Jose Rizal the Movie
Dulu time sekolah aku perasan nama Jose Rizal. Sebagai bapa kemerdekaan filipina macam tertulis kat dalam buku teks. Tapi dari yang aku baca tak nampak sangatlah gambaran kehidupan dia . Maklumlah membaca … dah tentulah kita kena imaginasikan sendiri keadaan kat sana berpandukan otak kita sendiri.
Untung dapat tengok movie , kagum aku dengan mutu filem filipina kecuali Jose Rizal di layar gergasi ni nampak jauh lebih handsome dari foto klasik yang tercetak pada buku teks sejarah.
Maka bercampurlah antara semangat patriotik, rebel, ditambah dengan sedikit mitos dan lagenda urban dalam filem ini.
Ada ke dia kata Jose rizal menangis semasa dalam kandungan sebab terlalu sedih mengenangkan nasib bangsa filipina . Paling tak faham malam sebelum dia dihukum mati dia sempat bertengkar dengan kerektor yang diciptanya sendiri dalam novel.
Walaupun aku bukan orang filipina tapi aku tumpang sedih masa dia menjadi korban penjajah di lapang sasar.
Long live Katipunan, Long Live Dr Jose Rizal.