1 juta tahun perjalanan cahaya menuju liberasi

pink is not punk

Punk versi Burma

Kagum? Bila bumi yang paling tertindas dan terbatas di tenggara asia iaitu Burma sedang tumbuh ramai saudara sedarah dengan kita .

kontigen punk yang terdiri dari pemuda-pemudi kental sedang menghiaskan jalanan yangoon dengan spike dan patches. Ketajaman rambut pelbagai warna juga adalah protes senyap terhadap kepincangan adalah tanda revolusi pemikiran punk sedang melanda jiwa bergelora mereka.

Ternyata John Rambo hanya berminat menyelamatkan seorang awek keturunan eropah dan anak-anak burma haruslah tahu menjaga diri sendiri .

Ambil bajumu , tajamkan pakumu … semua nyanyikan lagu Ramones bersama-sama.

hey ho , let`s go

Jun 5, 2008 DIkirim oleh adiospunk | apolitik, musik, punkrock | | Tiada Komen

setelah lama menyepi , tiba masanya untuk revolusi

Disebalik bebola mata yang tajam penuh maksud itu telah menyorot seribu erti. Paras wajahnya nampak keras beserta janggut misai tak terurus menjadi semakin gah sebagai simbol penentangan .

Dan kini dia telah menjadi ikon kepada revolusi yang sentiasa menjadi mimpi buruk kepada pihak kapitalis . Namun dia tetap menjadi korban kapitalis tak berapa jauh selepas kematiannya .Bunyinya seperti mayatnya diinjak-injak.

Kapitalisma telah menjadikan dia sebagai satu yang produk popular dan menguntungkan .

Kamu sudah tengok betapa coolnya dia pada baju rakan-rakan kamu.

Atau lebih cool lagi bila dibuat tattoo terpampang megah didada .

Supaya dapat menarik perhatian seperti dilakukan oleh Maradona dan Mike tyson.

Dan revolusi cool Che Guevara disambung lagi dengan penampilan gaulnya di google video.

Yup, Revolusi ini perlu diteruskan .

klik disini Video Che guavara semasa hayat beliau beserta rakan seperjuangannya yang cool.

jadikan aku seorang yang kool .tattookan namaku didadamu

Jun 5, 2008 DIkirim oleh adiospunk | apolitik, filem, punkrock | | Tiada Komen

Tiada guna untuk satu nama

Seperti juga kegilaan aku terhadap Punkrock , musik aliran  Pop-punk yang sangat cocok sekali dengan kuping telinga aku begitu juga teman-teman rapat aku.

Nama rasaksa pop-punk seperti  No Use For A Name  adalah apa yang sentiasa ditunggu oleh teman-teman di sekeliling aku. Tapi aku sentiasa bersikap prejudis terhadap mereka yang aku sifatkan sebagai korban trend semasa.

Evolusi musik mereka betul-betul aneh . Memulakan langkah dengan memakai kasut Bad Religion (terutama gaya musik dan politiknya) sebelum mengubah laluan kepada musik catchy dan non-politikal mirip Lagwagon . Keterampilan  seakan Emo dalam video For Fiona dan album Keep `em Confuse adalah yang kemuncak krisis identiti mereka.

Di fikiran aku mereka sebagai band awal yang mencetuskan sensasi pop punk  , mereka sepatutnya memimpin bukan menurut.

Berbalik ke album mereka yang terlatest. Tak banyak berbeza , cuma mereka kembali ke zaman susunan musik ala-Lagwagon . Penampilan kali ini lebih bertenaga dari  album lembik  Keep ‘em Confuse dan mereka kembali ke era More bitterness , Making Friends dan  Hard rock bottom.

The Feel Good Record of the Year

  1. “Biggest Lie” - Aku harapkan keseluruhan album dengan susunan seperti lagu ini. Petikan gitar rock heavy metal habis dan tapi sayang cuma yang ini saja bertenaga
  2. “I Want to Be Wrong” pop-punk catchy tipikal Nufan
  3. “Yours to Destroy” bermula perlahan di susuli pop-punk catchy tipikal Nufan
  4. “Under the Garden” pop-punk catchy tipikal Nufan
  5. “Sleeping Between Trucks” akustik yang bunyinya seperti lagu pop yang bosan
  6. “Domino” kedengaran seperti lagu band alternatif di radio …bosan
  7. “The Feel Good Song of the Year” pop-punk catchy tipikal Nufan
  8. “The Trumpet Player” kedengarnya seperti lagu The Beatles
  9. “Night of the Living Living”pop-punk catchy tipikal Nufan
  10. “Ontario” Lagu ballad iringan piano yang seakan Elton John . Kenapa punk perlu nyanyi lagu seperti ini?
  11. “Pacific Standard Time” pop-punk catchy tipikal Nufan
  12. “The Dregs of Sobriety” pop-punk catchy tipikal Nufan
  13. “Kill the Rich” lagi sebuah lagu non-punk yang mirip lagu boyband.
  14. “Take It Home” pop-punk catchy tipikal Nufan

Keseluruhannya aku masih boleh mendengar album ini dan bolehlah dikira OK cuma sampai sekarang pun aku tak faham kenapa mereka menyanyi lagu-lagu pop ballad yang tiada kaitan dengan punk rock/ poppunk .

April 1, 2008 DIkirim oleh adiospunk | musik, punkrock | | 2 komen

marjinal dan taring babi

Di kalangan musik underground beraliran punk , aku meletakkan Marjinal bertaraf super group. Malah untuk sebuah band underground dari dunia ketiga , mereka hampir sempurna diambilkira dari segi permainan musik , idea dan aktiviti mereka yang kembali membuatkan aku percaya terhadap ideologi radikal kiri bergelar anarkisme.

Berpengkalan di Indonesia. Mereka telah mengalami evolusi dari nama Anti-abri dan kemudian Anti-Military sebelum menjadi Marjinal . Seperti juga peredaran nama-nama yang telah mereka pilih yang bersifat radikal itu , Marjinal masih kekal radikal . Cuma saja lebih beranjak dewasa dari stail musik hingga ke ideologi.

Apakah kelainan dalam musiknya Marjinal?

Sesiapa yang memahami punk akan terus mengatakan musik mereka itu Punk yang segar tapi di asimilasi petikan gitar berbau elemen rock zaman 80an serta lagu-lagu mereka yang sing-along itu sendiri sangat catchy sekali untuk terus diputar berkali-kali.

Lirik lagu marjinal rata-ratanya berbahasa indonesia . Jelas perjuangan mereka mahu meliberasikan bangsa mereka. Jadi mengapa perlu menyanyikan lagu berbahasa inggeris seperti band-band Asia lain ? bukankah bangsa europe sudah cukup banyak lagu pembebasan dalam bahasa ibunda mereka sendiri ? mengapa harus ditambah oleh kita yang sehari-hari berbahasa lokal?

Bukan sahaja lirik lagu mereka itu berbahasa indnesia , malahan isu-isu yang dibawa juga sangat mudah difahami. Dan sesekali bersifat komedi dan kala lain nya berterus terang. Terdapat variasi dalam penulisan mereka yang kreatif .

Dan perjuangan komunitas mereka secara kolektif yang dinamakan Taring Babi juga sangat bersosialisasi bersama masyarakat.

lihat saja video mereka …. Marjinal dan Taring Babi.

MARJINAL EPISODE SATU

MARJINAL EPISODE DUA

MARJINAL EPISODE TIGA

MARJINAL FINALE EPISODE

Cam sial dua hari habis masa potong video dan upload ke youtube . Walaupun ade bonus track mereka berbuat kerja bakti yang aku tak upload sedangkan multiply dan esnips cuma hanya benarkan saiz fail kecil saja untuk di upload .Dan stage 6 dah tak lagi beroperasi. shite

Mac 29, 2008 DIkirim oleh adiospunk | apolitik, aritistik, musik, punkrock, video | | 4 komen

seharian bersama Nofx

Tahun lepas tengok Nofx main live kat KL. Itulah satu-satunya acara yang hebat untuk aku kenang 2007 sebagai tahun pesta.

Pertama sekali dapat berita dari seorang kawan . Aku terus check tour date kat dalam laman rasmi diorang. Sah ! diorang ada letak KL dalam jadual . Termasuk bandar-bandar utama Asia Pasifik yang lain kecuali Bangkok.Kesian je aku tengok komen budak Siam tu dengan muka sedih kata kalau dia ada duit dia nak ajak Nofx main kat Thailand. Sorry dude. Lu memang patut jeles.

Berita tu buat aku tak boleh tidur mengenangkan NoFx yang aku gilakan sejak 10 tahun dulu akhirnya singgah kat KL . Apa baju aku nak pakai ? Baju Propagandhi ke nak pakai baju Face To Face ?

Semua kawan-kawan yang seirama dah aku sebarkan berita kedatangan Nofx. Dan gerombolan yang sedia ada kat KL pun dah bersedia untuk ikut serta. Dan ternyatalah pada hari keramat tu , Temerloh dah penuhkan crowd di segenap penjuru.

Gigs bermula dengan Y2K. Kugiran bertopeng yang nyanyi 3 buah lagu. Yang kalau boleh  kitorang suruh dia jangan nyanyi langsung .Bila diorang cakap ‘This is our last song’ . Aku jerit kuat ‘Yes’. sampai diorang sendri tersentak.

Padan muka , biar diorang tau yang telinga aku tak sanggup diperkosa oleh bunyian yang tak menghiburkan.

Apasal band ni pulak yang open konsert ? Kalau Carburator Dung baru sesuai.

Giliran King Lychee dari Hong Kong pulak melambatkan masa dengan lagu Hardcore yang ketingalan zaman.

Letaklah apa band pun Hardcore sejak 20 tahun dulu memang tak ada benda baru . Tak hairan yang budak Hardcore tak bertahan lama. Berdasarkan pemerhatian yang terdiri dari kawan-kawan yang dulunya Hardcore sejati tapi sekarang jadi MTV.

Dan akhirnya King Lychee yang sibuk dengan perjuangan ASIA UNITE tu akhirnya mendapat pembalasan setimpal apabila penonton barisan depan menjerit FUCK UNITY.

Mesejnya jelas, budak Punkrock bukan peduli dengan politik. 2-3 kali cakap tentang fasis dan rasis cukuplah . Diorang paham sendiri kalau diorang bijak .Tak payah la nak sebut dalam semua sepuluh lagu dalam setiap sepuluh album.

Cuma amoi botak King Lychee je ada kelainan . Sekali dia slam semua crowd hulur tangan menyambut dan tangan -tangan lain pun hulur gak nak meraba termasuk tangan aku. Botak pun botak la.

Bila turn Nofx sampai crowd dah menggila .

‘Please play this song on the radio.’ jerit seorang budak.

Dan lain-lain menjerit ‘NoFX, NoFX’.

Lama betul soundman diorang setting instrument. Sampai part seorang crew organizer cakap dalam bahasa inggeris yang NoFX tak kasi sesiapa ambik gambar. Dan tak semena-mena soundman tu pergi kat mikrofon dan cakap

“NofX didn’t say anything about camera. NoFX loves camera” .

Yang membuatkan krew tu kantoi . Diorang sendiri yang tak kasi bawak camera sebenarnya. Nak pulun sendiri semua gambar NoFX . Gila kuasa . Nak buat duit agaknya.

Lalu semua crowd menjerit lagi kuat “NoFX, NoFX”

SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH KEPADA NOFX YANG TELAH MELIBERASIKAN MEREKA DARI KEJAHATAN PENGAJUR ANTI-CAMERANISM.

Bila NoFX betul-betul muncul bawak lagu linoleum . Dah tibalah masa untuk aku pogo . Dan ramai crowd yang nyanyi sama. Bila selesai je diorang bagi reaksi terkejut sebab ramai orang reti nyanyi lagu tu. Diorang cakap kat philipines takde yang reti.

Baru Fat mike tau yang fan NoFX kat Malaysia ni cool.

Bila crowd bahagian depan panjat stage aku tak ketinggalan. Macam tak sangka aku cuma 3 kaki je jarak ngan idola-idola aku. Lantaklah orang kat belakang tak nampak . Bukan masalah aku.

Dari jarak sedekat itu aku sempat cakap ke Fat Mike “Next time , bring Propagandhi” tapi aku tak jelas apa yang dia cakap sebab crowd yang bongok tu bising betul . Ganggu perbualan kami.

Dan tugas aku hari tu . Bila lagu yang aku tak reti nyanyi aku turun pogo. Kalau aku reti nyanyi aku pergi rapat semula untuk nyanyi sama .lepas tu cari lobang nak panjat stage yang crowded gila tu.

Bila dia nyanyi lagu favourite aku , PERFECT GOVERNMENT aku nyanyi lagi kuat kat depan muka dia . Dia pandang aku seakan bagi isyarat yang aku nyanyi betul.

Seorang mamat yang duduk kat tepi stage tu hafal semua lagu buat aku jeles je. Nyesal aku tak hafal . Satu persatu lagu berlalu BOB, Franco Unamerican , kill all the white man dan macam-macam lagi. Cuma satu lagi killer song yang diorang tak main.

“liza and louie” aku jerit.

Tapi diorang taknak main lagu ltu sebab bertemakan lesbian. Dan terdengar kat belakang ada mamat yang cakap My Friend is a lesbian sambil tunjuk kat kawan sebelah dia yang juga seorang jantan. Aku gelak je dalam hati.

Sekali aku ternampak air ludah melekat ka baju El Hefe . Dia buat tak tau je . Betul-betul profesionalism . Aku tau yang ludah tu mesti budak punk pacak yang ada 4-5 orang tu. Konon best la.

Bila ada crowd yang campak kain serban ke atas , El Hefe ambik dan cuba pakai . Tapi nampak senget je .Pas tu ada seorang mamat menjeri-jerit kat bawah. Lepas tu Fat Mike jemput dia ke atas . Nak dengar apa yang dia nak cakap.

Lepas tu , mamat bodoh tu berucap seminit dua pasal serban yang kononnya represent islam lah bla,bla,bla.

Tak berapa jelas sebab dia cakap slow je. Tapi crowd semua support pulak mamat tu. Aku cuma cakap dalam hati je. Bangang betul dia ni. Serban tu sejenis pakaian je dari asia barat .Bukan alat suci pun. Orang islam bukan sembah serban . Apa yang sensitif sangat pun. Dasar bangang tak bertempat. Kalau nak islamik sangat pergilah tengok rabbani.

Sampailah ke habis gigs . Nofx campak pick gitar ke crowd. sorang kawan aku dapat. pick tulis NOFX lepas tu kat belakang tulis MELVIN SUCKS .Ni la part paling aku jeles sebab aku tak dapat. Padahal masa aku duduk kat depan El Hefe tu aku boleh capai je pick-pick tu.

Sial la tak dapat cenderamata . Setakat poster ngan beg buruk dari penganjur je. Tak eklusif langsung. Cd Y2K yang dapat free tu pun ramai yang lempar buat piring terbang time keluar.

Itulah hari aku bersama NoFx ,walaupun dah dekat setahun lamanya .Aku boleh ingat lagi betapa coolnya hari tu.

Tapi tahun ni ada pulak bunyi ada band punkrock nak datang. Sunyi sepi je . Langsung tak ada acara .

Kenapa tak ada penganjur yang nak bawa Bad Religion, propaghandi ataupun Lagwagon ?

Mac 23, 2008 DIkirim oleh adiospunk | musik, punkrock | | Tiada Komen

puisi amora

Meromantiskan revolusi

Di sebalik pintu yang terkunci

Semakin sarat dengan dongengan

Sehingga timbunan besi buruk

Dilihat sebagai daratan syurga

Selontar batu dari sini

Ada taman mawar

Dibelah tembok kawat duri

tiada peluru yang pernah menembusi

Hanyalah rama-rama yang beterbangan

Lalu siren berteriak

Memanggil semua ke pentas menari

Tuxedo kalis peluru

Serta bom asap seharum minyak wangi

Biarkan meriam air

Tuangkan wine merah ke dalam gelas sekali lagi

Bukalah topengmu

Ukirlah senyuman

Harapkan penghormatan dari para barisan khas

Lemparkan bunga bukannya molotov

Siramkan revolusi ini dengan cinta

Tiada tayar terbakar di jalanan

Tiada stencils bisu di dinding

Siramkan revolusi ini dengan cinta

Mac 22, 2008 DIkirim oleh adiospunk | koi, puisi, punkrock | | Tiada Komen

kata-kata adalah senjata

NEGRI NGERI- MARJINAL

 

lihatlah negri kita

yang subur dan kaya raya

sawah ladang terhampar luas

samudra biru

 

tapi rataplah negri kita

yang tinggal hanyalah cerita.

cerita dan cerita

terus cerita.

 

pengangguran merebak luas,

kemiskinan meraja lela

pedagang kaki lima tergusur teraniaya

 

. bocah-bocah kecil merintih,

melambungkan mimpi di jalanan,

buruh kerap menghadapi penderitaan

 

inilah negri kita malam

yang gelap tiada berbintang

dari derita dan derita menderita

. sampai kapankah derita ini,

yang kaya darah dan air mata

yang senantiasa membanjiri bumi pertiwi…

 

MARSINAH- MARJINAL

 

kulihat buruh perempuan berkeringat,

membasahi bumi dan tenggelam.

energi yang kau curahkan

begitu besar yang kurasakan

terhanyut dalam kesombongan

terlupakan.

 

gemerlap cahayamu

membentangi garis kehidupan

hanya lahir di caci maki kau hadapi.

 

keringat dan ketenanganmu

mengalir deras tak ternilai

hanya tetes darah dan air mata

yang kau terima

 

o o ho marsinah

kau termarjinalkan.

o o ho marsinah

matimu tak sia-sia…

 

MASBERTO

sinisnya raut wajah dan keluarnya kata-kata
yang menyiratkan bahwa mereka itu durjana
tak asing di telinga bahkan sudah membudaya
bahwasanya mereka kriminal atau pendosa

apakah tato yang bertindak dan bekerja (no..no..)
ataukah tato yang membunuh dan megang senjata

tercipata buruk sangka yang dibangun oleh media
melalui berita yang miskin data
sangatlah menyedihkan bila berfikir adanya
bahwa tato itu kejahatan (oh ya? tentu tidak!)

ternyata mereka orang-orang merdeka
yang mengekspresikannya arti berkarya

masberto, masyarakat-masyarakat bertato..(you have to know!)
masberto, bukan masyarakat berdasi tapi klepto..(you have to know!)
masberto, kami senang jadi masyarakat bertato..(you have to know!)
masberto, ynag penting hatinya kagak bertato..(you have to know!)

owaeaeo..masyarakat bertato..bukan kriminal..

 

 

 

 

 

Mac 20, 2008 DIkirim oleh adiospunk | lirik, punkrock | | Tiada Komen