seharian bersama Nofx
Tahun lepas tengok Nofx main live kat KL. Itulah satu-satunya acara yang hebat untuk aku kenang 2007 sebagai tahun pesta.
Pertama sekali dapat berita dari seorang kawan . Aku terus check tour date kat dalam laman rasmi diorang. Sah ! diorang ada letak KL dalam jadual . Termasuk bandar-bandar utama Asia Pasifik yang lain kecuali Bangkok.Kesian je aku tengok komen budak Siam tu dengan muka sedih kata kalau dia ada duit dia nak ajak Nofx main kat Thailand. Sorry dude. Lu memang patut jeles.
Berita tu buat aku tak boleh tidur mengenangkan NoFx yang aku gilakan sejak 10 tahun dulu akhirnya singgah kat KL . Apa baju aku nak pakai ? Baju Propagandhi ke nak pakai baju Face To Face ?
Semua kawan-kawan yang seirama dah aku sebarkan berita kedatangan Nofx. Dan gerombolan yang sedia ada kat KL pun dah bersedia untuk ikut serta. Dan ternyatalah pada hari keramat tu , Temerloh dah penuhkan crowd di segenap penjuru.
Gigs bermula dengan Y2K. Kugiran bertopeng yang nyanyi 3 buah lagu. Yang kalau boleh kitorang suruh dia jangan nyanyi langsung .Bila diorang cakap ‘This is our last song’ . Aku jerit kuat ‘Yes’. sampai diorang sendri tersentak.
Padan muka , biar diorang tau yang telinga aku tak sanggup diperkosa oleh bunyian yang tak menghiburkan.
Apasal band ni pulak yang open konsert ? Kalau Carburator Dung baru sesuai.
Giliran King Lychee dari Hong Kong pulak melambatkan masa dengan lagu Hardcore yang ketingalan zaman.
Letaklah apa band pun Hardcore sejak 20 tahun dulu memang tak ada benda baru . Tak hairan yang budak Hardcore tak bertahan lama. Berdasarkan pemerhatian yang terdiri dari kawan-kawan yang dulunya Hardcore sejati tapi sekarang jadi MTV.
Dan akhirnya King Lychee yang sibuk dengan perjuangan ASIA UNITE tu akhirnya mendapat pembalasan setimpal apabila penonton barisan depan menjerit FUCK UNITY.
Mesejnya jelas, budak Punkrock bukan peduli dengan politik. 2-3 kali cakap tentang fasis dan rasis cukuplah . Diorang paham sendiri kalau diorang bijak .Tak payah la nak sebut dalam semua sepuluh lagu dalam setiap sepuluh album.
Cuma amoi botak King Lychee je ada kelainan . Sekali dia slam semua crowd hulur tangan menyambut dan tangan -tangan lain pun hulur gak nak meraba termasuk tangan aku. Botak pun botak la.
Bila turn Nofx sampai crowd dah menggila .
‘Please play this song on the radio.’ jerit seorang budak.
Dan lain-lain menjerit ‘NoFX, NoFX’.
Lama betul soundman diorang setting instrument. Sampai part seorang crew organizer cakap dalam bahasa inggeris yang NoFX tak kasi sesiapa ambik gambar. Dan tak semena-mena soundman tu pergi kat mikrofon dan cakap
“NofX didn’t say anything about camera. NoFX loves camera” .
Yang membuatkan krew tu kantoi . Diorang sendiri yang tak kasi bawak camera sebenarnya. Nak pulun sendiri semua gambar NoFX . Gila kuasa . Nak buat duit agaknya.
Lalu semua crowd menjerit lagi kuat “NoFX, NoFX”
SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH KEPADA NOFX YANG TELAH MELIBERASIKAN MEREKA DARI KEJAHATAN PENGAJUR ANTI-CAMERANISM.
Bila NoFX betul-betul muncul bawak lagu linoleum . Dah tibalah masa untuk aku pogo . Dan ramai crowd yang nyanyi sama. Bila selesai je diorang bagi reaksi terkejut sebab ramai orang reti nyanyi lagu tu. Diorang cakap kat philipines takde yang reti.
Baru Fat mike tau yang fan NoFX kat Malaysia ni cool.
Bila crowd bahagian depan panjat stage aku tak ketinggalan. Macam tak sangka aku cuma 3 kaki je jarak ngan idola-idola aku. Lantaklah orang kat belakang tak nampak . Bukan masalah aku.
Dari jarak sedekat itu aku sempat cakap ke Fat Mike “Next time , bring Propagandhi” tapi aku tak jelas apa yang dia cakap sebab crowd yang bongok tu bising betul . Ganggu perbualan kami.
Dan tugas aku hari tu . Bila lagu yang aku tak reti nyanyi aku turun pogo. Kalau aku reti nyanyi aku pergi rapat semula untuk nyanyi sama .lepas tu cari lobang nak panjat stage yang crowded gila tu.
Bila dia nyanyi lagu favourite aku , PERFECT GOVERNMENT aku nyanyi lagi kuat kat depan muka dia . Dia pandang aku seakan bagi isyarat yang aku nyanyi betul.
Seorang mamat yang duduk kat tepi stage tu hafal semua lagu buat aku jeles je. Nyesal aku tak hafal . Satu persatu lagu berlalu BOB, Franco Unamerican , kill all the white man dan macam-macam lagi. Cuma satu lagi killer song yang diorang tak main.
“liza and louie” aku jerit.
Tapi diorang taknak main lagu ltu sebab bertemakan lesbian. Dan terdengar kat belakang ada mamat yang cakap My Friend is a lesbian sambil tunjuk kat kawan sebelah dia yang juga seorang jantan. Aku gelak je dalam hati.
Sekali aku ternampak air ludah melekat ka baju El Hefe . Dia buat tak tau je . Betul-betul profesionalism . Aku tau yang ludah tu mesti budak punk pacak yang ada 4-5 orang tu. Konon best la.
Bila ada crowd yang campak kain serban ke atas , El Hefe ambik dan cuba pakai . Tapi nampak senget je .Pas tu ada seorang mamat menjeri-jerit kat bawah. Lepas tu Fat Mike jemput dia ke atas . Nak dengar apa yang dia nak cakap.
Lepas tu , mamat bodoh tu berucap seminit dua pasal serban yang kononnya represent islam lah bla,bla,bla.
Tak berapa jelas sebab dia cakap slow je. Tapi crowd semua support pulak mamat tu. Aku cuma cakap dalam hati je. Bangang betul dia ni. Serban tu sejenis pakaian je dari asia barat .Bukan alat suci pun. Orang islam bukan sembah serban . Apa yang sensitif sangat pun. Dasar bangang tak bertempat. Kalau nak islamik sangat pergilah tengok rabbani.
Sampailah ke habis gigs . Nofx campak pick gitar ke crowd. sorang kawan aku dapat. pick tulis NOFX lepas tu kat belakang tulis MELVIN SUCKS .Ni la part paling aku jeles sebab aku tak dapat. Padahal masa aku duduk kat depan El Hefe tu aku boleh capai je pick-pick tu.
Sial la tak dapat cenderamata . Setakat poster ngan beg buruk dari penganjur je. Tak eklusif langsung. Cd Y2K yang dapat free tu pun ramai yang lempar buat piring terbang time keluar.
Itulah hari aku bersama NoFx ,walaupun dah dekat setahun lamanya .Aku boleh ingat lagi betapa coolnya hari tu.
Tapi tahun ni ada pulak bunyi ada band punkrock nak datang. Sunyi sepi je . Langsung tak ada acara .
Kenapa tak ada penganjur yang nak bawa Bad Religion, propaghandi ataupun Lagwagon ?