rumah-ramah yang semakin suram. Dari kejauhan taman ini nampak macam Gotham City.

Kalau setakat ikutkan jadual harian memanglah bertenggek di ibu pejabat ( Bus Stop tepi jalan besar ) sambil main gitar menghiburkan orang-orang yang dah hanyut  ketiduran. 

Sesekali isikan ruang dengan lagu The Bollocks , disilih-gantikan pulak dengan lagu Propagandhi, Nofx , arwah Kurt Cobain dan sesekali splitkan dengan lagu XPDC dan kadang-kadang terlajak sampai lagu Ella and the boys. 

Tapi bila hari-hari dah macam sama, mulalah bosan .Dan setiap kali bosan itu datang , maka akan datanglah bersamanya idea-idea bodoh dan tak senonoh. 

star

Pernah sekali main menyorok pada pukul 3 pagi.

Memanglah tak masuk akal. Kata orang tua-tua nanti hilang disorok dengan hantu kopek ( sejenis Pamela Anderson dalam bentuk jembalang ).

Tapi aku berani kerat jari yang hantu kopek pun boleh pencen dari jadi hantu kalau manusia yang menyorok sampai ke atas atap rumah dua tingkat dan paling tragis bila mereka semua balik sambil menyorok di rumah. Kejam sungguh .

star

Pernahlah sekali tu main hantu pocong. Sejenis permainan tak bertamadun yang diciptakan sendiri secara kreatif.

Sekitar pukul 3 pagi memanglah kereta yang lalu-lalang cuma sekali sekala . Suasana kelam sunyi memanglah sesuai.

Untukmenghidupkan mood seram seseorang terpaksa balutkan diri dengan kain selimut putih yang di bawak dari rumah. Pocong jadian ini mesti panjat dan berdiri tegak atas atap bus stop di tepi jalanraya .

Kemudian yang lain harus sembunyi di sekitar. Tunggu dan tengok reaksi kenderaan semasa diorang terserempak dengan jembalang pocong.

Kena mengamalkan corak permainan bertahan , segala suara dan ketawa kena simpan. 

Hasil dari pengamatan aku , kereta-kereta bukan terus memecut seperti yang aku sangka , tapi rata-ratanya bergerak macam biasa , mungkin mereka pun curious bertambah cuak agaknya.

Tapi impaknya permainan ni akan kedengar di sekitar kedai kopi esok lusa . 

               bus stop tepi jalan tu keras berpuaka, berpenunggu.

 

Ntah apa penunggu pun tak tau . Cerita tahyul memanglah bergerak deras. Padahal , kitorang tak rasa suspen pun. Kitorang dah tau rahsianya.  

Kamilah jembalang tanah . 

star

Main polis sentri andalah yang paling popular sepanjang hayat.

Dalam permainan ini semua orang adalah pemenang kecuali polis.

Mungkin sebab kerjaya polis yang selalu mengejar membuatkan mereka tercicir di belakang. Macam sukan lumba lari , yang terkebelakang lazimnya dikira kalah.

Permainan ini paling digemari kerana debarannya bersifat realism . Main polis sentri malam ini dengan polisyang betul- betul. Cuma perlu cari public phone dan mendail terus ke 999 .  Untuk seru mereka datang kenalah buat suara macam bapak orang .   

       ” Encik boleh tengok-tengokkan sikit bebudak kat Taman  ^$&(* . Bising sangatlah , nak tidur pun susah “

Confirm 10 minit lagi patrol car sampai. Tapi biasanya lagi cepat daripada tu.

Dan akan berkejar-kejarlah kami ke sekeliling taman perumahan .

10 hingga 20 minit .

Penuh aksi James Bond .

panjat memanjat.

menyusup ke lorong sempit yang tak telus kereta .

Dan penutupnya balik ke rumah.

Sampai sekarang pun aku tak tahu , polis-polis tu terhibur ke tak semasa aksi kejar mengejar tu. Yang pasti kami semua ketagihan permainan ni.

Dan kami kenal selok-belok taman tempat kami tinggal dari setiap jalan-jalan pintas hinggalah setiap urat-urat tanah . Dan kebarangkalian tertangkap hanyalah 1% .

Dari lebih 20 kali kejadian kejar-kejar belum pernah ada yang mencatat sejarah kecundang dan tertangkap.

 

star

Malam pesta sosej adalah permainan yang paling tak senonoh dalam sejarah ketamadunan yang pernah aku terjebakkan diri. Dan sampai sekarang aku tak tau nak namakan permainan tu dengan tepat. 

Ianya bermula di Bus Stop . Memang yang sama dengan bus stop pocong.

Bukannya marah pada gelap malam , tapi lampu kenderaan yang sesekali melintas  lalu memanglah menyilaukan .

Bila seorang kawan dengan hangin rapatkan diri ke bahu jalan sambil menutup muka dengan bahagian baju dan terus londehkan seluar dan mengancungkan konek ke  kenderaan yang lalu . Suasana jadi kelakar .

Hilai tawa kami tiga kali ganda lebih kuat dari biasa.

Malam tu mereka semua habiskan masa dengan mempamerkan konek di tepi jalan. mula-mula masuk acara solo . Kadang-kadang 2-3 orang buat serentak . Kemudian dah macam hari keramaian .  Tak ubah macam pesta sosej .

Tindak balas pemandu yang dihidangkan dengan tayangan percuma tu tak tau lah. Tak tahulah bapak orang ke , emak orang ke , anak orang ker .Mungkin mereka gembira dan hilang rasa mengantuk agaknya.

Dan ternyata permainan tu tak dapat dipraktikkan selalu.

Dan kereta yang terakhir dihidangkan persembahan itu adalah kereta polis . Disebabkan permainan itu belum pernah disambung ke musim ke-2 maka polis tu secara tak langsung menjadi saksi terakhir pesta konek itu.

Dan malam tu memang paling berdarah mengikut sejarah setempat , kami dikejar dua tiga biji patrol car. Memang diorang dah terima laporan agaknya . Kalau hari kebiasaan tak ada  anggotanya yang siap keluar kereta dan berlari mengejar kami.

Malam tu juga kami catat sejarah lari tak cukup tanah.

siap ada menyusup dalam kebun getah .

meredah paya .

sembunyi dalam longkang  .

Dan segala ushasa terdesak yang lainnya untuk menyelamatkan diri.

Hari tu jugak adalah catatan masa terbaik kami .Belum pernah kami main  polis sentri dan dihambat hampir 2 jam.

Walaupun kekal rekod sifar tangkapan . Tapi hari tu badan kami semua lebam-lebam , luka-luka , calar-calar , Badan bau longkang , kaki terpalit lumpur . 

Menoleh semula ke malam bersejarah tu , rasanya sampai bila-bila pun bila diceritakan semula mesti jadi cerita lawak jenaka paling nostalgik dalam sejarah hidup.

Kami memang sepatutnya diceritakan oleh Nofx dalam lagu mereka. Kami main permainan paling punkrock, lama sebelum Jackass mengutip keuntungan berjuta dollar dengan aksi lawak bodoh mereka.

Comments
9 Responses to “Punkrock telah mengajarku permainan paling tak bertamadun dalam sejarah manusia.”
  1. adiospunk berkata:

    ohh boroi orang lain kau nampak yek .

    huhuhuhu

  2. kerba_bala berkata:

    Palahotak anda.
    sungguh tak cool cadangan anda itu.
    bukan apa, konek fakyew tak jelas kelihatan dek di sedut perut sihat dia.
    hahahahahaha.
    bukan tandingan koy.

    weh, check:
    http://dudeisthebstrd.blogspot.com/
    akhirnya…
    koy dah terjebak.

  3. adiospunk berkata:

    woi paloh .
    hahaha

    aku dah berenti main tunjuk konek ..

    apa kata lu ngan mamat fakyew mulakan permainan tu musim ke-2

  4. kerba_bala berkata:

    laknat..
    haram jadah punye komen!

  5. adiospunk berkata:

    macam jubur ..
    paloh tu aper .. ohh !! rakan tunjuk konek lu kat ym ke

  6. fakyew berkata:

    skang lu main tunjuk konek dengan paloh kan? hahahahaha. pornist!

  7. adiospunk berkata:

    mase tu lu budak-budak lagi ..
    kalau lu lahir 4-5 tahun awal .. lu pun sekali main tunjuk konek

  8. fakyew berkata:

    hahahahahahahahahha

Trackbacks
Check out what others are saying...
  1. […] semula cerita ini Pernahlah sekali tu main hantu pocong. Sejenis permainan tak bertamadun yang diciptakan sendiri […]



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Temerloh punkrocker

    images
  • Menembus tembok silam Adios

%d bloggers like this: