1 juta tahun perjalanan cahaya menuju liberasi

pink is not punk

mereka yang dirasuk sensasi

Teringat zaman remaja dan cerita narkotik dalam filem Darah Muda . Remaja selalu menjadi mangsa kerana sifat mereka sendiri yang separuh matang dalam membuat pertimbangan.

Dan paling tak faham , pasal apa sebahagian besar dari mereka terlalu polos dengan sesuatu yang dilihat mereka sebagai sensasi.

Hollywood dah lama menjadi pusat dalam mencetus budaya sensasi . Formula yang sama yang kerap digunapakai sebagai senjata adalah watak budak jahat yang dilukiskan pada ikon-ikon terpilih. Mengikut acuan zaman yang akhirnya hilang dan digantikan dengan karekter baru dan lebih segar.

Dari James Dean di 50-an dengan sikap rebel diwariskan kepada John Lennon , Jim Morrison, Bob Marley yang diselengarakan dengan dadah, alkohol dan seks bebas.

Aku sendiri begitu kagum dengan Kurt Cobain di awal 90-an , Hanya kerana watak yang penuh berontak dalam diri penyanyi rock itu membuatkan zaman remaja aku telah juga terobos dengan keracunan bernama sensasi.

Lihatlah bagaimana Hip Hop dengan momokan perang jalanan diantara Notorius B.I.G dan Tupac Shakur. Dan seluruh dunia juga kerasukan dengan pendekatan aneh dunia kulit hitam Ghetto yang diselimuti cerita gengster .

Selain Hollywood , di dunia Underground juga tak terkecuali . Black metal telah mecipta   mitos moden dari dunia hitam  gelap mereka. Mayhem dan  Burzum telah mencetuskan kesensasian mereka tersendiri.

Bagaimana provokasi yang dibawa oleh Sex Pistols untuk  generasi UK mereka yang pincang itu?

Dalam majalah hiburan hari ini pun penuh dengan cerita liar artis-artis barat. Mereka sedang cuba menciptakan sensasi baru untuk merasuk dunia .  Cuma aku sudah semakin dewasa untuk diracun. Tapi aku sabar menanti kedatangan budak jahat yang akan meneruskan kesinambungannya.

Mac 31, 2008 DIkirim oleh adiospunk | koi | | 1 Komen

Setan-setan di muka pintu

Devils on the door step

Tiada apa untuk tatapan moral yand dapat dipelajari dari zaman penjajahan jepun di tanah besar China kecuali hubungan seks suami isteri dengan nyalaan pelita di waktu malam gelap hanya akan membawa padah.

Bila para pejuang kemerdekaan meninggalkan 2 orang askar jepun yang ditawan dan memaksa seorang peladang untuk menjaga tawanan-tawanan . Kehidupan peladang tu terus berubah dan serba salah.

Sekiranya diketahui tentera Jepun maka lehernya sendiri adalah taruhan. Sebaliknya jika dia menyerahkan tawanan-tawanan itu nyawanya pasti akan ditebas oleh para pejuang kerana dicapkan sebagai belot.

Dia yang tak dapat menanggung kegilaan keadaan akhirnya mintak tolong penghulu yang akhirnya tanggungjawab itu dikongsi sekampung. Maka bermulalah mereka berikhtihar memikirkan cara terbaik menangani masalah yang sebenarnya menjadi semakin rumit kerana kebodohan mereka sendiri .

Mac 25, 2008 DIkirim oleh adiospunk | filem, puisi | | Tiada Komen

meyimetrikan simetri

Aku suka gambar ni . Bukan sebab awek-awek seksi .

Tapi sebab awek-awek simetri .

Paksi yang tepat telah membuatkan diorang nampak cool.

Mac 20, 2008 DIkirim oleh adiospunk | aritistik, bongok, filem, lirik, tongong | | Tiada Komen