Kandang Binatang
Aku memang suka buang masa dan buat kerja-kerja bodoh.
Aku hendak sangat baca buku lagendaris Animal Farm dalam Bahasa Melayu. Tapi haram tak pernah jumpa cetakannya walau senaskah pun. Oleh kerana itu, aku dengan bodohnya telah menterjemahkan sendiri buku tu sesedap mulut sendiri.
Kalau selama ini aku selalu menyumpah kepada penterjemah yang pemalas dan selalu peningkan kepala aku, kini baru aku tahu betapa susahnya nak mengalih dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.
Ini cuma bab 1 dalam buku tu, aku dah tak larat.
Sekiranya kamu pening membaca versi alih bahasa aku ini, harap maklum, aku bukan pro. Dan suka juga aku nak ingatkan betapa peningnya aku nak menukar bahasa . Aku sekadar mahu mencuba dan inilah percubaan pertama.

Tuan Jones, si pemilik Ladang Manor, baru saja usai mengunci pintu ladangnya pada malam itu, dia betul-betul mabuk untuk mengingatkan jikalau dia sudah menutup semua pintu-pintu reban ayam . Bertemankan gelungan cahaya dari lampu yang menari-nari ke kiri dan ke kanan, dia terus melangkah merentas halaman. Dia menyepak kasut butnya ke belakang pintu, menuangkan gelas terakhirnya malam itu dengan bir dari barrel yang terletak di ruangan dapur, Dan kemudian terus menuju ke ranjang, tempat dimana Puan Jones sedang berdengkur.
Sejurus selepas lampu di bilik tidur itu dipadamkan, maka desiran angin dan bunyi kibasan kepak ayam terus bertukar menjadi riuh rendah memecah hening dan menerobos masuk ke sekitar ruangan kandang-kandang di ladang ternakan itu. Khabar angin telahpun merebak sejak dari siang tadi tentang Old Major, si babi berwarna putih yang telah mengalami mimpi aneh pada malam sebelumnya dan dia sangat berharap dapat berkongsi mimpi itu dengan binatang-binatang lain. Maka persetujuan pun tercapai dengan semua binatang-binatang yang menghuni ladang itu untuk bersidang di dalam bangsal besar sebaik sahaja terhindar dari pemerhatian Tuan Jones. Old Major (seperti lazimnya dia digelar, biarpun dibawah nama yang sering dipamerkan padanya adalah Willingdon Beauty) telahpun memberi taklimat awal pada binatang-binatang ternakan itu yang mereka semua harus sanggup untuk membazirkan satu jam waktu tidur mereka supaya dapat mendengar apa yang ingin dia sampaikan.
Di hujung bangsal, di atas platform yang agak tinggi sedikit, Major berdiri dengan selesa di atas timbunan jerami, Betul-betul di bawah lampu yang tergantung di atas alang. Dia sudah berusia 12 tahun dan akhir-akhir ini semakin besar dan kuat, Dia tetap tampak sebagai seekor babi yang mengkagumkan, dengan kepintaran dan seringkali tampil berkharisma walaupun taringnya masih belum pernah dipotong. Tidak berapa lama kemudian, binatang-binatang lain muncul dan segera mencari tempat duduk yang selesa mengikut keadaan saiz mereka yang berbeza. Pertama sekali tiga ekor anjing, Blueball, Jessie, dan Pincher, diikuti dengan babi-babi lain, mereka melabuhkan punggung di atas rumput-rumput kering yang empuk di depan platform. Ayam-ayam mula bertenggek pada bibir tingkap, burung-burung merpati mengibas kepak di atas para, kelompok kambing biri-biri dan lembu pula duduk di belakang babi sambil menyunyah-ngunyah makanan. Dua ekor kuda pengheret pedati, Boxer dan Clover, masuk bersama-sama. Berjalan perlahan dan sangat berhati-hati agar ladam mereka tidak terpijak binatang-binatang kecil yang terselindung di bawah jerami. Clover adalah haiwan gagah dengan sifat keibuannya, usiannya telah menjangkau setengah abad, dia sudah tak mampu mendapat potongan badannya kembali setelah melahirkan anaknya yang ke empat. Sementara Boxer pula adalah haiwan yang agak liar, Hampir 18 jengkal tinggi,dan kekuatannya bersamaan dengan dua ekor kuda yang berpadu tenaga. Walau bagaimanapun, terdapat satu belang putih di atas behagian hidungnya membuatkan ianya nampak seperti bodoh. Memang secara jujur, dia bukanlah dari golongan cerdik pandai, tapi masih tetap dihormati segenap lapisan kerana sifatnya yang tak berbelah bagi dan sebagai haiwan yang bertungkus lumus berkerja. Selepas dua ekor kuda itu, muncul pula Muriel, si Kambing putih , dan Benjamin, seekor keldai. Benjamin adalah binatang yang paling tua di ladang itu, juga yang paling panas baran. Dia jarang bercakap kecuali untuk membuat kenyataan-kenyataan yang sinikal. sebagi contoh, Dia akan berkata tuhan mengurniakan dia dengan ekor supaya dia boleh mengibas lalat. Tiada seekor pun binatang dalam ladang itu yang berani ketawa. Jika ditanya mengapa, mereka lantas mengatakan yang mereka tak nampak itu sebagai satu jenaka. Biarpun , tanpa memberitahu secara terang-terangan, dia sebenarnya menujukan kepada Boxer; mereka berdua sering menghabiskan hari Ahad bersama-sama di padang rumput hijau . Meragut rumput subur itu dengan lahap sebelah menyebelah namun mereka tak pernah berbual.
Kedua-dua ekor kuda itu mendapatkan ruang yang agak lega untuk duduk dan bila sekawan anak-anak itik yatim piatu tanpa ibu, berbaris masuk ke dalam bangsal, menguek seraya berjalan ke sana ke mari mencari lapang agar mereka tidak bertindihan sesama sendiri. Clover membentengi mereka dengan kaki depannya yang besar, dan anak-anak itik itu terus bersarang di celahnya dan seperti mereka terus mahu bersiap untuk tertidur. Dan di saat akhir, MOllie, si kuda betina yang tolol, putih dan cantik, ia masuk setelah selesai memadamkan jejak
Tuan Jones. Ia datang dengan lenggok mengiurkan, mulutnya kumat-kamit mengunyah sebatang tebu. Dia mengambil tempat duduk yang hampir dengan barisan depan, dan dia mula mengibas bulu tengkuknya, dengan harapan dapat menarik perhatian dengan menunjuk-nunjukkan riben merah yang ada teranyam pada jurai rambutnya. Yang paling akhir sekali hadir ke dalam bangsal malam itu adalah si kucing, yang berpusing-pusing memandang sekeliling seperti biasa, dia mencari tempat paling hangat sekali lantas dia terus menyelit diantara Boxer dan Clover; di situ dia mencakar-cakar bulunya sepanjang ceramah Major tanpa memberi perhatian sedikitpun segala butir bicara yang diucapkannya. Semua binatang telah pun hadir kecuali Moses, si burung gagak yang jinak. Dia sedang tidur nyenyak di dalam sangkarnya di belakang pintu. Apabila Major melihat semua binatang telah selesa menemui tempat masing-masing sambil menunggu dengan sabar, dia berdehem membetulkan kerongkongnya dan bermula:
“Kawan-kawan, kamu telah terdengar tentang mimpi aneh yang saya alami malam semalam. Tapi saya akan memperkatakan tentang mimpi
itu kemudian nanti. Saya ada benda lain yang hendak disampaikan dulu. Dan saya tak fikir yang saya akan dapat kekal bersama-sama kalian untuk bulan-bulan yang akan datang ini, tapi sebelum saya mati, saya rasa adalah kewajipan saya untuk menyampaikan kepada kalian sedikit pengetahuan yang telah saya miliki. saya telah melalui hidup yang panjang, dan saya ada masa yang cukup untuk berfikir sewaktu saya bersendirian di dalam kandang, rasanya saya sudah mula memahami
tentang kitaran alam yang terjadi kepada semua binatang yang masih hidup. Dan sebenarnya inilah yang ingin saya sampaikan kepada kamu semua.
” sekarang, kawan-kawan, apakah kitaran hidup itu milik kita? Mari kita lihat: kehidupan kita terlalu menyedihkan, singkat dan diperhambakan. Kita lahir, lantas kita diberi terlalu banyak makanan untuk membantu pembesaran tubuh badan kita. Dan setiap dari kita yang berkebolehan pula akan dipaksakan bekerja selagi tersisa atom terakhir di dalam kudrat ; dan dalam yang waktu singkat bila kita tidak berguna lagi kita akan disembelih dengan kejam. Tiada binatang di England yang tahu tentang maksud kebebasan dan kesenangan di waktu tua. Tiada binatang di England yang rasa merdeka. Kehidupan sebagai binatang
hanyalah kesengsaraan dan penghambaan: itulah kebenaran yang jelas dan nyata.
“Tapi adakah ini hanya sebahagian kecil dari aturan alam? adakah ia disebabkan tanah milik kita ini terlalu miskin dan ia tak mampu lagi menampung kehidupan buat mereka yang berteduh di atasnya ? Tidak , kawan-kawan, seribu kali tidak !Tanah di England ini sangat subur, iklimnya juga bagus, ia mampu menampung makanan kepada sejumlah yang jauh lebih besar binatang-binatang yang hidup hari ini. Ladang ternakan ini juga sepatutnya mampu menyara sedozen kuda, 20 ekor lembu, berberapa ratus kambing biri-biri, dan semua hidupan untuk hidup selesa dan bermaruah. Sesuatu yang tak pernah dapat kita bayangkan. Jadi mengapa kita mesti teruskan hidup sengsara macam ini? Kenapa dibiarkan seluruh penghasilan kita dicuri oleh golongan manusia? Oleh itu, kawan-kawan, jawapan kepada semua masalah kita dapat dihitung dengan satu perkataan sahaja – Manusia. Manusia adalah satu-satunya musuh yang kita ada. Keluarkan manusia dari persekitaran kita, punca kebuluran dan segala beban kerja berlebihan kita akan terhapus selama-lamanya.
“Manusia hanyalah satu makhluk yang tahu memakai tetapi tak tahu menghasilkan. Mereka tak menghasilkan susu, mereka tak mengeluarkan telur, mereka terlalu lemah untuk menarik bajak, mereka berlari terlalu perlahan untuk mengejar arnab. Dan sekarang mereka menjadi tuan kepada semua bunatang. Mereka aturkan pekerjaan kita, sebagai upah diberikan makanan yang sangat minima hanya untuk mengelakkan kita dari kelaparan, dan selebihnya telah mereka simpan untuk diri mereka sendiri. Kitalah yang membajak tanah, tahi kita jugalah yang membaja kesuburannya, dan sekarang tak ada seekor pun dari kita yang memiliki
apa-apa selain kulit sendiri yang telanjang. Kamu wahai lembu-lembu yang dapat saya lihat di depan ini, berapa ribu gelen susu yang telah kamu perahkan sepanjang tahun lepas? Dan apa yang terjadi dengan susu kamu itu yang sepatutnya suapkan ke mulut anak-anak kamu supaya mereka cepat membesar? Akhirnya setiap titik susu itu hanya tumpah ke dalam mulut musuh kita. dan kamu ayam, berapa banyak telur yang telah kau keluaran tahun lepas, dan berapa banyak pula telur-telur itu yang berjaya menetas menjadi anak ayam? Kesemuanya sekali telah pergi ke pasaraya untuk memberi sumber kewangan kepada Tuan Jones dan para pekerjanya. dan kamu Clover, ke mana perginya 4 ekor anak kuda yang kamu kandungkan, yang sepatutnya memelihara dan menyenangkan kamu bila kamu sudah tua nanti ? Setiap satunya dijual semasa berusia satu tahun dan kamu tak mungkin menemui mereka lagi.
Sebagai habuan untuk 4 kali kau berpantang dan segala penat lelah kerja kau di padang, apa yang kau dapat selain diet khas untuk haiwan mengandung dan cuti buat sementara waktu.
“Dan yang paling menyakitkan dalam perjalanan hidup yang kita lalui ini, kita tak pernah mampu untuk mencapai darjat semulajadi kita sendiri. Bagi saya, ini bukannya rungutan, kerana saya yang paling bertuah. saya berumur 12 tahun dan mempunyai 400 ekor anak. Tapi tiada binatang yang dapat lari dari pisau sembelihan, kamu semua babi-babi muda yang berdiri di depan saya ini, kamu akan menjerit sehabis nyawa kamu dalam masa satu tahun lagi. Maka kita mesti bersatu – lembu, babi, ayam, kambing biri-biri, dan semua sekali. Termasuk kuda dan anjing yang memiliki takdir yang agak bernasib baik, kamu, Boxer, suatu hari nanti bila otot-otot kamu sudah tak bertenaga lagi, Tuan Jones akan menjual kamu
kepada pembuat pelana kuda yang akan memenggal leher dan merebus daging kamu untuk jadi makanan anjing pemburu. Sebagai anjing pula
bila kau sudah tua dan tidak punya gigi lagi, Tuan jones akan megikat batu-bata pada leher kamu dan mencampakkan kamu ke dalam tasik. ” Bukankah sudah jelas semuanya, kawan-kawan, sebenarnya syaitan yang wujud dalam hidup kita dan hanya tahu menindas kita hanyalah manusia ? Hanya dengan membinasakan manusia sahaja segala kerja keras selama ini akan menjadi milik kita sendiri. Hasil bertungkus-lumus kita sehari suntuk cukup untuk menjadikan kita kaya dan bebas. Jadi apa yang harus kita lakukan? Kenapa, kerja siang dan malam, zahir dan batin untuk menyenangkan bangsa manusia! Itulah mesej yang ingin saya sampaikan kepada kamu semua kawan-kawan :
penentangan ! Aku tak tahu bila penentangan itu bakal mendatang, mungkin dalam masa seminggu ataupun beratus-ratus tahun,
tapi apa yang saya tahu, seperti jelasnya saya melihat timbunan jerami di atas kaki saya ini, lambat laun keadilan akan datang juga, Betulkan pendengaran kamu, kawan-kawan, melalui sedikit peringatan dari hayat kamu yang singkat itu ! inilah yang penting, sebarkan mesej saya ini kepada mereka yang akan datang selepas kamu, semoga generasi
masa hadapan akan memikul tanggungjawab ini sehingga mencapai kemenangan.
“dan ingatlah, kawan-kawan, keputusan ini tak boleh acuh tak acuh. Tanpa bantahan kita hanya akan menuju kesesatan. Jangan dengar jikalau mereka katakan manusia dan binatang mempunyai persamaan, kebahagiaan seseorang itu adalah kebahagiaan mereka yang lain. It semuanya mengarut. Manusia tak berminat dengan apa pun jenis makhluk selain diri mereka sendiri. Dan kita sesama binatang perlu ada sifat bersatu yang sempurna, semangat setiakawan untuk berjaung. semua manusia adalah musuh, semua binatang adalah kawan.”
Dan pada waktu ini juga sudah terdengar ada kebangkitan besar. Semasa Major berkhutbah empat ekor tikus mula keluar dari sarang mereka dan bertenggek, mendengar ucapan beliau. Anjing-anjing terus menyedari
kehadiran mereka, dan hanya berberapa langkahan mereka telah pun menghilang kedalam lubang tempat sarang mereka untuk menyelamatkan nyawa. Major menghentakkan kakinya agar semua kembali diam.
“Kawan-kawan” katanya,”Di sini ada satu punca utama yang perlu diselesaikan. Haiwan liar, seperti tikus dan arnab- adakah mereka musuh kita ataupun sahabat kita ? Mari kita buat undian. Saya mahu bertanyakan satu soalan kepada hadirin : Adakah tikus-tikus itu sahabat kita?
Undian pun di buat, semua bersetuju menaggap tikus adalah kawan. Cuma ada 4 undian yang menentang, 3 dari anjing dan 1 dari kucing yang kemudiannya tertangkapbasah mengundi untuk kedua-dua belah pihak. Major menyambung lagi:
“Saya ada sedikit perkara lagi untuk dikatakan. Saya ulangi. Ingat tentang perseteruan kita dengan bangsa manusia dan segala tatacara mereka. Apa sahaja yang berjalan dengan dua kaki adalah musuh. Apa sahaja yang ada 4 kaki, atau memiliki sayap adalah seorang sahabat. Kita mesti menguasai mereka dan jangan sesekali meniru kemaksiatan mereka. Tiada binatang yang patut hidup dalam rumah, tidur atas katil, atau memakai pakaian, atau meminum alkohol, menghisap tembakau,
menyentuh wang, berjanji dalam urusniaga jual beli. Semua tabiat manusia adalah syaitan. Dan yang penting sekali tiada binatang yang akan pernah menyiksa kepada bangsa mereka sendiri. Semua binatang adalah setaraf.
“Dan sekarang kawan-kawan, aku akan menceritakan tentang mimpi yang telah saya alami itu. Saya tak boleh mennggambarkan rupa mimpi tersebut. Ia adalah mimpi tentang sebuah dunia apabila umat manusia telah pupus dan binasa sama sekali. Ia mengingatkan saya kepada
sesuatu. Berberapa tahun dulu, semasa saya masih kecil, ibu dan teman-temannya yang lain sering mendendangkan sebuah lagu lama yang mereka cuma tahu tiga patah perkataan sahaja dari keseluruhan lirik lagu itu. Saya menghafal melodinya semasa saya masih di zaman kanak-kanak, tapi sudah lama ia tak bermain dalam kotak fikiran saya. Malam semalam, bagaimanapun, ia datang semula kepada saya didalam mimpi itu. Dan anehnya, lirik lagu itu datang secara terbalik. Saya yakin, lagu yang dulunya dinyanyikan oleh binatang-binatang itu telah hilang di dalam memori dari satu generasi ke satu generasi lain. Saya mahu menyanyikannya sekarang, kawan-kawan. Saya dah tua dan suara saya agak garau. Tapi bila saya ajar kamu semua melodinya nanti, bolehlah kamu menyanyikan sendiri dengan lebih baik lagi. Tajuk lagunya Binatang Buas Di England”.
Old major berdehem untuk selesakan kerongkongnya dan mula menyanyi. Macam yang dikatakannya, suaranya agak garau,
tapi dia menyanyi dengan baik, melodinya juga agak bagus, sesuatu tentang Clementine dan juga La Cucaracha dan liriknya berbunyi;
Binatang buas dari England, Binatang buas dari England
Binatang buas dari segala tanah dan iklim
perdengarkan tentang khabar gembira,
tentang masa depan berkilauan seperti emas
lambat laun harinya akan tiba
penindasan manusia akan hancur
dan kebun buah-buahan `kan menjadi milik kita
akan kuasai oleh binatang buas sahaja
Kandang akan hilang dari hidung kami
dan hilang juga pelana di belakangku
semua ladam pula akan berkarat
cemeti tak lagi berbunyi
lebih mewah dari yang tergambar di akal
gandum, barli, oat dan rumput kering
jerami, kacang dan mangel-wurzels
akan menjadi milik kita sepanjang hari
terang akan menyuluh padang di England
lebih segar dari air suci
lebih manis dari tiupan angin bayu
di hari kemerdekaan kita nanti
untuk setiap waktu yang telah dikerjakan
meskipun mati sebelum berehat
lembu dan kuda, angsa dan ayam belanda
bersusah payah untuk kebebasan
binatang buas dari England, binatang buas dari Ireland
Binatang buas dari segala tanah dan iklim
perdengarkan tentang khabar gembira,
tentang masa depan keemasan
menyanyikan lagu tersebut membuatkan semua binatang terangsang dengan perasaan riang. Biarpun sebelum Major menghabiskan lagu, mereka mula menyanyikan dengan sendiri. Walau binatang yang paling bodoh pun hanya ingat pada melodi dan menghafal dua tiga patah lirik lagunya, dan yang cerdik pula, seperti babi dan anjing,
mereka menghafal keseluruhan liriknya dalam masa berberapa minit sahaja. Untuk berberapa cubaan awal, seluruh binatang ternakan itu menghambur keluar lagu Binatang buas dari England secara harmoni. Suara lembu, salakan anjing, kambing mengembek, kuda mendesis, itik menguek. Mereka sangat teruja dengan lagu yang mereka nyanyikan , hampir lima kali ulang dengan jayanya, mereka mungkin menyanyi sepanjang malam jika tidak terganggu, tapi mereka tak bernasib baik,
kelantangan mereka telah mengejutkan Tuan Jones, dia bangkit keluar dari biliknya, untuk memastikan tiada musang di halaman dan ladang ternakannya. Mencapai senapang yang sentiasa berdiri di sisi katil, lalu melepaskan 6 das tembakan di dalam gelap. Kelongsongnya tertanam dalam dinding bangsal dan mesyuarat itu usai serta merta. Semuanya kembali ke tempat tidur masing-masing. Burung melompat ke sarang
dan binatang lain ke timbunan jerami masing-masing, seluruh binatang itu kini menjauh dan terlelap terlelap.




gila ar sybas!! syabass! bravOOoOooO!
GIle ko nak tahu aku berkerut2 baca ayat2 yang ko terjermahkan ni! naik pening pala lutut aku ni!
siap aku telan upamol lagi tau!
berkerut2 laa dahi aku nak memahamkan citenya!
2 3 4 5 kali aku ulang part yang sama!
apa2 tahniah!! kerana sangat rajin!
hahahaha
bagus , akhirnya aku berjaya mendapatkan mangsa pening yang pertama.
Semoga ramai lagi yang pening selepas baca teks ni.
cerita babi ni bukan saja sedap dibaca, makan pun sampai tak cukup pinggan.
aku berjaya menghabiskannya tanpa memerlukan penadol mahupun upamol 50. disebabkan aku memang tak pernah baca versi enggeris maka aku dapat menikmatinya dengan tenang. lagi pun kalo salah, aku bukannya tahu pun. hehehe
Fakyew:
Kau tahu tak babi yang nama Old Major tu nak mulakan pemberontakkan ke atas kaum manusia disebabkan oleh manusia yang suka makan babi.
Koboi:
Hahaha
Aku ingatkan semua jadi pening.Ada jugak yang tak pening rupanya.
Aku pun tak pernah baca jugak versi Inggeris, aku sekali harung. Sambil baca sambil terjemah.
Aok acu cube carik buku ni “Tikus Rahmat”, hasil karya Hassan Ibrahim. 60an punya novel.
Ini novel melayu, bapok Orwellian nye aki!
Kalau ada jumpa memang aku beli.
Tengoklah kalau terjumpa.
Material yang bagus. Teruskan. Saya akan baca.
Oh, nice try!
cepat la sambung.
aku terpaksa copy page ni sebab tak cukup masa,cc sgt bingit.mungkin juga sebab pening.
sambung kat rumah ajelah jika ada kelapangan
Eh , azuaries . maaf. sibuk sikit minggu ni. Aku baru buat satu perempat dari keseluruhan buku. Nanti aku sambung balik. Tapi penggunaan bahasanya memang agak pelik sikit. Tak apalah aku akan cuba pertingkatkan keupayaan diri setakat termampu..
Dan Wahyudi juga. Terima kasih kerana beri sokongan.
Hmm. memang aku tak sangka ada orang nak baca. Ingatkan koboi dengan fakyew je yg nak baca. Aku buatkanlah slow-slow.