1 juta tahun perjalanan cahaya menuju liberasi

pink is not punk

mereka yang dirasuk sensasi

Teringat zaman remaja dan cerita narkotik dalam filem Darah Muda . Remaja selalu menjadi mangsa kerana sifat mereka sendiri yang separuh matang dalam membuat pertimbangan.

Dan paling tak faham , pasal apa sebahagian besar dari mereka terlalu polos dengan sesuatu yang dilihat mereka sebagai sensasi.

Hollywood dah lama menjadi pusat dalam mencetus budaya sensasi . Formula yang sama yang kerap digunapakai sebagai senjata adalah watak budak jahat yang dilukiskan pada ikon-ikon terpilih. Mengikut acuan zaman yang akhirnya hilang dan digantikan dengan karekter baru dan lebih segar.

Dari James Dean di 50-an dengan sikap rebel diwariskan kepada John Lennon , Jim Morrison, Bob Marley yang diselengarakan dengan dadah, alkohol dan seks bebas.

Aku sendiri begitu kagum dengan Kurt Cobain di awal 90-an , Hanya kerana watak yang penuh berontak dalam diri penyanyi rock itu membuatkan zaman remaja aku telah juga terobos dengan keracunan bernama sensasi.

Lihatlah bagaimana Hip Hop dengan momokan perang jalanan diantara Notorius B.I.G dan Tupac Shakur. Dan seluruh dunia juga kerasukan dengan pendekatan aneh dunia kulit hitam Ghetto yang diselimuti cerita gengster .

Selain Hollywood , di dunia Underground juga tak terkecuali . Black metal telah mecipta   mitos moden dari dunia hitam  gelap mereka. Mayhem dan  Burzum telah mencetuskan kesensasian mereka tersendiri.

Bagaimana provokasi yang dibawa oleh Sex Pistols untuk  generasi UK mereka yang pincang itu?

Dalam majalah hiburan hari ini pun penuh dengan cerita liar artis-artis barat. Mereka sedang cuba menciptakan sensasi baru untuk merasuk dunia .  Cuma aku sudah semakin dewasa untuk diracun. Tapi aku sabar menanti kedatangan budak jahat yang akan meneruskan kesinambungannya.

Mac 31, 2008 DIkirim oleh adiospunk | koi | | 1 Komen

puisi amora

Meromantiskan revolusi

Di sebalik pintu yang terkunci

Semakin sarat dengan dongengan

Sehingga timbunan besi buruk

Dilihat sebagai daratan syurga

Selontar batu dari sini

Ada taman mawar

Dibelah tembok kawat duri

tiada peluru yang pernah menembusi

Hanyalah rama-rama yang beterbangan

Lalu siren berteriak

Memanggil semua ke pentas menari

Tuxedo kalis peluru

Serta bom asap seharum minyak wangi

Biarkan meriam air

Tuangkan wine merah ke dalam gelas sekali lagi

Bukalah topengmu

Ukirlah senyuman

Harapkan penghormatan dari para barisan khas

Lemparkan bunga bukannya molotov

Siramkan revolusi ini dengan cinta

Tiada tayar terbakar di jalanan

Tiada stencils bisu di dinding

Siramkan revolusi ini dengan cinta

Mac 22, 2008 DIkirim oleh adiospunk | koi, puisi, punkrock | | Tiada Komen

Harian Candu

Aku belum cuba , tapi pernah terfikir berapa lama masa perlu diambil untuk baca setiap perkataan yang dicetak pada setiap helaian senaskhah suratkhabar? Cover to cover. Termasuk iklan.

Ambik masa yang lama kot?

Tak tau la, catatan terbaik aku setakat ni pun aku rasa tak lebih dari 30 minit. Bergantung pada tajuk sukan kalau menarik. Extra 120 minit sewaktu berlangsung tournament besar bolasepak seperti Piala Dunia dan kejohanan EURO.

Ikhlas je aku rasa yang suratkhabar bahasa melayu langsung tak menarik. Tulisan reporter cam buku teks darjah dua je. Penuh dengan cerita tentang moral.

halaman dicetak dengan candu. Tak kiralah berita dalam negara mahupun luar negara . Tapisan ketat cuma beri lebih ruang untuk kaki ampu.

Berita hiburan pulak langsung tak sensasi. Kalau ada gossip ataupun cerita keburukan artis , dah tentu disembunyikan identiti .

Kalau baca suratkhabar orang putih , ada gak bahagian yang menarik . Tapi biasanya aku habiskan masa lebih banyak penuhkan petak-petak sudoku daripada membaca. Orang kampung biasalah , malas bukak kamus.

Kat pejabat ada suratkhabar cina . Memanglah tak paham sepatah haram. Aku suka tengok gambar kat dalam tu. Jauh lagi tinggi nilai artistik gambar -gambar hiasan dalam suratkhabar diorang . Nampak sangat suratkhabar kita miskin imaginasi .

Jadi selama ni , kira bernasib baik je kalau aku terbaca tajuk utama suratkhabar. Biasanya aku cuma baca secara terperinci keputusan 4d lepas tu terus baca halaman sukan .

Kenapa kat negara kita tak ada suratkhabar harian sukan ? yang kat dalam dia cuma  ada cerita sukan jer semata-mata cam kat Europe.

Mac 18, 2008 DIkirim oleh adiospunk | apolitik, koi | | Tiada Komen

aku bukan hiburan

Apa mende hok nok dibuat kalau aok dok 120km dari ibukota?

Tak banyok hiburan kat sini. Setakat nok main snooker dah naik hafal dah suasana . Dah hilang keseronokan . Futsal tak sesuai untuk kaki bangku , nok pulok bowling dah berzaman tutup pasei bengkrap . Silap taktikal bukak cawangan kat area kampung .

Inilah masanya kita berkaraoke . Moh ajok kawan-kawan sekampung kita isikan setiap ruang dengan irama rock kangkang dan lagu jiwang .

Mac 16, 2008 DIkirim oleh adiospunk | koi | | Tiada Komen

Kewujudan optikal mata hanyalah kerana cahaya virtual

Semalam sehari sontok tak menyepace . ok lah, koi dah seminggu tok online myspace .Dah tak menarik dah . 5 tahun dulu memanglah gempak tapi sekarang dah macam bongok sebab semer profil yang aktif hanyalah bodok sekoloh.

Tapi semalam tak boleh online sebab streamx sekali lagi beraksi cemerlang sama seperti setiap hari sabtu yang lepas-lepas. Broadband konon. Streaming 1000 mbps . mengarut. iklan semata-mata.

Masalohnya , macamana koi nok hidup kalau tok menyambung dengan internet ? kalau internet tu sendiri adalah Oksigen.

Mac 16, 2008 DIkirim oleh adiospunk | bongok, koi, tongong | | Tiada Komen

Kenapa diciptakan jadual

Paling bongok bile koi sendiri sokmo tak ikut jadual.

Mac 16, 2008 DIkirim oleh adiospunk | bongok, koi | | Tiada Komen

Lelaki komunis terakhir

Aku pernah tengok dokumentari  bertajuk Lelaki  Komunis Terakhir , sebuah biografi tokoh komunis  Chin Peng tetapi menyerempet dari idea asal sehingga lebih banyak merakamkan perihal petai berbanding objektifnya seorang ketua PKM.

Hampir tiada apa yang hendak dikagumi . Dari awal sehingga akhir yang mana banyak berkisar mengenai perihal-perihal yang langsung tak penting dan tak imaginatif secara naratifnya .

Wawancara dengan veteran yang tak berkenaan dan diakhiri dengan lawatan ke sempadan Thailand dimana mantan komunis bermastautin menghabisi sisa-sisa perjuangan mereka hanyalah sama dengan gambaran yang  aku baca dari majalah  dan akbar . Hampir tiada langsung sesuatu yang baru untuk membuka minda.

Walaupun ianya suatu cubaan yang baik untuk meniup kontroversial terutama dari tajuknya sahaja sangat sensitif  untuk diterimapakai masyarakat bermentaliti primitif seperti di Malaysia namun materialnya yang lemah menjadikan ianya langsung tak layak diklasifikasikan sebagai radikal.

Mac 13, 2008 DIkirim oleh adiospunk | filem, koi, punkrock | | Tiada Komen