Kandang Binatang 5 (first half)

2009 Jun 9
by adiospunk

babi pejal

V

Menjelang ke musim sejuk, Mollie sering sahaja membawa banyak masalah. Dia selalu terlewat masuk kerja dan memberi alasan terlebih tidur, dia juga mengadu sedang mengidap penyakit misteri, akan tetapi selera makannya tidak pula menyusut. Setiap kali mahu mencuri tulang, dia akan pergi ke tepi kolam .  Di situ dia akan beraksi bodoh sambil memerhatikan dengan kagum refleksi wajahnya di cermin air.

Ada khabar angin yang lebih serius sedang bertiup kencang. Suatu hari ketika Mollie berjalan-jalan perkarangan ladang, sambil menghayunkan punggungnya dan mengunyah rumput kering, si Clover datang mendampinginya.

“Mollie” katanya, ” Saya ada sesuatu yang serius untuk dibincangkan. Pagi tadi, saya  nampak kamu merenung pagar yang bersempadan dengan ladang Foxwood. Seorang daripada pekerja Tuan Pinkerton berdiri di seberang pagar. Walaupun saya berdiri agak jauh, tapi saya nampak dengan jelas pekerja itu sedang bercakap-cakap kepada kamu. Dan kamu benarkan dia mengusap hidung kamu. Apakah maksud semua ini, Mollie?”

“Mana ada! tuduhan tak berasas semuanya” jerit Mollie sambil menghentak-hentakkan kakinya ke tanah.

“Mollie ! Cuba pandang muka saya ini. Adakah kamu berani bersumpah di atas maruah kamu yang manusia itu tidak pernah mengusap hidung kamu?”

” Itu tak benar! ” ulangnya sekali lagi. Tapi dia tak berani memandang muka Clover. Sebentar kemudian dia beredar menuju ke tengah padang lalang.

Clover bagaikan dipanah petir. Tanpa memberitahu kepada binatang lain, dia berlalu pergi ke tempat tidur Mollie dan menguis-nguis rumput-rumput kering dengan kakinya. Dia telah menemui segumpal tebu dan berberapa helai riben pelbagai warna.

Tiga hari kemudian Mollie menghilangkan diri. Hampir berberapa minggu tanpa khabar berita, sehinggalah burung merpati membawa khabar yang mereka telah menemuinya di luar kawasan Willingdon.  Dia berada diantara dua batang kayu pengheret pedati yang berwarna hitam dan merah, terletak di kawasan perumahan orang awam.

Seorang lelaki gemuk berwajah kemerah-merahan yang membawa bedil dan memakai jaket, yang kelihatan seperti seorang pemungut hutang para lintah darat, sedang menarik-narik hidung dan menyuapkannya dengan tebu.

Mollie dilihat mengenakan baju baru dan dia turut melekatkan riben pelbagai warna pada sarung besi di muncungnya. Dia nampak gembira menurut kata burung merpati, lantas  binatang-binatang lain sebulat suara bersetuju untuk tidak pernah menyebutkan namanya lagi.

Pada bula Januari, keadaan cuaca agak buruk. tanah  menjadi keras seperti besi dan tak ada apa yang dapat dilakukan di tengah padang. Banyak perjumpaan telah diadakan  di dalam bangsal , babi-babi telah merencanakan tugas-tugas yang akan dilakukan untuk musim-musim yang akan datang.

Memang telah diakui tentang babi, merekalah yang mengatur prinsip-prinsip lebih bijak berbanding binatang-binatang lain, mereka memutuskan setiap persoalan tentang polisi perladangan, dan kata putus mereka sentiasa mendapat undi majoriti.

Segala perundingan berjalan lancar kecuali ketika terdapat percanggahan pendapat di antara Snowball dan Napoleon. Kedua-dua ekor babi ini sering tidak mempersetujui untuk apa saja yang mereka rasa boleh diperdebatkan.

Jika salah seorang dari mereka mencadangkan untuk menanam barli secara besar-besaran, yang satu lagi terus mahu mereka menanam tanaman Oat. Dan bila salah seorang merasakan tanah itu lebih sesuai untuk tanaman kobis, maka yang seorang lagi mengatakan tanah itu tak sesuai menanam tanaman apa pun kecuali akar kayu.

Kedua-dua mereka mempunyai pengikut setia mereka sendiri. Dan sering sahaja berlaku perdebatan yang meruncing.

Di setiap mesyuarat, Snowball sentiasa mendapat sokongan majoriti kerana di pandai berucap, tapi Napoleon pula pandai memberikan maksud ucapannya yang lebih teliti dari masa ke semasa. Dia sering berjaya meyakinkan kelompok kambing biri-biri.

Seperti biasa, kambing biri-birilah paling lambat sekali  mengucapkan slogan ” 4 kaki adalah sahabat, 2 kaki adalah musuh” . Mereka sering mengganggu mesyuarat. Mereka hanya berjaya menyebut slogan ” 4 kaki adalah sahabat, 2 kaki adalah musuh” sewaktu Snowball sedang membuat ucapan dalam keadaan meruncing.

Snowball telah menelaah buku laporan stok yang ditemuinya dari rumah Tuan Jones, dan dia telah bersedia dengan perancangan inovatif dan pembaharuan. Dia mula memberi gambaran yang mudah difahami tentang sistem perparitan,  tentang hampas buangan, bahan makanan di tempat tertutup, serta satu skim yang agak rumit tentang pembuangan  najis binatang terus menerus ke tengah padang, bertebaran ke tempat-tempat berlainan  setiap hari dan akhir sekali tentang masalah gerabak angkutan para buruh.

Napoleon pula tak mempunyai skim-skim sendiri, tapi tetap membisikkan yang idea-idea  Snowball  itu bodoh dan tak akan mendatangkan hasil. Bagaikan usaha membuang masa.

Tapi segala kontroversi, tiada yang lebih pahit berbanding masalah tentang kincir angin.

Ditengah padang lalang, tak jauh dari bangunan-bangunan  ladang, ada sebuah busut, iaitu tempat paling tinggi di seluruh kawasan ladang. Setelah membuat pemerhatian, Snowball memaklumkan tempat itulah yang paling sesuai untuk didirikan kincir angin, yang mana akan menjadi dinamo untuk menjanakuasakan tenaga elektrik untuk menghidupkan lampu di kandang dan memanaskan tubuh mereka di musim sejuk. Juga untuk menghidupkan enjin mesin gergaji , mesin pengisar sekam, mesin pemotong dan pemerah susu elektrik.

Binatang-binatang di ladang itu belum pernah mendengar tentang mesin-mesin tersebut (ladang itu masih dijalankan secara kuno dan mesin-mesinnya pula  separuh primitif ), dan mereka mendengar dengan perasaan teruja sewaktu Snowball mempamerkan gambar-gambar mesin yang menakjubkan, yang juga akan mejalankan tugak-tugas  mereka.

Sekiranya berjaya, maka dapatlah semua binatang-binatang itu  bersenang-senang meningkatkan ilmu fikiran dengan cara membaca dan berbual-bual.

Dalam masa berberapa minggu , perancangan kincir angin Snowball sudah hampir siap. Ciri-ciri mekanismenya pula terdapat dalam 3 buah buku tinggalan Tuan Jones :  (1) Seribu Benda-Benda Penting Harus dilakukan kepada Rumah, (2) Manusia adalah Susunan Batu-Bata dan (3) Elektrik untuk Beginner.

Snowball dengan tekun mempelajari tentang serombong yang dulunya pernah digunakan untuk inkubator, dia juga mengkaji tentang  lantai kayu yang hendak disesuaikan dengan gambar rajah.

Dia terperap di sana bejam-jam lamanya. Dengan sebuah buku yang direntangkan bersendalkan batu,  serta kapur tulis yang terselit di kuku kakinya. Dia berjalan ke hulu ke hilir, melukiskan garisan demi garisan berulang-ulang kali.

Secara urutannya,  pelan asal tersebut terdiri dari gerigis-gerigis dan roda-roda bergigi yang sangat kompleks, meliputi separuh dari ruang lantai, yang mana binatang-bintang lain kagum . Mereka menyedari yang mereka tak akan mampu melakukannya tanpa Snowball.

Semua binatang datang menjenguk sekali sehari. Ayam dan itik juga tak terkecuali walaupun terpaksa berhati-hati agar tidak terpijak tanda-tanda yang dilukiskan oleh Snowall di atas tanah.

Hanya Napoleon sahaja yang meminggir. Dia mengistiharkan dirinya menentang pembinaan kincir angin tersebut sejak awal. Satu hari, dia datang tanpa disangka-sangka sebagai pemerhati. Dia berjalan mengelilingi tapak tersebut, melihat dengan terperinci pada gambar pelan dan menghidunya sekali dua. Kemudian dia berdiri seketika sambil menjeling. Tiba-tiba dia mengangkat sebelah kakinya dan kencing di atas pelan tersebut. Dia terus berlalu tanpa berkata sepatah pun.

Seluruh binatang di ladang itu terbahagi dua kelompok setiap kali  membincangkan soal kincir angin tersebut.

Snowball tidak menolak dakwaan tentang kesukaran untuk membina kincir angin tersebut. Batu-batu terpaksa diangkut untuk mendirikan dinding. layarnya juga terpaksa dibuat sendiri dan selepas itu, dia juga memerlukan dinamo serta tali- tali kabel.

( Bagaimanakah caranya untuk memperolehi semua ini, Snowball tak pernah mengatakan )

Tapi dia tetap cekal meneruskan dan percaya tugasnya akan selesai dalam jangka masa satu tahun. Dan sesudah itu, dia memaklumkan, banyak tenaga kerja akan berjaya dijimatkan dan binatang-binatang itu mungkin hanya berkerja 3 hari seminggu.

Napoleon, yang berada di pihak bertentangan pula mengatakan, bahawa apa yang diperlukan oleh mereka ketika itu adalah meningkatkan produk makanan. Dan sekiranya mereka membazirkan masa kepada kincir angin itu, mereka akan mati kebuluran.

Bersambung lagi ….

7 Respons leave one →
  1. 2009 Jun 11

    panjang betul btol cite ni ye. ingatkan dah nak abis.

  2. 2009 Jun 12

    boleh tahan panjang..
    setakat ni baru separuh je dari keseluruhan cerita.

  3. 2009 Jun 23
    acapitut permalink

    andy satanic was here

  4. 2009 Ogos 5
    zizou permalink

    terbaek, menambahkan lagi ilmu gua di dada.
    time kaseh, teruskan lagi usaha lu

  5. 2009 Ogos 24

    gua dah x ingat kisah Animal Farm nih macam ni ke?

  6. 2009 Oktober 3
    tinie permalink

    Ermmm… Knp babi yg mnjadi simboliknya dlm perkisahan aok?

  7. 2009 Oktober 13
    wahyudi my permalink

    teruskan boss.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS