Lagi-lagi cerita Babi
III

Berkat kerja keras dan keperitan mengumpul jerami ! Penghasilan ladang jadi berlipat kali ganda lebih besar. Mungkin sebesar harapan mereka.
Kadangkala kerjanya jadi terlalu sukar; perlaksanaannya hanya wajar dikerjakan oleh manusia sahaja dan bukanlah untuk haiwan, kelemahan paling ketara terlihat bila tiada haiwan yang mampu menggunakan pekakas ladang yang hanya sesuai digunakan oleh makhluk yang mampu berdiri sahaja.
Tetapi babi-babi itu terlampau bijak, mereka selalu mendapatkan cara untuk menyesaikan kerumitan. Bagi kuda-kuda pula, mereka tahu setiap inci keluasan padang. Malah mereka boleh menyabit rumput jauh lebih cepat dari apa yag dikerjakan oleh pembantu-pembantu Tuan Jones.
walaupun babi-babi itu tidak membuat kerja, dan mereka hanya bertugas untuk memberi arahan dan menguruskan perihal haiwan lain. Ini kerana mereka mempunyai pengetahuan yang luas dan telah diduga kemahiran mereka dalam bidang pengurusan secara semulajadi.
Boxer dan Clover akan menggerakkan bajak ( kereta bajak yang menggunakan tali kekang kuda yang biasa digunakan pada zaman itu )
dan menghenyak-henyak ke sekeliling padang sambil mendapat arahan dari babi yang berjalan di belakang sambil sesekali menjerit ” terus ke depan , kawan” atau “whoa! berpatah kebelakang” yang disesuaikan mengikut keadaan.
Semua binatang menjalankan tugas dengan jujur, mengguling-gulingkan rumput kering dan mengumpulkan semuanya sekali. Malah, ayam dan itik juga berkerja keras di bawah terik matahari, membawakan kepalan rumput kering menggunakan paruh mereka. Akhirnya , semua rumpput-rumput itu dipotong dua hari lebih cepat berbanding sewaktu dibawah kendalian Tuan Jones.
Lagipun, ianya jauh lebih banyak dari kebiasaannya kerana tiada pembaziran langsung. Ayam dan itik mempunyai mata yang tajam untuk mengutiap sehingga helaian rumput yang terakhir. Dan haiwan lain juga tidak pernah mahu mencuri rumput-rumput tersebut kerana mereka sentiasa diberikan makanan yang mencukupi.
Sepanjang musim panas, kerja-kerja di ladang telah berjalan seperti putaran jam. Semua binatang gembira dan tak pernah menyangka mampu mencapainya. Semua binatang gembira kerana mereka tidak lagi kelaparan, dan sekarang makanan itu pula benar-benar jadi kepunyaan mereka, dikerjakan oleh mereka, tidak lagi mendermakannya kepada tuan mereka.
Ternyata bila tiada lagi manusia-manusia parasit yang tidak berguna itu, mereka dapat makanan lebih banyak, masa berehat lebih lama, biarpun tanpa pengalaman mengendalikan sendiri sebelumnya.
Banyak lagi kesukaran yang terpaksa mereka hadapi, dalam tahun ini juga, mereka akan menugal jagung, mereka terpaksa meratakan tanah dengan menggunakan cara purba dan meniup sekan menggunakan nafas mereka.
Ladang itu tidak mempunyai mesin pengasing bijirin, tapi babi itu telah menggunakan kebijaksanaan dan bantuan kudrat luarbiasa Boxer untuk menarik mereka untuk mengutip semua hasil jagung tersebut. Boxer dihormati oleh semua orang. Dia sering berkerja keras sejak era Tuan Jones lagi, tapi sekarang dia lebih gagah dan menyamai keupayaan seperti 3 ekor kuda.
Kadangkala seperti seluruh ladang itu sangat bergantung pada kemampuannya. Dari pagi hingga ke malam , dia menarik dan menolak. Dia juga sentiasa berkedudukan di tempat kerja yang paling berat.
Dia telah membuat perjanjian dengan ayam jantan supaya mengejutkannya lebih awal dari orang lain. Dia mahu membuat kerja sukarela lebih awal sebelum waktu kerja biasa bermula. Jawapan kepada semua masalah adalah ” Saya akan berkerja keras” dan akhirnya ayat itu telah dijadikan sebagai motto untuk menaikkan semangatnya sendiri.
Tetapi semua binatang berkerja di atas kapasiti kemampuan mereka sendiri. Ayam dan Itik sebagai contoh cuma dapat mengumpul 5 baldi gandum hasil mengutip bijian-bijian yang tercicir. Tiada siapa yang merungut atas keupayaan mereka yang terbatas itu. Perasaan cemburu, bertengkar dan bercakaran, yang mana suatu ketika dahulu adalah perkara normal kini sudah lenyap sama sekali.
Tiada siapa yang memulaukan sesiapapun. Mollie , memang benar dia sukar dikejutkan untuk bangun awal pagi, dia sering meninggalkan kerja. Dan tabiat kucing itu pun agak pelik juga, seringkali kucing itu didapati hilang pada waktu kerja. Dia ghaib berjam-jam lamanya dan hanya dapat dilihat pada waktu makan. Namun dia sering saja mempunyai alasan-alasan hebat, hampir sukar untuk tidak mempercayai alasan-alasannya itu.
Benjamin , si keldai tua itu pula tak pernah berubah sejak dari hari pemberontakkan dahulu. Dia masih lagi perlahan dan degil sama seperti semasa dibawah pengawasan Tuan Jones. Tak pernah menjadi sukarela untuk membuat kerja lebih masa. Tentang kejayaan revolusi pula dan sama ada dia bergembira atau tidak. Dia cuma akan berkata:
” Keldai adalah binatang yang hidup lama, tidak ada seekor pun dari kamu semua pernah melihat keldai mati”
Dan yang lain terpaksa menerima jawapannya yang kabur dan tak jelas itu.
Setiap hari ahad diistiharkan hari cuti, sarapan sejam lebih lambat dari biasa, dan sejurus selepas sarapan pula akan diadakan hari keramaian yang belum pernah sesiapapun ketinggalan untuk menonton.
Mulanya acara menaikkan bendera. Snowball telah menemui sehelai alas meja berwarna hijau milik Tuan Jones dan telah melakarkan gambar kuku kambing dan tandauk berwarna putih diatasnya. Ianya telah dinaikkan ke tiang di tengah padang setiap jam 8 pagi hari Ahad.
Bendera itu berwarna hijau, lalu Snowball menjelaskan ianya mewakili padang rumput yang menghijau di England. Manakala kuku kambing dan tanduk itu pula adalah lambang kebangkitan kaum binatang bila mereka berjaya menghapuskan kaum manusia.
Setelah upacara menaikkan bendera, semua binatang akan menuju ke bangsal untuk menghadiri rapat umum. Di situ mereka akan berbincang tentang tugas dan kerjaan yang bakal mereka laksanakan pada minggu yang akan datang. Buah fikiran akan diajukan serta diperdebatkan.
Sudah menjadi kebiasaan , kaum babilah yang sering membawakan buah fikiran. Binatang lain hanya faham cara-cara untuk mengundi dan tak pernah memikirkan penyelesaian cengan cara mereka sendiri.
Snowball dan Napoleon berada dalam kelasnya yang tersendiri sewaktu berdebat. Dan mereka tak pernah sehaluan : dalam apa perjanjian sekalipun. Binatang lain pula dibenarkan untuk membuat bantahan.
Walaupun telah diselesaikan muktamad- satu perkara yang belum lagi dapat dibangkang- untuk menjadikan Paddock (bilik latihan kuda) yang terletak dibelakang dusun itu sebagai tempat bagi binatang-binatang yang sudah bersara. Malah banyak juga bantahan tentang umur paling sesuai untuk persaraan mengikut kelas-kelas binatang.
Persidangan itu pula akan disudahi dengan lagu Binatang buas dari England dan waktu tengah hari adalah waktu untuk beriadah.
Babi-babi itu telah menjadikan stor tempat penyimpan pelana kuda sebagai ibu pejabat mereka. Pada waktu malam, mereka belajar seni pertukangan besi, pertukangan kayu dan apa saja yang bermanafaat kepada mereka .
Snowball pula sentiasa sibuk mengorganisasikan apa yang digelar persatuan binatang . Dia bersungguh-sungguh melakukannya. Dia menubuhkan persatuan pengeluar telur untuk ayam-ayam. persatuan kebersihan ekor untuk lembu-lembu, persatuan Rakan Haiwan (yang keutamaannya untuk menjinakkan tikus-tikus dan arnab-arnab) , Persatuan Kapas Putih untuk kambing biri-biri dan bermacam-macam lagi.
Namun , selain kelas dari kelas menulis dan membaca, persatuan-persatuan yang dianjurkannya gagal mendapat sambutan. cubaan untuk menjinakkan haiwan misalnya gagal sejak awa-awal lagi.Haiwan-haiwan tersebut kembali menjadi liar seperti sediakala, bila diajarkan dengan sifat bermurah hati, haiwan-haiwan itu terus mengambil kesempatan.
Kucing yang menyertai persatuan membaca pula sangat aktif diawal-awal penubuhan kelab tersebut , tapi berberapa hari kemudian dia tidak lagi dapat dikesan. Suatu hari , dia ditemui sedang berbicara dengan burung pipit yang diluar jangkauan tangannya. Dia memberitahu yang semua binatang itu adalah bersahabat dan mana-mana burung pipit pun boleh menenggek diatas cakarnya. Tapi burung pipit tetap sentiasa menhindarinya.
Kelas membaca dan menulis , bagaimanapun, telah mendapat sambutan meriah. Menjelang musim luruh, semua bintang telah berjaya mempertingkatkan diri dari sudut kesusateraan dan bahasa.
Bagi babi-babi , mereka sudah tahu menulis dan membaca dengan sempurna. Anjing-anjing juga sudah boleh membaca dengan baik tapi mereka tak suka membaca apa-apa kecuali tujuh perintah.
Muriel si kambing, boleh membaca lebih baik dari anjing. Kadangkala mereka membaca suratkhabar dengan kuat untuk memperdengarkannya kepada binatang-binatang lain . Si keldai Benjamin pula mampu membaca lebih baik daripada babi tapi dia tak pernah melatih kemampuannya. Dia tak pernah tahu apa gunanya kalau tahu membaca.
Clover mengenali semua huruf tetapi tidak tahu menyusunkannya menjadi perkataan. Boxer tak mengenal huruf melebihi huruf D. Dia sering dilihat menghafal huruf A, B, C , D , kadang-kadang di atas tanah berdebu yang dilukiskan abjad-abjad itu dengan kakinya, kadang-kadang dia menghafal dengan cara membelakangi papan abjad , sesekali mengibaskan rambuntnya sambil cuba sedaya upaya untuk mengingati tetapi tak pernah berjaya.
Suatu ketika , dia berjaya menghafal E, F, G, H. Tapi dalam waktu yang sama dia mulai tersedar yang dia telah terlupa huruf A, B, C dan D. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk kekal dengan empat huruf yang pertama. Lalu dia sering menulis huruf-huruf tersebut dua -tiga kali sehari untuk menyegarkan kembali ingatannya.
Mollie pula berkeras tidak mahu mempelajari semua huruf kecuali enam huruf yang digunakan untuk mengeja namanya sahaja. Dia akan menulisnya dengan kemas dan cantik. Kadang-kadang dihiasi dengan gambar bunga-bungaan. Dia begitu kagum dengan tulisan namanya sendiri.
Tiada seekorpun binatang lain yang dapat melepasi huruf A. Mereka juga mengenalpasti binatang-binatang yang betul-betul bodoh seperti kambing biri-biri, ayam dan itik tidak mampu menghafal 7 perintah .
Setelah berfikir panjang , akhirnya Snowball telah mengubah 7 perintah kepada satu ayat yang panjang : “Empat kaki itu sahabat, dua kaki itu musuh.” Dengan ini , dia berkata, keseluruhan isi dan keutamaan masih lagi menggambarkan perjuangan dan prinsip Animalisme . Barangsiapa yang berpegang kepada prinsip ini akan tetap terpelihara dari perngaruh manusia.
burung adalah binatang yang petama membangkang kerana merasakan mereka juga turut mempunyai dua kaki. Tapi Snowball telah menyangkalnya dengan mudah.
“Sayap kamu” katanya. ” adalah organ yang digunakan untuk bergerak bukan untuk memanipulasi . Jadi ia juga boleh dianggap sama seperti kaki. satu-satunya lambang keburukkan manusia adalah tangan mereka , instrumen yang digunakan untuk berbuat semua kerosakan.”
walaupun burung tidak memahami ulasan panjang Snowball itu, tetapi semua sebulat suara menerima penjelasannya. Lalu semua binatang-binatang mula menghafal slogan baru mereka. Empat kaki itu sahabat, Dua kaki itu musuh.
Lalu kata-kata itu mula dicatkan pada dinding, dibawah rukun 7 perintah dan ditulis dengan besar sekali. kambing biri-biri mula menyukai slogan terbaru itu , seringkali dia berbaring di padang sambil mengembek :
” Empat kaki itu sahabat, Dua kaki itu musuh. Empat kaki itu sahabat, Dua kaki itu musuh.Empat kaki itu sahabat, Dua kaki itu musuh.” sehingga berjam-jam lamanya, dia tak pernah letih.
Napoleon pula tak berminat dengan persatuan-persatuan dianjurkan oleh Snowball. Katanya pendidikan ke atas golongan muda lebih penting daripada apa yang telah dilakukannya kepada golongan yang sudah dewasa.
Satu kejadian berlaku ketika Bluebell dan Jessie melahirkan 9 ekor anak anjing. Sebaik sahaja celik mata , Napoleon terus mengambil kesemua anak anjing itu. Katanya , dia akan bertanggungjawab dalam hal-hal pendidikan anak-anak anjing tersebut.
Dia membawa kesemuanya ke loteng yang hanya dapat ke sana dengan menggunakan tangga dari bilik stor pelana kuda. Kesemua mereka diasingkan dari binatang lain sehingga tak seekor pun binatang di ladang itu yang ingat akan kewujudan mereka semua.
Misteri kehilangan susu sudah pun terhurai. Ianya telah dicampurkan ke dalam makanan babi.
Epal-epal muda kini sudah hampir masak. Dan rumput-rumput di dusun pula telah disusut oleh kincir angin. Semua binatang telah bersetuju agar hasil tersebut akan dibahagikan sama rata secara adil.
Suatu hari, telah dikeluarkan arahan agar semua buah yang gugur itu dikutip dan dikumpulkan di bilik stor pelana kuda untuk kegunaan babi. Suara-suara sumbang mula terdengar tetapi tidak berguna. Semua babi telah bersetuju termasuk Napoleon dan Snowball. Squealer telah dihantar untuk memberi penjelasan.
” Kawan-kawan!” jeritnya.” Jangan menyangka yang bukan-bukan dan menganggap babi-babi telah mementingkan diri sendiri. Kerana babi bukanlah binatang yang sukakan Susu ataupun Epal. Malah saya sendiri tidak menyukainya.”
“Tujuan utama yang kami ambil adalah demi faktor kesihatan kami. Susu dan Epal (telah pun dibuktikan melalui sains) mempunyai zat penting untuk haiwan seperti babi. Kami kaum babi adalah golongan pemikir di sini. Seluruh organisasi dan pengurusan ladang ini sangat bergantung kepada kami. Siang dan malam kami sentiasa menjaga kepentingan kamu semua. Ianya untuk kebaikkan kamus semua.”
“Tahukah kamu apa yang akan berlaku sekiranya kaum babi gagal melaksanakan tugas ? Tuan Jones pasti akan kembali. Ya , Tuan Jones pasti akan datang kembali! Pasti , kawan-kawan,” jerit Squealer sambil melompat-lompat dan meggoyang-goyangan ekornya.
” Pasti tiada sesiapa daripada kamu yang mahu Tuan Jones datang kembali “
Sekarang jika ada satu perkara yang semua binatang-binatang disini sedang berkongsi rasa , itu pastilah hal mereka tidak mahu Tuan Jones datang semula ke ladang itu. Dan bila segalanya sudah jelas. Mereka semua tiada apa lagi untuk dikatakan.
Memang penting untuk menjaga kesihatan babi-babi tersebut. Jadi mereka semua bersetuju tidak lagi akan mengungkitkan perihal susu dan buah-buah epal gugur . Ia memang layak dikhaskan untuk kegunaan babi-babi.



apa agaknya alasan yg selalu Mollie si kucing berikan?
Entahlah .. mungkin susu tu tak penting pada Mollie sebab tak secantik riben bersulam. hehe
Dalam satira ni, Mollie tu mewakili golongan Borjuasi – bangsawan.
Mereka cuma tahu mementingkan diri sendiri sahaja. Suka bermegah-megah dengan kemewahan peribadi.
Si kucing tu pula mewakili golongan hipokrit dan akan menyokong pihak yang menang sahaja.
makin sedap pulak cerita ni…harap-harap la sampai habis dia translate
Aku pun harap aku dapat habiskan..
Tapi kalau tak bagus translate tu , minta maaf je la ya.
Maklumlah aku pun tengah belajar je buat kerja ni.
Nanti , rasa aku.. babi-babi tu bergaduh berebut kuasa .