Kandang binatang IV – separuh

2009 Mei 30
by adiospunk

IV

Menjelang penghujung musim panas, kejadian yang berlaku di ladang ternakan itu mulai tersebar ke seluruh negara.

Setiap hari Snowball dan dan Napoleon menggunakan khidmat burung-burung merpati untuk menghantar nota ke ladang-ladang berdekatan. Di dalam nota-nota tersebut terkandung usaha untuk bergabung dan berbaik-baik dengan binatang dari ladang-ladang yang lain, terdapat juga cerita tentang pemberontakan mereka dan cara-cara menyanyikan lagu ‘ Binatang buas di England‘.

Dalam masa yang sama, Tuan Jones sedang duduk di bilik tarian Red Lion di Willingdon, merungut kepada semua orang tentang ketidakadilan yang dideritainya. Semua harta miliknya telah dirampas oleh sekumpulan binatang. Petani-petani lain mula bersimpati, tetapi tiada apa yang dapat dilakukan oleh mereka.

Tapi di dalam hati, setiap mereka sedang memikirkan sekiranya penderitaan Tuan jones itu, dapat memberi kelebihan kepada perniagaan mereka sendiri. Pastilah bertuah bagi pemilik dua buah ladang yang berjiran dengan Ladang Binatang itu.

Satu yang dinamakan Foxwood, ladang yang besar tapi terpinggir sedikit ke belakang, diusahakan secara kuno dan sudah mula ditumbuhi pokok hutan. Rumput ternaknya lusuh dan pagarnya pula dalam keadaan usang. Pemiliknya , Tuan Pinkerton, seorang yang bersikap sambil lewa dan suka memancing atau pergi berburu mengikut musim.

Ladang yang lagi satu dinamakan Pinchfield, agak kecil sedikit dan sentiasa di jaga dengan rapi. Pemiliknya Tuan Frederick, orang yang gagah dan bijak tapi sedang  dibicarakan di mahkamah  atas pertuduhan tawar menawar dalam urusan meletakkan harga.

Kedua-dua ladang tersebut tidak menyukai sesama sendiri dan tak mungkin membuat persetujuan walaupun untuk mempertahankan kepentingan sendiri.

Biarpun begitu, kedua-dua mereka sememangnya takutkan pemberontakan haiwan di Ladang Binatang dari merebak dan sentiasa mengawasi binatang-bintang agar tidak mempelajari apa-apa pun tentangnya.

Mulanya mereka cuma ketawakan idea ladang yang diuruskan sendiri oleh para binatang, mereka menyangka binatang itu cuma mampu bertahan satu malam sahaja. Mereka membayangkann binatang di ladang Manor itu ( mereka tetap memanggilnya sebagai ‘ladang Manor’ dan tak akan bertoleransi sedikit pun untuk menggunakan nama “Ladang Binatang”) akan bergaduh sesama sendiri dan akhirnya akan mati kebuluran.

Namun bila masa berlalu dan binatang-binatang itu tak mengalami masalah kekurangan makanan, Frederick dan Pilkington mula berubah fikiran dan mula berbincang tentang kemungkinan buruk yang sedang merebak dari Ladang Binatang itu.

Mereka pun mula mereka-reka cerita tentang binatang-bintang itu akan mengamalkan kanibalisme, mendera satu sama lain menggunakan ladam kuda yang dibakar hingga  panas membara, penderaan yang tidak mengenal jantina. Itulah nasib yang bakal diterima kerana melawan hukum alam, kata Frederick dan Pilkington.

Walau bagaimanapun, khabar-khabar angin tersebut tidak dipercayai sepenuhnya. Kisah keindahan ladang yang diuruskan tanpa manusia dan diselengarakan oleh binatang sepenuhnya, terus bertiup kencang dalam keadaan samar-samar dan telah diubahsuai, sepanjang tahun itu sahaja, gelombang pemberontakkan telah merebak ke kawasan desa.

Lembu-lembu jantan yang sering menurut kata mula bertindak ganas, kambing biri-biri melanggar pagar serta melahap pucuk-pucuk rumput yang hijau, lembu-lembu betina sudah berani menendang baldi berisi susu, kuda tungangan tidak lagi mahu melompat pagar sebaliknya mereka pula yang menyerang penunggang mereka.

Lagu Binatang buas dari England mula bergema-gema dan terdengar dimana-mana sahaja. Ia bergerak dengan kelajuan yang sukar dugaan.

Kaum manusia pula tidak dapat menahan kemarahan ketika mendengar lagu tersebut, mereka berpura-pura memikirkan itu semua tak masuk akal. Mereka tak memahami, kata mereka lagi, bagaimana haiwan boleh menyanyi lagu sedangkan berbunyi suara mereka seperti sampah. Setiap binatang yang tertangkap sedang menyanyikan lagu itu , akan dihukum sebat serta merta.

Tapi lagu itu tidak lagi boleh ditahan-tahan semudah itu.

Burung hitam mendendangkannya dengan nyaring dari atas pagar, burung merpati menyiulkannya dari ranting-ranting pohon Elms, ia terus membingitkan suasana bagaikan dentingan pedang, iramanya menggenta bagaikan loceng gereja. Dan apabila manusia mendengarnya, mereka secara sembunyi-sembunyi sebenarnya sedang rebah ke bumi, mereka seperti mendengar kedatangan kiamat.

Di awal bulan Oktober, sewaktu jagung mula dipetik dan sesetengah lagi dibanting, segerombolan burung merpati berputar di udara sambil menyalakan kekecohan di Ladang Binatang . Tuan Jones dan semua pekerjanya, diiringan setengah dozen lagi dari pekerja  Foxwood dan Pinchfield, sedang masuk melepasi pagar dan menghala ke laluan pedati menuju Ladang Binatang.

Mereka membawa kayu, kecuali Tuan Jones yang menyandang selaras senapang. Kelihatannya mereka sedang cuba untuk menawan semula ladang tersebut ……………..

BERSAMBUNG

Hahaha!!  Belum habis lagi bab 4 sebenarnya ,  sahaja aku berhenti part suspen.

Lagipun kalau tulis panjang-panjang nanti pening masa baca … Mungkin aku patut buat pendek sikit.. bagus sebab aku ada banyak masa , boleh edit-edit sikit kesilapan ejaan.

Minta maaflah kepada yang lama menunggu, aku memang suka membuatkan orang tertunggu-tunggu.. biasalah janji Melayu :smile:

George_Orwell_Animal_Farm_unabridged_MP3_CD

8 Respons leave one →
  1. 2009 Mei 30

    1 jam alih bahasa,
    15 minit edit ejaan ..
    hmm!! boleh tahan lama..

    Hari esok kalau senang boleh sambung yang sebahagian lagi tu

  2. 2009 Jun 1

    lagu binatang tu berentak apa? mak yong inggeris?

  3. 2009 Jun 1

    Entahlah.. mungkin jenis lagu yg menaikkan semangat kot. Macam lagu perang..

  4. 2009 Jun 7
    razuan permalink

    cerita ni kisah pasal amerika ke hah…

  5. 2009 Jun 9

    Tak silap aku, ini pasal Eropah..
    banyak kronologi simbolik ke sejarah Jerman & Rusia.

  6. 2009 Jun 23
    acapitut permalink

    buat buku la pulak adi

  7. 2009 Ogos 13
    fadhlan permalink

    huhh bagusss

  8. 2009 Ogos 13
    fadhlan permalink

    bagus

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS