Achtung !

okay !!

aku memang bukan langsung dari keturunan penulis.

Jadi menjerumuskan diri ke lembah jelek dunia blogging memang satu idea yang dangkal.

Jangan pandang ke depan

2009 Mei 11
oleh adiospunk

print-cosmic-harmony-WEB-celestial-religious-art-wallpaper

Cuaca semakin panas.
Lapisan ozonnya semakin poros dan teknologi digital semakin bijak bermain sifir kira-kira.
Nebiula itu ligat berputar. Tapi adakah ia mempunyai deria rasa?

Bicara tentang Ozon:
Tiada lagi immunisasi untuk membenteng sinar-sinar hitam yang meresap di antara liang-liangnya. 
Bukan dari Marikh dan bukan juga dari Venus.

Tiada lagi Ultra-Violet tegar melacur dia celahan ronga-ronganya.
Tiada juga kekebalan yang mampu menghadang karbon monoksida dari seluruh cekrawala berkumpul dan menyatu menjadi oksigen.
Berapa lama lagi Bumi mampu menampung pencemaran yang menghujan ?

Tapi perlu diingat, bahawa rerumput yang dihenyak dan diinjak itu tak pernah tersilap ketika menghirup udara.
Mereka mengenal apa yang terbaik untuk tumbuh membesar di atas akar. Yang mampu menjulang pucuknya tegak berdiri.

Lalu ia mula memetik ayat-ayat suci kerana manusia sudah tidak lagi tahu cara untuk menghafal

Dalam kotak ini ada apa ?

2009 Mei 7
oleh adiospunk

78862-harmonique

Sebongkah kotak ,
masih lagi mengalunkan melodi setiap kali dibuka.

Dan sesiapa pun dapat meneka kewujudan magnet dibawah permukaan lantai kacanya, sebab itu ia masih mampu memutarkan patung kecil wanita mungil telanjang berdansa mengikut irama. Mekanisma yang mudah dijangka.

Melodinya bagaikan lagu romantik yang sudah sering sangat didengar. 

Bukan lagu Fur Elise, tapi mirip. Ah, tajuknya bukan penting. Nama apa pun yang diberikan ia masih jua tetap sebuah gubahan instrumental tanpa lirikal.

Lalu kita biarkan patung tadi bergerak malas mengikut rentak yang tak sekata.

Kotak ini masih lagi mampu menerbitkan rasa kagum kepada mereka yang membuka kali pertama. 
Kekaguman lewat harmoni bunyiannya, keghairahan lewat penarinya.

Tapi bukan kepada sang pemilik yang sudah membukanya tak kurang 100 kali. Dan tidak juga buat patung yang sudah lelah berdansa sejak ia diciptakan sedekad lalu.

Dah lama tak tulis apa-apa, memang aku sengaja. sebab aku perlu kosongkan jiwa  . Aku perlu ke studio untuk rakamkan lagu hujung minggu ini. Aku mesti fokus.

Selepas itu aku tiada lagi bebanan untuk aku dukung .

Minggu depan sahaja aku sudahkan kisah babi-babi yang radikal itu.

The return of the babi

2009 Mei 1
oleh adiospunk

animal-farm2

Bab 2

Tiga malam kemudian Old Major mati dengan aman di dalam tidurnya. Jasadnya telah dikebumikan di ladang buang-buahan yang redup.

Ianya berlaku pada wal bulan Mac. Sepanjang 3 bulan terakhir itu semakin banyak aktiviti sulit. Ceramah Old Major telah membangkitkan kesedaran dan memberi binatang-binatang itu gambaran baru tentang kehidupan. Mereka tak tahu bila pemberontakan yang diramalkan oleh Major akan berlaku, mungkin bukan sewaktu hayat mereka namun mereka sentiasa waspada dan bersiap sedia.

Tugas mengajar mengorganisasikan binatang-binatang itu biasanya dilakukan oleh kaum babi kerana merekalah haiwan yang paling bijak. Paling menyerlah dikalangan babi-babi itu pula adalah dua ekor anak babi hutan bernama Snowball dan Napolean.

Napolean agak besar dan berwajah garang dengan raut wajah seperti babi hutan Berkshire, dia mungkin satu-satunya binatang dari Berkshire di ladang itu. Dia tak banyak bercakap namun menyerlah dengan reputasi untuk mengikut haluan sendiri. Snowball pula babi yang lebih menarik daripada Napolean, petah berucap dan sering membawa idea baru, namun dia dikatakan tidak mempunyai perwatakan yang mendalam.

Selain dari mereka berdua, babi ternakan yang selebihnya hanyalah dari jenis babi-babi daging yang montel. Hanya seekor sahaja daripada babi-babi daging itu yang agak menyerlah iaitu Squealler. Babi yang berleher bulat, mata berkedip, tangkas bergerak dan suara yang bersemangat. Dia bijak berkata-kata dan bila terdapat perselisihan pendapat yang rumit, dia akan melompat ke sana sini dan menggerak-gerakkan ekornya. Mereka kata Squealler boleh menukarkan yang hitam menjadi putih.

read more…

Kandang Binatang

2009 April 25
oleh adiospunk

Aku memang suka buang masa dan buat kerja-kerja bodoh. 

Aku hendak sangat baca buku lagendaris Animal Farm dalam Bahasa Melayu. Tapi haram tak pernah jumpa cetakannya walau senaskah pun. Oleh kerana itu, aku dengan bodohnya telah menterjemahkan sendiri buku tu sesedap mulut sendiri.

Kalau selama ini aku selalu menyumpah kepada penterjemah yang pemalas dan selalu peningkan kepala aku, kini baru aku tahu betapa susahnya nak mengalih  dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

Ini cuma bab 1 dalam buku tu, aku dah tak larat.

Sekiranya kamu pening membaca versi alih bahasa aku ini, harap maklum, aku bukan pro. Dan suka juga aku nak ingatkan betapa peningnya aku nak menukar bahasa . Aku sekadar mahu mencuba dan inilah percubaan pertama.

farm

 

Tuan Jones, si pemilik Ladang Manor, baru saja usai mengunci pintu ladangnya pada malam itu, dia betul-betul mabuk untuk mengingatkan jikalau dia sudah menutup semua pintu-pintu reban ayam . Bertemankan gelungan cahaya dari lampu yang menari-nari ke kiri dan ke kanan, dia terus melangkah merentas halaman. Dia menyepak kasut butnya ke belakang pintu, menuangkan gelas terakhirnya malam itu dengan bir dari barrel yang terletak di ruangan dapur, Dan kemudian terus menuju ke ranjang, tempat dimana Puan Jones sedang berdengkur.

Sejurus selepas lampu di bilik tidur itu dipadamkan, maka desiran angin dan bunyi kibasan kepak ayam terus bertukar menjadi riuh rendah memecah hening dan menerobos masuk ke sekitar ruangan kandang-kandang di ladang ternakan itu. Khabar angin telahpun merebak sejak dari siang tadi tentang Old Major, si babi berwarna putih yang telah mengalami mimpi aneh pada malam sebelumnya dan dia sangat berharap dapat berkongsi mimpi itu dengan binatang-binatang lain. Maka persetujuan pun tercapai dengan semua binatang-binatang yang menghuni ladang itu  untuk bersidang di dalam bangsal besar sebaik sahaja terhindar dari pemerhatian Tuan Jones. Old Major (seperti lazimnya dia digelar, biarpun dibawah nama yang sering dipamerkan padanya adalah Willingdon Beauty) telahpun memberi taklimat awal pada binatang-binatang ternakan itu yang mereka semua harus sanggup untuk membazirkan satu jam waktu tidur mereka supaya dapat mendengar apa yang ingin dia sampaikan.

read more…

Schopenhauer , tolong jangan tolak aku sampai jatuh tangga.

2009 April 23
oleh adiospunk

” Membaca itu seperti  berfikir menggunakan kepala otak orang lain “ 

okaylah. Giliran aku membaca fikiran dalam kepala otak orang lain pulak.
Aku malas nak tulis apa-apa.

Lagipun kuiz-kuiz gila di Facebook sedang mengheret aku ke sebuah dunia yang penuh dengan keseronokkan bertaraf orgasme.

Ciao.