Kandang binatang 4 – selebihnya.

Kemungkinan buruk tersebut sememangnya telah dijangkakan,persiapan untuk menghadapinya telah lama diatur. Snowball, telah menemui buku tentang kempen Julius Ceasar dalam rumah Tuan Jones. Dialah yang menyelia bahagian pertahanan. Dia memberi arahan dengan segera, Dalam sekelip mata, semua binatang telah berkumpul di pos kawalannya.
Sebaik sahaja kaum manusia tiba ke perkarangan ladang, Snowball terus melancarkan serangan pertamanya. Semua burung merpati, lebih kurang 35 ekor jumlahnya telah terbang dan mematuk kepala manusia-manusia tersebut. Sewaktu mereka berhadapan dengan serangan tersebut, angsa-angsa yang berselindung di belakang pagar terus meluru dan menyudu kaki-kaki mereka.
Walau bagaimanapun, tindakan tersebut hanyalah serangan ringan untuk mengucar-kacirkan sahaja.
Snowball bersiap untuk melancarkan serangannmya yang kedua. Muriel, Benjamin dan semua kambing biri-biri juga sudah bersedia, dengan Snowball yang berada di depan, melutu ke depan dan menyondol manusia-manusia itu dari setiap arah. Sementara Benjamin pula berpusing dan menendang-nendang menggunakan kaki belakangnya.
Akan tetapi, manusia-manusia dengan batang kayu dan but keras mereka ternyata terlalu kuat. Tiba-tiba, Snowball telah memberi isyarat untuk berundur. Semua binatang berpatah balik melewati pintu gerbang menghala ke ladang.
Manusia itu terus bersorak-sorai dengan kemenangan mereka. Mereka membayangkan, binatang itu semua sudah cabut lari. Lalu mereka terus merayakan kemenangan mudah mereka itu.
Sedangkan itulah sebenarnya saat yang ditunggu-tunggu oleh Snowball. Sejurus manusia-manusia itu masuk ke tengah halaman ladang itu. Tiga ekor kuda, tiga ekor lembu, dan semua babi-babi, keluar dari kandang lembu untuk menggempur mereka.
Kini serangan hendap dari belakang betul-betul memeranjatkan mereka. Snowball telah memberikan isyarat dan dia sendiri sedang berlari dengan pantas menghala ke arah Tuan Jones.
Tuan Jones yang menyedari serangan snowball telah menghalakan sepangang ke arahnya. Peluru senapang mengena sasaran dan menggores bahagian belakang Snowball. Manakala seekor kambing biri-biri maut terkena peluru sesat.
Tanpa membuang masa, Snowball melompat dan menerkam tepat kaki Tuan kaki Tuan jones. Tuan Jones rebah ke dalam timbunan najis, senapangnya juga telah tercampak.
Permandangan paling menakjubkan pula, adalah sewaktu Boxer berpusing dan menendang dengan kaki belakangnya yang bersalut ladam besi. Mangsa pertamanya adalah kepala pekerja ladang Foxwood . Lelaki itu tersembam ke dalam lumpur tak bergerak lagi.
Jones mula menyedari reaksi para pembantunya, Sesetengah dari mereka sudah mula mencampakkan kayu dan cuba untuk melarikan diri. Mereka panik. Selepas itu semua binatang mula mengejar sehingga mereka berpusing-pusing ke serata halaman. Mereka sudah dibuli, disepak, digigit dan rebah.
Tiada seekor pun binatang yang tidak mengambil peluang itu untuk membalas dendam. Termasuk kucing yang melompat dan mencakar leher seorang bekas tukang cuci stable kuda. Orang itu menjerit sekuat hati.
Pada ketika itu, kaum manusia merasa sangat bersyukur sekiranya berjaya berlari keluar menghala ke jalan besar. Dalam masa 15 minit, segala serbuan mengejut itu berundur dengan keadaan keji sama seperti kejutan sewaktu mereka datang tadi. Angsa-angsa terus mengejar dan menyodol.
Semua orang tersebut telah menghilangkan diri kecuali seorang, lelaki yang ditandang oleh Boxer. Mukanya tersembam ke dalam lumpur. Bila mereka memalingkan tubuhnya, lelaki itu terus kaku.
“Dia dah mati” kata Boxer dengan sedih. ” Saya tak berniat membunuhnya. Saya terlupa bahawa saya memakai ladam besi. Adakah semua orang percaya yang saya tak berniat melakukannya.”
” Jangan jadi sentimental, kawan” rayu Snowball yang masih terlihat luka pada tubuhnya. Lukanya masih menitiskan darah ke bumi. “Perang adalah perang”
“Manusia yang baik adalah manusia yang mati.”
“Tapi saya tak berniat untuk membunuhnya’” ulang Boxer, dan matanya mula berkaca-kaca, air mata mula bergenang menanti masa untuk tertumpah.
“Di manakah Mollie?” tanya seseorang.
Mereka mula menyedari kehilangan Mollie, saat itu mereka semua gempar, mereka takut Mollie telah ditangkap oleh manusia dan diperlakukan dengan kejam.
Namun akhirnya, Mollie ditemui sedang bersembunyi didalam gobok yang penuh dengan rumput kering. Dia telah bersembunyi sebaik sahaja mendengar bunyi tembakan yang pertama.
Dan sewaktu mereka sibuk mencari Mollie, lelaki yang pengsan ditendang oleh Boxer sudah sedar dan terus lari menyelamatkan diri.
Kini semua binatang telah berkumpul semula dengan penuh keceriaan, semua mereka menceritakan pengalaman mereka sewaktu bertempur dengan nada suara yang girang. Satu pesta mengejut diadakan menyambut kejayaan mereka menewaskan musuh. Bendera dinaikkan dan lagu binatang buas dari England terus berkumandang di udara berberapa kali.
Kambing biri-biri yang terkorban telah dikebumikan dengan tenang. Dan di pusaranya pula telah ditanamkan dengan pokok hawthorn.
Di sebelah kubur itu, Snowball memberi sedikit ucapan. Mengulangi kata-kata azimat, yang mereka semua harus selalu bersedia untuk berkorban nyawa demi Ladang binatang yang tercinta.
Semua binatang memutuskan untuk mengukir medal ketenteraan,” Pahlawan bintang, kelas satu” dan mengurniakannya kepada Snowball dan Boxer selain menganugerahkannya juga kepada Kambing biri-biri yang terkorban itu.
Terdapat juga mesyuarat yang membincangkan nama yang sesuai untuk perang tersebut. akhirnya, ianya dinamakan sebagai, Perang kandang Lembu, kerana dari sanalah mereka menyerang hendap.
Senapang Tuan Jones dijumpai terdampar didalam lumpur, dan memang juga telah sedia maklum, terdapat simpanan peluru dalam rumah yang ditinggalkan oleh Tuan Jones itu.
Tetapi telah diputuskan sebulat suara, senapang itu akan diletakkan di pangkal tiang bendera, seperti hiasan ketenteraan, dan akan digunakan dua kali setahun – sekali pada 12 oktober, ulang tahun kejayaan Perang Kandang Lembu dan sekali lagi pada pertengahan musim panas, aniversari hari pemberontakkan.
Tamat Chapter 4



tak dapat bayangkan babi menang lawan manusia. siap dpt medal lg. hahaha
Tinggi betul imaginasi si Orwell ni..
patutlah jadi legend