Disebalik bebola mata yang tajam penuh maksud itu telah menyorot seribu erti. Paras wajahnya nampak keras beserta janggut misai tak terurus menjadi semakin gah sebagai simbol penentangan .
Dan kini dia telah menjadi ikon kepada revolusi yang sentiasa menjadi mimpi buruk kepada pihak kapitalis . Namun dia tetap menjadi korban kapitalis tak berapa jauh selepas kematiannya .Bunyinya seperti mayatnya diinjak-injak.
Kapitalisma telah menjadikan dia sebagai satu yang produk popular dan menguntungkan .
Kamu sudah tengok betapa coolnya dia pada baju rakan-rakan kamu.
Atau lebih cool lagi bila dibuat tattoo terpampang megah didada .
Supaya dapat menarik perhatian seperti dilakukan oleh Maradona dan Mike tyson.
Dan revolusi cool Che Guevara disambung lagi dengan penampilan gaulnya di google video.
Yup, Revolusi ini perlu diteruskan .
klik disini Video Che guavara semasa hayat beliau beserta rakan seperjuangannya yang cool.

Jun 5, 2008
DIkirim oleh
adiospunk |
apolitik, filem, punkrock |
|
Tiada Komen

Dan dikalangan cerita Hip Hop, aku paling suka filem ni .Tak seperti Menace 2 Society, filem ni dihasilkan dari para pelakon berkualiti yang berjaya menghidupkan watak masing-masing.
Kehidupan ghetto sekitar LA hanyalah diukur dengan kuasa gengster jalanan. Sekalipun mereka cuba mengikut arus kehidupan dengan mendahulukan cita-cita dan masa depan, keadaan tetap akan menekan mereka hingga terjebak dalam sengketa gensterism .
Dendam, konflik ,dadah dan gaya hidup hip hop . ini sebuah filem kool .
Mac 27, 2008
DIkirim oleh
adiospunk |
filem |
|
Tiada Komen
Devils on the door step

Tiada apa untuk tatapan moral yand dapat dipelajari dari zaman penjajahan jepun di tanah besar China kecuali hubungan seks suami isteri dengan nyalaan pelita di waktu malam gelap hanya akan membawa padah.
Bila para pejuang kemerdekaan meninggalkan 2 orang askar jepun yang ditawan dan memaksa seorang peladang untuk menjaga tawanan-tawanan . Kehidupan peladang tu terus berubah dan serba salah.
Sekiranya diketahui tentera Jepun maka lehernya sendiri adalah taruhan. Sebaliknya jika dia menyerahkan tawanan-tawanan itu nyawanya pasti akan ditebas oleh para pejuang kerana dicapkan sebagai belot.
Dia yang tak dapat menanggung kegilaan keadaan akhirnya mintak tolong penghulu yang akhirnya tanggungjawab itu dikongsi sekampung. Maka bermulalah mereka berikhtihar memikirkan cara terbaik menangani masalah yang sebenarnya menjadi semakin rumit kerana kebodohan mereka sendiri .

Mac 25, 2008
DIkirim oleh
adiospunk |
filem, puisi |
|
Tiada Komen
Aku suka gambar ni . Bukan sebab awek-awek seksi .
Tapi sebab awek-awek simetri .
Paksi yang tepat telah membuatkan diorang nampak cool.

Mac 20, 2008
DIkirim oleh
adiospunk |
aritistik, bongok, filem, lirik, tongong |
|
Tiada Komen

Gael García Bernal memang aktor paling gempak dalam dunia . Aku pun tak tau kenapa hampir semua cerita lakonan dia jadi kegemaran aku.
Mungkin sebab nama dia tak sebesar produk Hollywood dan dia sendiri yang belum cukup terkenal di kalangan kawan-kawan aku. Macam biasa , kalau dah terkenal nanti aku akan cari hero lain yang yang hebat dan kurang ternama untuk jadi idola baru.
sains mimpi adalah filem dia yang terakhir aku tengok. Itupun sebab cerita baru dia tentang bolaspak belum ada kat dunia perkongsian torrent. Tapi aku memng suka gila ngan filem ni yang membawa aku ke dunia abstrak surrealism .
Karektor dia sebagai orang pelik yang tak dapat bezakan antara sedar atau di di alam mimpi membuatkan aku sendiri keliru. Tapi aku suka scenery dalam cerita ni yang pelik dan tak masuk akal .
Mac 18, 2008
DIkirim oleh
adiospunk |
aritistik, filem |
|
Tiada Komen
The doors - filem biogragrfi

Kalau aku tak tengok filem ni , mati-mati aku ingatkan Kurt Cobain tu hebat gile. Rupanya Jim Morisson ada lagi banyak cerita gempak .
Filem ni menceritakan pasal penyanyi utama kugiran The Doors yang pemabuk dan ketagihan candu juga kehebatannya menuliskan lagu-lagu puisi termasuk kegemaran aku seperti Catch Me dan Light my fire .
Rebel betul zaman muda Jim . Kematian jugak membuatkan dia kekal muda.
Mac 18, 2008
DIkirim oleh
adiospunk |
filem |
|
Tiada Komen

Aku pernah tengok dokumentari bertajuk Lelaki Komunis Terakhir , sebuah biografi tokoh komunis Chin Peng tetapi menyerempet dari idea asal sehingga lebih banyak merakamkan perihal petai berbanding objektifnya seorang ketua PKM.
Hampir tiada apa yang hendak dikagumi . Dari awal sehingga akhir yang mana banyak berkisar mengenai perihal-perihal yang langsung tak penting dan tak imaginatif secara naratifnya .
Wawancara dengan veteran yang tak berkenaan dan diakhiri dengan lawatan ke sempadan Thailand dimana mantan komunis bermastautin menghabisi sisa-sisa perjuangan mereka hanyalah sama dengan gambaran yang aku baca dari majalah dan akbar . Hampir tiada langsung sesuatu yang baru untuk membuka minda.
Walaupun ianya suatu cubaan yang baik untuk meniup kontroversial terutama dari tajuknya sahaja sangat sensitif untuk diterimapakai masyarakat bermentaliti primitif seperti di Malaysia namun materialnya yang lemah menjadikan ianya langsung tak layak diklasifikasikan sebagai radikal.
Mac 13, 2008
DIkirim oleh
adiospunk |
filem, koi, punkrock |
koi |
Tiada Komen